Kanak-kanak dan permainan memang tidak boleh dipisahkan lagi. Jika kita membawa anak jalan-jalan, jika ternampak permainan pasti mereka mahu dan menunjuk ke arah permainan yang diinginkan. Ia mungkin permainan yang tidak pernah dilihat oleh anak-anak dan membuatkan rasa ingin tahu mereka tentang permainan tersebut meningkat.

Ia menjadi satu situasi yang sukar buat ibu bapa kerana faktor-faktor seperti harga yang terlalu mahal atau terlampau banyak mainan di rumah sehingga membuatkan rumah kelihatan agak bersepah. Jika terlalu banyak permainan dan tidak disimpan dengan baik, ia akan membuatkan rumah kelihatan bersepah dan bahaya untuk melangkah.

Tetapi, untuk elakkan daripada anak-anak terus merengek mahukan permainan baru, ibu bapa terpaksa juga membelikan permainan baru untuk menghentikan anak mereka daripada terus menangis. Ia akan mengakibatkan koleksi permainan anak-anak akan bertambah.

Tahukah anda, bahawa permainan sedikit lebih membantu anak-anak dalam perkembangan kognitif mereka. Mengapa ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai permainan sedikit lebih membantu perkembangan anak-anak. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Permainan sedikit lebih membantu perkembangan anak-anak

Permainan Sedikit Lebih Membantu Perkembangan Anak
Imej via Bidadari.my

Menurut kajian, masa terluang untuk bermain dengan 4 jenis permainan lebih baik daripada 16 permainan. Mainan yang sedikit sebenarnya boleh meningkatkan perkembangan kognitif kerana anak-anak dapat bermain berterusan dengan mencipta pelbagai cara untuk bermain dengan mainan yang ada.

Jika permainan terlalu banyak ia boleh menyebabkan tumpuan anak-anak terganggu dan mengurangkan kualiti bermain mereka. Sains juga mengatakan, kanak-kanak lebih gembira bermain dengan permainan sedikit berbanding dengan permainan yang banyak.

*Oleh sebab itu, ibu bapa tidak perlu risau untuk membeli permainan yang banyak bagi membantu mereka menghilangkan bosan atau untuk perkembangan mereka. Ibu bapa hanya perlu meluangkan masa bermain permainan yang ada bersama mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.