Kitaran haid yang lancar dan normal adalah sangat penting bagi seorang wanita. Ini kerana haid yang lancar dan teratur akan memudahkan proses merancang kehamilan di mana lebih mudah untuk menentukan bilakah tarikh subuh dijangka berlaku. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi kitaran haid tidak lancar.
Hari ini kami akan kongsikan punca kitaran haid tidak teratur dan apakah petuamelan carkan haid yang boleh anda cuba.
Kitaran haid yang teratur adalah kitaran haid yang berlaku dalam kitaran 22 sehingga 36 hari dalam satu kitaran. Wanita yang didatangi haid dalam tempoh tersebut dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang normal. Namun wanita yang mengalami keadaan berikut adalah dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tidak normal:
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Di antara punca yang telah dikenal-pasti dalam dunia perubatan moden ialah seperti berikut:
Jika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak normal, berikut adalah di antara beberapa petua yang boleh anda amalkan agar kitaran haid anda menjadi normal semula.
Salah satu daripada punca kitaran haid tidak lancar ialah disebabkan oleh masalah berat badan sama ada berlebihan atau kekurangan. Oleh itu, untuk melancarkan haid perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengekalkan berat badan unggul. Pastikan tubuh badan berada dalam paras BMI yang normal. Mengekalkan berat badan yang unggul bukan sahaja akan membantu kitaran haid anda menjadi normal malah ia juga memastikan tubuh badan sihat tanpa sebarang penyakit.
Mental yang sihat dan perasaan yang gembira akan memberikan kitaran haid yang lancar dan teratur. Elakkan stress. Jika anda mengalami tekanan perasaan sila atasi dengan kadar segera dan jangan dibiarkan melarat.
Satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bermaksud anda menjaga pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat dalam menu setiap hari dan kurangkan makanan segera dan makanan yang terlalu tinggi kadar gula serta berminyak. Kita adalah apa yang kita makan. Selain itu, rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 25 minit sebanyak 3 kali seminggu.
Jika kitaran haid anda tidak lancar disebabkan oleh masalah kesihatan seperti yang kami senaraikan di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan bagi mengawal penyakit tersebut bagi memastikan kitaran haid anda menjadi normal semula. Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang diberikan dan makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Jika anda tetap mengalami masalah kitaran haid tidak lancar, satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan manjakani dan sireh. Cara menyediakan air rebusan ini adalah seperti berikut:
Itulah dia perkongsian tentang petua melancarkan haid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang haid tidak teratur dan kitaran haid.