Peribahasa merupakan warisan lama melayu yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita namun sayangnya semakin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Kali ini kami ingin kongsikan 20 peribahasa dan maksud, lengkap dengan penerangan serta contoh.
Maksudnya: Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya dengan senang. Peribahasa ini mengajak kita untuk bekerja keras mengumpu duit dan harta kerana dalam dunia yang serba mencabar ini, segalanya memerlukan duit. Contoh ayat untuk peribahasa ini ialah:
” Tahun ini Haji Razak akan menunaikan haji sekali lagi, sunggguhlah kata orang tua, ada padi, semua kerja jadi “.
Maksudnya: Setiap kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan kebaikan, sebegitu juga sekiranya kita membuat kejahatan, pastinya akan dibalas dengan kejahatan juga. Peribahasa ini merupakan satu peringatan kepada kita supaya sentiasa berbuat baik dan elakkan daripada berbuat jahat kepada orang lain. Contoh ayat untuk peribahasa ini ialah:
” Terima kasih kerana sudi memulangkan semula dompet saya yang tercicir ini. Ada ubi ada batas, ada budi akan dibalas “
Maksudnya: Seseorang yang mempunyai agenda tersembunyi di sebalik perlakuaannya. Peribahasa ini memperkatakan tentang seseorang yang melakukan sesuatu perkara dengan niat lain yang tersembunyi. Contoh ayat yang boleh dibina dengan menggunakan peribahasa ini ialah:
” Sejak Latifah bekerja di kedai Mak Limah, semakin kerap Halim singgah dan duduk lama di sana, ini mesti ada udang di sebalim batu “.
Maksudnya: Orang yang banyak bercakap biasanya tak mempunyai ilmu yang mendalam tentang perkara yang diperkatakan. Peribahasa ini memerli mereka yang banyak bercakap dan suka menunjuk pandai, kerana kebiasaannya orang yang berilmu kurang berbicara melainkan apabila keadaan memerlukan. Contoh ayat yang boleh dibina menggunakan peribasaha ini ialah:
” Di media sosial, netizen berlumba-lumba menulis tentang sesuatu isu yang vira namun kita dapat membezakan di antara tulisan yang berkualiti dan sebaliknya. Bak kata pepatah, ada beriak tanda tak dalam “
Maksudnya: Hajat yang tak kesampaian. Cuba bayangkan situasi ini, apabila air sungai menjadi besar dan banyak, pastinya kita membayangkan sampan akan mudah hanyut, namun malangnya air besar tadi tak berjaya untuk menggerakkan sampan lalu menyebabkan kita kecewa. Peribahasa ini merujuk kepada kekecewaan seseorang apabila hajatnya tak sampai padahal kalau diikutkan, perkara tersebut pasti berlaku. Contoh ayat untuk peribahasa ini ialah:
” Hanya tuhan yang tahu betapa kecewanya Ali apabila mengetahui kenaikan pangkat yang dijanjikan kepadanya diberikan kepada pekerja baru yang masuk melapor diri pada hari ini. Ali pasrah walau pun keadaannya seumpama air besar sampan tak hanyut “.
Maksudnya: Hubungan adik-beradik takkan terputus walau apa pun yang berlaku. Ini merupakan di antara usaha orang lama untuk memastikan hubungan persaudaraan di antara adik-beradik sedarah kekal utuh walau pun berlaku perselisihan faham. Contoh ayat yang boleh dibina dengan menggunakan peribahasa ini ialah:
” Setelah hampir 20 tahun tidak berjumpa akibat perselisihan faham, akhirnya Ahmad dan Muhammad bertemu juga. Mereka berpelukan melepaskan rindu sambil mengucapka kemaafan. Inilah buktinya, air dicincang takkan putus “
Maksudnya: Keadaan yang terlalu sedih sehingga tidak selera untuk makan. Peribahasa ini menggambarkan keadaan seseorang yang berada dalam keadaan yang terlalu sedih. Contoh ayat yang boleh dibina dengan peribahasa ini adalah:
” Sedih Adila melihat keadaan Sofia sejak kematian ibunya. Namun Adila faham bahawa Sofia memerlukan masa untuk berkabung. Bagi yang baru kehilangan insan tersayang semestinya air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam “.
