Kanak-kanak di seluruh dunia perlu dilindungi dan jaga mereka dengan baik. Mereka masih tidak mengenali dunia luar yang begitu banyak dugaan dan ujian menanti mereka apabila mereka masuk ke dunia dewasa nanti. Sebagai orang dewasa kita perlu memberi contoh yang baik kepada mereka.
Ketika kita biasa dengan ayat ‘kita patut memberi contoh baik kepada kanak-kanak’ , ada satu perkara yang kita lupa. Kanak-kanak juga boleh memberi contoh yang baik kepada diri kita yang dewasa ini. Hal ini kerana pemikiran mereka yang sangat suci dan tidak bersalah membuatkan mereka kelihatan sangat tenang.
Apakah perkara yang kita boleh belajar daripada kanak-kanak ?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 benda ibu bapa boleh belajar daripada anak-anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
Kita sekarang bagi terlalu alasan untuk merasa bahagia. Nak kena ada duit dulu, nak kena ada rumah besar dulu, nak kena beli kereta mewah dulu baru boleh nak rasa bahagia. Kita yang letak syarat pada diri kita untuk merasa bahagia. Tu yang sampai sekarang ramai tak bahagia bahagia padahal kita tak perlu pun semua itu untuk merasa bahagia.
Anak kita pun ada rasa takut tetapi itu tidak menghalang mereka untuk meneroka dan mecuba benda baru setiap hari. Ya, anak kecil kita mungkin tidak kaya harta dan wang tetapi mereka kaya dengan keberanian dan keseronokan.
Kadang kita pelik anak kita boleh menangis teruk tapi lima minit kemudian boleh ketawa dan bermain dengan penuh ceria seolah olah dia tak pernah merasai kesedihan dalam hidup mereka. Ya, mereka terluka dan mereka menangis tetapi setelah menangis, mereka cepat ‘move on’. Menangislah kerana langit juga menangis. Dengan tangisan langitlah terhasil pelangi yang mewarnai bumi.
*Kanak-kanak adalah insan yang baru mula mengenali dunia dan sifat mereka yang ingin tahu membuatkan mereka istimewa. Dalam masa kita sibuk dengan kerja kadang-kadang kita lupa untuk menjaga diri sendiri. Maka, kita boleh contohi 3 benda ini daripada kanak-kanak untuk membantu diri kita untuk bahagia. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penuis. Baca artikel asal di sini.