Anda ada masalah eyebag atau mata sembap? Artikel ini sangat sesuai untuk panduan anda untuk mengatasi masalah ini. Jom baca petua hilangkan masalah eyebag secara semula jadi. Jika terus dibiarkan, ia akan mencacatkan penampilan anda.
Masalah eyebag seringkali berlaku kepada sesiapa saja tanpa kira umur dan jantina. Namun, ia lebih cenderung berlaku apabila usia semakin meningkat. Ini disebabkan struktur tisu dan otot yang menyokong kelopak mata semakin kurang kestabilannya.
Kulit di sekitar mata menjadi kendur dan lemak juga akan turun ke bahagian bawah mata. Yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila cecair berkumpul di bawah mata.
Masalah ini menyebabkan mata kelihatan sembap dan seakan-akan ada kantung di bawah mata. Kantung ini kelihatan sedikit bengkak seperti selepas baru menangis. Sebelum kita meneruskan perbincangan tentang petua semula jadi untuk mengatasi masalah eyebag, jom kita baca punca masalah ini.
Masalah eyebag tidaklah berbahaya dan tidak memerlukan rawatan khusus. Namun, jika bengkak di bawah mata itu disertai rasa sakit atau gatal-gatal, dapatkan rawatan perubatan.
Orang yang mempunyai eyebag, kadangkala terdapat juga lingkaran gelap di bawah mata (dark circle). Anda pastinya berasa tidak selesa dan kurang keyakinan kerana wajah akan kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar.
Masalah ini perlu diatasi dengan lebih awal lagi. Ini kerana rawatan dan produk untuk menghilangkan eyebag dan dark circle menelan belanja yang tinggi. Jadi, apa kata anda mencuba petua untuk mengatasi masalah eyebag secara semula jadi.
Jangan risau. Kosnya jauh lebih rendah. Bahan-bahannya juga lebih mudah didapati dan selamat. Teruskan pembacaan anda.
Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah adakah anda mendapat tidur yang berkualiti selama ini. Jika tidak cukup tidur, bahagian mata pastinya yang paling teruk terjejas.
Selepas bangun, anda mesti rasa mata terlalu berat dan letih. Ini kerana waktu tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan mata. Oleh itu, pastikan anda tidur awal. Dapatkan tidur yang lena sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari.
Jika anda ada masalah untuk tidur, letakkan aroma terapi di dalam bilik. Anda juga boleh memasang bacaan al-Quran untuk memberi ketenangaan. Malahan, anda juga boleh memasang muzik yang mendamaikan hati.
Jangan makan berat sebelum tidur. Ia akan mengganggu proses badan untuk berehat. Yang paling baik, lakukan aktiviti fizikal pada waktu petang agar badan mudah letih pada waktu malam. Ini akan memudahkan anda tidur lena.
Jika mata terasa letih, cuba petua ini. Ambil 1 kiub ais yang kecil dan balutkannya dengan sehelai tuala bersih. Tekap pada sekitar mata. Ulang beberapa kali. Buat dengan kerap.
Anda juga boleh mencelupkan kapas muka ke dalam air sejuk. Letakkan di bawah mata untuk seketika. Hasilnya, mata anda pasti terasa segar.
Penggunaan timun dari sudut kecantikan tidak dapat disangkal lagi. Kandungan air dan antioksidan yang tinggi akan membuatkan sekitar mata menjadi lembap dan segar.
Caranya ialah ambil hirisan timun yang nipis. Letakkan di atas kedua-dua belah mata. Jika anda hendakkan kesan yang optimum, boleh menggunakan jusnya pula. Setelah dikisar dengan sedikit air, celupkan kapas muka ke dalamnya. Kemudian, letakkan di atas mata dan biarkan kering.
Yogurt sangat kaya dengan kalsium, vitamin A, tiamina, riboflavin dan niasin. Selain bagus untuk kesihatan tubuh dan tulang, ia juga sangat baik untuk mata. Selain boleh dimakan begitu saja, anda juga boleh menjadikannya masker untuk mengatasi eyebag.
Caranya ialah ambil sesudu yogurt dan sapukan di keseluruhan wajah, termasuk juga kawasan mata. Biarkan sehingga kering. Yogurt berkesan untuk melembapkan kulit. Oleh itu, ia dapat mengurangkan garisan halus dan kesembapan di bawah mata.
Salah satu sebab mata nampak seperti ‘panda’ dan kurang bermaya ialah disebabkan cara menanggalkan solekan yang salah. Pencuci muka biasa saja tidak mampu membersihkan sekitar mata dengan baik.
Ini kerana berbanding bahagian lain, wanita suka memfokuskan kawasan mata ketika bersolek. Tidak cukup dengan bedak asas, bedak tabur, concealer, eye shadow malahan disapukan juga maskara. Jika bahan-bahan di dalamnya sukar ditanggalkan, anda perlu menggunakan teknik double cleansing.
Teknik ini menggabungkan pencuci muka biasa dengan jenis yang berminyak (cleansing oil). Dengan cara yang betul, kesan solekan dapat dibuang dengan sebaik-baiknya.
Pengambilan nutrisi yang berkhasiat akan membantu menjaga kesihatan mata. Kurangkan pengambilan garam, elakkan tabiat merokok dan minum alkohol. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sumber makanan yang mempunyai warna kemerahan, kehijauan dan kekuningan sangat baik untuk mata.
Ini kerana makanan-makanan ini kaya dengan lutein, mineral dan zeaxanthin yang memberikan khasiat maksimum untuk mata. Pastikan anda lebihkan makanan yang mempunyai vitamin A, B, C, D, E, lutein, zeaxanthin., omega 3 dan antioksidan.
Antara makanan yang terbaik untuk mata ialah produk soya, kekacang, telur, keju, lobak merah, sayuran hijau dan ikan. Jika ada sebarang masalah mata, dapatkan rawatan dengan cepat.
Jangan sesekali menggosok mata dengan kuat kerana kulit di sekitar mata sangat lembut dan sensitif. Ia mudah luka dan memberi kecederaan kepada mata. Selain itu, ada sesetengah orang yang ada alahan pada makanan tertentu.
Antara alahan ialah pada kekacang, makanan laut, telur, gluten dan sebagainya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan sebegini. Salah satu kesan alahan ialah mata akan menjadi bengkak.
Nampaknya, setakat ini saja perkongsian penulis tentang petua hilangkan eyebag secara semula jadi. Jika anda ada masalah eyebag, rasanya tak perlu susah hati lagi. Apa kata cuba dulu mana-mana tips yang dikongsikan ini.
Banyak lagi petua yang boleh dibaca dalam bidadari.my. Antaranya tentang petua bibir merah dan petua muka glowing. Mari sama-sama tambahkan pengetahuan untuk panduan kita.