Maksudnya: nama baik. Peribahasa ini merujuk kepada nama baik dan reputasi seseorang. Contoh ayat yang boleh dibina dengan menggunakan peribahasa ini ialah:
” Seorang anak yang soleh dan solehah akan menjaga air muka ibu bapanya “
Maksudnya: Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan. Peribahasa ini merujuk kepada seseorang yang melakukan perkara buruk kepada orang yang pernah berbuat baik kepadanya. Contoh ayat yang boleh dibina dengan peribahasa ini ialah:
” Nuraini sangat terkejut apabila sahabat baik yang dibenarkan menumpang di rumahnya ditangkap oleh JAIS kerana berkhalwat dengan suaminya. Bagaikan susu dibalas tuba “.
Maksudnya: ajakan yang tidak bersungguh. Peribahasa ini merujuk kepada orang kita yang selalu mengajak dalam keadaan berseloroh atau sekadar mengambil hati. Contoh ayat:
” Zaharah menolak ajakan Athirah untuk makan bersama kerana pasti ianya hanyalah ajak-ajak ayam “.
Maksudnya: makan sedikit untuk mengelakkan daripada lapar. Peribahasa ini dicipta untuk mengelakkan orang kita keluar rumah atau melakukan sesuatu kerja dalam keadaan perut yang kosong. Contoh ayat yang boleh dibina dengan menggunakan peribahasa ini ialah:
” Raihanah memakan tiga keping biskut sebagai alas perut sebelum keluar membeli-belah “
Maksudnya: berjalan-jalan atau bersiar-siar. Contoh ayat yang boleh dibina dengan peribahasa ini ialah:
” Azman membawa isteri dan anak-anaknya keluar ambil angin di Pantai Teluk Cempedak “.
Maksudnya: ambil perkara yang baik, buang apa yang buruk. Peribahasa ini menggalakkan orang kita untuk melihat sisi baik dalam setiap perkara. Apa yang baik kita ambil, yang tak elok kita tolak ke tepi. Contohj ayat untuk peribahasa ini ialah:
” Walau pun pekerti seseorang tidak berapa elok, tidak bermakna dia harus dipulaukan. Bak kata orang lama, ambil pati buangkan hampasnya “.
Maksudnya: mendapat sesuatu yang tidak dijangka. Peribahasa ini merujuk kepada keadaan seseorang yang mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Contoh ayat:
” Bagai bulan jatuh ke riba, siapa sangka Hafizan berkahwin dengan anak jutawan yang cantik jelita dan elok budi-pekertinya “.
Maksudnya: orang yang hilang secara tiba-tiba. Peribahasa ini menggambarkan keadaan di mana seseorang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita. Contoh ayat yang boleh dibina menggunakan peribahasa ini ialah:
” Sudah 6 bulan Syafik pergi bagai ayam disambar helang, namun sehingga ke hari ini ibunya masih menunggu anaknya di muka pintu setiap petang “.
Maksudnya: perempuan yang sangat cantik. Peribahasa ini menggambarkan rupa paras seorang perempuan yang sangat cantik. Contoh ayat:
” Setiap kali melihat wajah Suraya yang bagai bulan dipagar bintang, jantung Zali berdegup kencang “.
Maksudnya: hubungan yang tak dapat dipisahkan. Peribahasa ini merujuk kepada perhubungan yang sangat rapat di antara dua orang sahabat, dan boleh juga digunakan untuk adik-beradik dan pasangan suami-isteri. Contoh ayat:
” Semua orang pun tahu tentang Balqis dan Aina yang bagai dakwat dengan kertas. Di mana da Balqis, di situ ada Aina “.
Maksudnya: berjalan dengan sangat perlahan. Contoh ayat yang boleh dibina menggunakan peribahasa ini ialah:
” Makcik Peah menahan kemarahan melihat anaknya yang bagai itik pulang petang apabila disuruh mandi dan bersiap-siap untuk mengaji “.
Maksudnya: seseorang yang cetek ilmu pengetahuan. Peribahasa ini merupakan satu kiasan untuk mereka yang selesa dengan hidup dan tidak mahu menambah ilmu dan pengalaman. Contoh ayat:
” Janganlah kita menjadi seperti katak bawah tempurung kerana ianya adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri “.
Maksudnya: sangat sepadan. Peribahasa ini biasanya digunakan untuk pasangan suami isteri, terutamanya pengantin baru. Contoh ayat:
” Pasangan pengantin yang bagai pinang dibelah dua sedang bersanding di atas pelamin sambil melihat persembahan silat “.
Itulah dia 20 peribahasa yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang permainan yang membantu perkembangan bahasa