Artikel ini bertujuan untuk berkongsi petua bercerai susu badan.

Inilah istilah digunakan untuk bercerai susu:
1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan
2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih

Artikel ini memperkatakan tentang perkara no 2. Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza semasa proses ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

bercerai susu

Kadang-kala ada ibu yang keberatan bercerai susu kerana takut hilannya keakrabab bersama anak. [1hdwallpapers]

#1 Kurangkan Dahulu, Baru Berhenti

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Elakkan meletakkan sesuatu pada payudara anda hanya kerana untuk membuatkan bayi anda tidak sukakan susu ibu. Ianya mencederakan emosi anak dan ibu dalam banyak keadaan.

#2 Jangan Tawarkan Susu Ibu Dan Lengahkan Jika Si Dia Minta

Pada ketika waktu anak leka bermain, ibu usah memanggil dan mengajaknya minum susu sebaliknya biarkannya leka untuk mengeksplorasi dunianya. Percayalah, proses ini tidak mudah.

Naluri ibu selalu mahu menyediakan yang terbaik dan bimbangkan anaknya lapar dan dahaga. Namun apa yang anda lakukan adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan dahulu atau minum air kosong dahulu.

Pada usia 2 tahun beliau sudah boleh memahami sekiranya anda memberitahu beliau pakaian ibu tidak sesuai untuk menyusu atau beritahunya yang dia boleh menyusu didalam kereta kerana di tempat awam ibu berasa malu (walaupun sebenarnya tidak)

#3 Tawarkan Minuman Lain

Ibu dan penjaga boleh menawarkan minuman lain seperti air buah atau air kosong. Sediakan satu botol minuman dengan karektor yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai perasaan menjadi kanak-kanak.

#4 Berhentikan Penggunaan Botol Dan Gunakan Bekas Air

Pada usia bayi 8 bulan beliau sudah boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ianya lebih kepada peralihan yang melekakannya namun apa yang sedang kita lakukan ialah melatih bayi untuk berdikari dan berkordinasi.

#5 Penggantian Rutin

Perhatikan rutin bayi dan cuba gantikannya. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu yang paling sukar untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama bapa.

Nota Ibu

  • Tiada masa yang tepat.
  • Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.
  • Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.
  • Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan.
  • Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.

Semoga artikel ini membantu.

Penulis: Pn Suraya Ali

Pn Suraya Ali merupakan seorang usahawanita yang mengusahakan Butik Bayi Asuhan Alami Lunatots. Merupakan salah seorang IBCLC (Certified Lactation Consultant) di Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel ke [email protected] bagi sebarang urusan kaunseling mahupun seminar keibubapaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.