Mari bersama ketahui dan belajar perkara yang membatalkan puasa.
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan kewajipan bagi umat muslim yang sempurna pada syarat-syaratnya. Puasa merupakan ibadah yang terdapat dalam rukun Islam keempat yang wajib ditunaikan.
Ibadah puasa bukan sahaja perbuatan menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Tetapi turut menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada subuh sehingga tiba waktu maghrib.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah : 183 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
Disebabkan itulah, menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa adalah bukti ketakwaan seseorang muslim dengan perintah Allah SWT.
Dengan itulah sebagai muslim yang baik dan mahu puasanya diterima Allah, hendaklah peka dan mengetahui akan perkara-perkara yang membatalkan puasa, agar ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan tidaklah sia-sia dan diterima Allah SWT.
Terdapat beberapa perkara yang membatalkan puasa, iaitu:
Hukumnya adalah puasa menjadi batal serta merta sama ada manakan atau minuman tersebut sedikit atau banyak. Maksudnya jika tindakan tersebut adalah dengan niat atau disengajakan,
Namun, jika terlupa atau tidak sengaja, maka puasa tidak terbatal dan wajib meneruskan puasa tersebut seperti sediakal sehingga tiba waktu berbuka.
Memasukkan di sini bermaksud sampainya sesuatu benda (fizikal sesuatu yang terlihat pada mata) di bahagian rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka seperti mulut, hidung dan telinga.
Termasuklah juga bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. Sekiranya ubat untuk memasukkan ubat dalam keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin, ubat dan lain-lainnya.
Muntah dengan sengaja juga membatalkan puasa. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis Baginda Nabi SAW:
“Barangsiapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada’ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada’.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Namun, puasa tidak terbatal jika muntah tersebut tidak disengajakan.
“Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqada atau mengganti puasa dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib menqadanya.”
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, at Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Perbuatan bersetubuh sama ada mengeluarkan air mani atau tidak juga akan membatalkan puasa. Namun jika pasangan suami isteri sekadar bermesra masih tidak membatalkan puasa.
Tindakan mengeluarkan air mani dengan sengaja juga menyebabkan puasa terbatal dengan serta merta.
Namun, jika air mani tersebut keluar lantaran bermimpi ketika tidur di siang hari, maka puasa tidaklah terbatal.
Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa. Dan puasanya akan menjadi terbatal sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar sewaktu sedang berpuasa. Puasanya perlu digantikan kelak.
Seseorang yang gila secara serta merta akan terbatal puasanya. Ini kerana syarat sah puasa adalah bagi golongan yang sihat dan sempurna akalnya.
Begitu juga dengan sesiapa yang murtad. Puasanya adalah terbatal dan tidak sah.
Ulama bersepakat bahawa pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa. Namun tidur sepanjang hari dimaafkan.
Selain itu, terdapat beberapa perbuatan yang sering dikatakan membatalkan puasa. Namun perbuatan berikut adalah diizinkan dan puasa seseorang itu tidak terbatal.
Berpuasa adalah perintah Allah SWT yang wajib dituruti, begitu juga dengan menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan. Jika tidak, puasa hanya menjadi sia-sia dan tidak mendapat apa-apa menfaat.
Oleh itu menahan diri daripada perbuatan yang membatalkan puasa juga adalah tanda keimanan dan ketakwaan kpada Allah SWT. Wajib untuk setiap muslim mengambil tahu akan hal ini bagi menjadikan ibadah puasa terpelihara dan diterima oleh Allah SWT.