Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan kegagalan jantung. Oleh itu, matlamat utama menurunkan tekanan darah tinggi adalah untuk mengurangkan risiko ini.

Jom kami kongsikan petua turunkan tekanan darah tinggi yang boleh anda amalkan.

petua darah tinggi

Sumber: Lifestyle

1. Teh buah pelaga, halia dan kulit kayu manis

Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.

Gabungan halia, buah pelaga dan kulit kayu manis dapat memberikan hasil yang sangat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan air
  • 2-3 camca teh madu sebagai perasa
  • 1 camca teh buah pelaga
  • 1/2 sudu teh serbuk halia atau 2 sudu halia segar yang dicincang
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 ½ sudu teh hitam atau 1 uncang teh
  • 1/2 cawan susu

Cara-caranya, hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus. Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu. Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel. Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.

2. Teh bunga raya

Bunga raya telah lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan bahawa bunga raya bukan sahaja membantu menurunkan tekanan darah tinggi malah bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.

Bunga raya juga boleh menjadi perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.

Bagaimana cara untuk membuat teh bunga raya? Bahan-bahannya ialah:

  • Setengah sudu teh bunga raya kering
  • 1 cawan air masak
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu lemon
  • 1 batang kulit kayu manis

Cara-caranya, didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kulit kayu manis. Biarkan selama 5 minit. Tambah madu dan lemon untuk perasa. Minum 2 hingga 3 kali sehari.

petua darah tinggi

Sumber: Asas1malaysia

3. Herba Cat’s Claw ( hawthorn )

Cat’s Claw atau lebih dikenali sebagai hawthorn adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan. Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) dan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dengan melancarkan perjalanan darah.

Ia juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan, tanin dan flavonoid. Bahan-bahannya:

  • 1-2 camca of herba Cat’s Claw
  • 1 ½-2 cawan air sejuk
  • Madu dan lemon sebagai perasa

Caranya, campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit. Tambah lagi air jika kurang, bergantung pada citarasa anda. Tambah madu dan lemon. Minum sekali sehari.

Herba ini perlu direbus dengan lama kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut. Pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.

4. Sirap blueberi

Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn. Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:

  • 8 sudu blueberi kering
  • 4 Cawan air
  • 1 Cawan madu

Cara-caranya:

  • Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh.
  • Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk.
  • Masukkan madu dan masak hingga sebati.
  • Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit.
  • Setelah siap, simpan dalam peti sejuk. Ia tahan selama 3-4 minggu.
  • Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.
petua darah tinggi

Sumber: Wakethewolves

5. Jus epal hijau & daun belalai gajah

Jus epal dan daun belalai gajah juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Bahan-bahannya:

  • 1 biji epal hijau
  • Segengganm daun belalai gajah
  • 2 cawan air

Caranya, kisar semua bahan sehingga halus. Tapis. Minum setiap pagi.

6. Air kelapa

Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium yang  membantu mengurangkan tekanan darah. Minum segelas air kelapa tanpa gula sebanyak 2 kali sehari. Insya Allah tekanan darah tinggi anda akan turun.

7. Kurangkan pengambilan garam

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

8. Bawang putih

Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi. Kajian mendapati  setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin yang terdapat dalam bawang putih dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.

petua darah tinggi

Sumber: Pulse

9. Tembikai

Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan seterusnya merendahkan tekanan darah.

10. Minyak ikan

Kajian membuktikan bahawa kandungan asid lemak omega 3 dalam minyak ikan mampu menurunkan tekanan darah  di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol yang baik dalam badan. Terdapat banyak minyak ikan yang dijual di pasaran. Pilih yang tulen dan berkualiti tinggi.

Itulah dia petua turunkan tekanan darah tinggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.