Mengadakan hubungan seks bersama suami semasa mengandung, pastinya anda tertanya-tanya adakah ianya selamat terutamanya pada trimester pertama kehamilan di mana kandungan dikatakan masih berada dalam keadaan fragile atau mudah terjejas.
Hinggakan ada pasangan yang tidak bersama pada trimester pertama kehamilan kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini ke atas bayi dalam kandungan.
Sekiranya seks ketika hamil adalah selamat? Apakah posisi yang selamat dan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan? Apakah kekerapan hubungan seks yang selamat?
Jika ketiga-tiga soalan ini bermain-main diminda anda, jom kami kongsikan maklumat menarik tentang posisi seks ketika hamil yang selesa dan selamat untuk ibu hamil serta info lain tentang seks ketika hamil.
Jangan berasa malu sekiranya anda tertanya-tanya tentang persoalan ini. Ianya adalah normal malah pasangan lain juga bertanyakan soalan yang sama. Adalah normal bagi ibu bapa untuk menjaga kandungan dan ingin memastikan yang terbaik buat bayi dalam kandungan. Yang sebenarnya, melakukan hubungan seks semasa mengandung adalah selamat kerana:
Yang sebenarnya tiada kekerapan yang ditetapkan untuk melakukan hubungan seks semasa mengandung. Anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu asalkan anda tidak mengalami perkara yang berikut:
Jika anda tidak mengalami salah satu daripada keadaan di atas, maka anda boleh bersama suami tanpa perlu berasa risau akan keselamatan bayi dalam kandungan. Hubungan seks adalah sangat penting dalam rumah tangga dan ia mampu mengeratkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri.
Kami akan menyenaraikan posisi seks yang selamat untuk dilakukan oleh ibu mengandung mengikut trimester kandungan bagi memudahkan anda membuat bacaan.
Untuk maklumat anda, posisi seks yang akan kami cadangkan biasanya selamat untuk dilakukan melainkan anda berasa sakit atau tidak selesa atau mungkin juga mengalami pendarahan. Jika anda mengalami salah satu daripada perkara yang kami sebutkan tadi, elakkan untuk melakukan posisi yang berkenaan.
Bagi ibu yang berada dalam trimester pertama, posisi seks yang paling selesa dan selamat ialah dengan posisi berbaring di mana isteri berada di bawah atau suami datang dari arah belakang.
Ini kerana biasanya dalam trimester pertama ibu masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan kandungan dan mengalami morning sickness dan kepenatan. Melakukan hubungan seks sambil berbaring memberikan peluang kepada ibu untuk berehat dan bersantai tanpa banyak menggunakan tenaga.
Sungguh pun begitu, jika anda berasa cergas anda boleh melakukan mana-mana posisi mengikut kemahuan anda. Apa yang paling penting, sentiasa alert dengan tubuh badan anda. Jangan paksa diri sekiranya anda berasa sakit, tidak selesa, atau tidak larat.
Biasanya apabila memasuki trimester kedua, semua masalah seperti morning sickness dan keadaan lemah badan tiada lagi. Anda akan berasa sangat cergas dan aktif.
Pada masa ini anda bebas untuk melakukan hubungan seks dengan posisi mana-mana yang selesa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini perut anda belum terlalu besar, oleh itu nikmatilah hubungan seks mengikut kemahuan anda asalkan tidak menyebabkan anda mengalami pendarahan atau berasa sakit.
Pada fasa ini perut anda adalah sangat besar. Elakkan posisi yang akan menyebabkan berlaku tekanan kepada perut anda dan elakkan juga posisi yang memerlukan anda mengeluarkan tenaga yang lebih. Anda lebih tahu apa yang selesa dan terbaik untuk diri anda.
Itulah dia info tentang posisi seks ketika hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, asid folik untuk ibu mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir.