Pernah tak anda buang air kecil tapi rasa tak puas? Rasa macam air kencing banyak keluar, tak habis-habis, tapi pundi kencing tetap rasa tak kosong. Tak perlu segan untuk mengaku.
Keadaan yang anda alami dipanggil masalah kencing tak lawas. Ianya juga dikenali sebagai kencing kotor & jangkitan pundi kencing atau bahasa inggerisnya Urinary Tract Infection (UTI). Masalah ini boleh dialami oleh lelaki & wanita, tetapi lebih kerap terjadi kepada wanita.
Kencing tak lawas yang tidak dirawat boleh menjadi serius. Daripada keadaan kencing tak puas, ia akan bertukar kepada rasa sakit & pedih tiap kali membuang air kecil. Bukan itu sahaja, jangkitan yang berlaku boleh merebak dari pundi kencing ke uretra & buah pinggang.
Nak tak kalau kami kongsikan 8 petua hilangkan kencing tak lawas yang murah, mudah dan berkesan? Insya Allah dengan amalan yang konsisten, petua-petua dibawah membantu menghilangkan kencing tak lawas yang anda alami.
Namanya tak berapa glamour, kan? Saya namakannya sebagai Jus Kencing Tak Lawas kerana ianya terbukti membantu mengatasi masalah kencing tak lawas berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Semasa mengandungkan anak kedua, saya mengalami masalah kencing tak lawas. Jus inilah yang membantu saya. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat mudah & murah. Tak membebankan.
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau.
1 inci timun.
1 inci lobak putih.
1 inci seleri.
1 gelas air masak.
Buang kulit semua bahan diatas, kisar sehingga halus. Minum sekali sehari. Anda tak perlu tapis, minum sekali serat-serat yang ada dalam jus ini. Kalau nak rasa manis , tambah sedikit madu.
Biasanya , orang dulu-dulu akan cari nenas muda bila mengalami masalah kencing tak lawas. Caranya mudah saja. Ambil sebiji nenas muda, buang kulitnya, cuci sehingga bersih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat & dijadikan sebagai jus untuk diminum setiap hari.
Sekarang dah moden, tak perlu lagi kita tumbuk dalam lesung batu. Potong nipis, masukkan ke dalam pengisar bersama air & kisar sehingga halus. Boleh tambah sedikit gula batu kalau nak rasa manis. Minum satu gelas diwaktu pagi & satu gelas diwaktu malam sebelum tidur. Insya Allah kencing tak lawas akan hilang.
Lobak putih sememangnya dikenali sebagai makanan yang membantu menghilangkan masalah kencing tak lawas. Cara membuat sup lobak putih sangat mudah. Tumis bawang merah & bawang putih sehingga garing. Masukkan lobak putih yang dipotong kecil, ikan bilis & air.
Garam secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Kalau nak lagi sedap, taburkan serbuk lada hitam ke dalam sup selepas api ditutup. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi. Bukan sahaja sedap, ia juga berkesan untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.
Air barli bukan sahaja sedap & nyaman, ia juga membantu mereka yang mengalami masalah kencing tak lawas. Cuci bersih, rebus sehingga lembut. Minum setiap hari sehingga masalah kencing tak lawas tiada lagi. Anda tak perlu merebus barli setiap hari. Buat air rebusan dalam kuantiti yang banyak, dan simpan didalam peti sejuk.
Panaskan sedikit untuk diminum pada hari berkenaan. Ianya bukan sahaja membantu masalah kencing tak lawas, malah mampu menyejuk & menyegarkan badan.
Selain air barli suam, air basuhan beras yang terakhir juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kencing tak lawas. Ramai yang tak tahu, kan? Biasanya air basuhan beras yang terakhir orang simpan untuk cuci muka. Tapi sebenarnya, ia juga membantu hilangkan masalah kencing tak lawas.
Jadi, lepas ni bila basuh beras untuk masak nasi, simpan air basuhan yang terakhir. Minum segelas sehari untuk masalah kencing tak lawas yang anda alami.
Kandungan probiotik dalam yogurt dapat membunuh bakteria jahat yang menjadi punca jangkitan dalam pundi kencing yang menjadi punca masalah kencing tak lawas. Terdapat bermacam pilihan yogurt dipasaran. Yang mana satu nak dimakan? Seeloknya pilih Greek Yogurt atau yogurt asli. Kalau Greek Yogurt atau yogurt asli tak sesuai dengan selera anda, boleh pilih low fat atau less sugar yogurt.
Kenapa kena minum banyak air kosong? Ia membantu flush pundi kencing anda. Secara logiknya, lagi banyak anda minum air kosong, lagi cepat pundi kencing anda penuh, maka lebih kerap anda membuang air kecil. Proses membuang air kecil yang kerap membantu membuang bakteria jahat yang menyebabkan jangkitan di pundi kencing anda.
Vitamin C membantu meningkatkan imuniti badan supaya dapat melawan bakteria yang menjadi punca jangkitan dipundi kencing anda. Bila saya sebut vitamin C, saya tak maksudkan pil-pil vitamin C yang berlambak di pasaran.
Vitamin C yang saya maksudkan ialah vitamin C dari makanan sebenar atau real food. Di antara makanan yang tinggi dengan vitamin C ialah betik, jambu batu, oren, strawberry, lada benggala, brokoli, kobis, tomato, dan banyak lagi buah-buahan & sayur-sayuran yang lain. Pengambilan vitamin C dari sumber semulajadi bukan sahaja sedap, malah ia juga membantu menyihatkan badan. Sebagai bonus, masalah kencing tak lawas juga akan hilang.
Selain 8 petua diatas, masalah kencing tak lawas yang anda hadapi juga boleh diatas dengan mengamalkan tips-tips berikut:
Itulah dia 8 petua kencing tak lawas yang ingin saya kongsikan dengan anda pada hari ini. Insya Allah, ianya berkesan. Jika masalah kencing tak lawas anda semakin teruk & tiada tanda untuk sembuh, jangan berlengah lagi. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doctor yang bertauliah.