Cantik adalah perkataan yang sangat versatil dan mempunyai banyak makna yang berbeza. Untuk benar-benar menjadi wanita atau perempuan yang cantik, anda harus cantik dari dalaman dan luaran.

Dalaman dan luaran seseorang memainkan peranan yang penting bagi emosi dan perbuatan mereka sepanjang hari. Jika akhlaknya baik, maka cantiklah yang dilihat kepada mereka. Jika tidak, pasti akan ada kekurangannya.

Jangan ingat cantik itu hanya di mata kasar, tetapi cantik juga mempunyai fakta dan menurut sains yang telah terbukti. Jom kami kongsikan 7 ciri perempuan cantik menurut sains wanita perlu tahu.

perempuan cantik
Imej via [baituljannah]

1. Sentiasa Bersemangat

Tidak ada yang lebih cantik daripada seorang perempuan yang mempunyai semangat. Seorang perempuan yang bersemangat pasti tidak akan mudah untuk menyerah apabila mempunyai masalah.

Semangat ini hanya dirasai oleh diri sendiri sahaja. Perempuan yang bersemangat juga pasti sentiasa berkeyakinan tinggi serta tidak menghiraukan segala perkara negatif yang dilontarkan kepadanya.

Menurut kajian, mereka yang gembira dan tidak menghiraukan emosi stress dan perkara negatif akan lebih awet muda berbanding mereka yang selalu tertekan. Ciri perempuan cantik menurut sains ini adalah benar!

2. Menunjukkan Wajahnya Yang Sebenar

Perempuan sememangnya mempunyai hak untuk memakai alat solek dan tidak ada yang salah dengannya. Walau bagaimanapun, perempuan sebenarnya tidak perlu bersembunyi di sebalik wajahnya yang asli.

Seorang perempuan yang cantik tidak akan melakukan sesuatu yang berlebihan untuk sesiapa sahaja kecuali untuk diri sendiri sama ada dari segi pakaian ataupun alat solek.  Menurut sains, wanita lebih cantik jika berhias secara natural.

Di dalam agama Islam juga turut menyatakan bahawa kecantikan seorang perempuan terletak pada apa yang ia pakai dan tidak melanggar hukum syarak. Firman Allah S.W.T.:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

(Surah Al-Araf : Ayat 26)

perempuan cantik
Imej via [today.line]

3. Tidak Mengejar Perhatian

Seorang perempuan cantik tidak berperang untuk mendapatkan perhatian, tetapi secara semula jadi dikurniakannya. Daya tarikan perempuan yang cantik itu adalah bahawa dia tidak perlu bekerja keras atau berjuang untuk mendapatkan perhatian.

Dia yakin dan merendah diri serta tidak menonjolkan diri sebaliknya orang-orang disekelilingnya akan berceritakan tentangnya. Sama seperti para isteri nabi yang disanjungi. Begitulah menurut sains dan psikologi, wanita yang tidak mengejar perhatian akan menjadi buruan lelaki selalunya.

4. Tahu Bagaimana Cara Untuk Bercakap

Tidak ada yang lebih buruk daripada perempuan yang tidak tahu bagaimana menggunakan percakapannya. Seorang perempuan yang tahu bagaimana berfikir untuk mengeluarkan percakapannya adalah seorang yang sangat cantik.

Melalui percakapan juga, kita dapat mengetahui bagaimana cara pemikirannya. Agama Islam juga turut menyatakan perempuan yang cantik itu lahir dari percakapannya serta akhlaknya yang baik. Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tapi ia melihat hati dan amal kalian”

(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

perempuan cantik
Imej via [wowkeren]

5. Berdikari Dan Mampu Lakukan Sendiri

Seorang perempuan yang tidak memerlukan bantuan dari seorang lelaki adalah perempuan yang yakin dan berdikari. Keyakinan adalah kunci keindahan sebenar.

Kerana menjadi seorang perempuan bukan tentang memerlukan seorang lelaki malah seorang perempuan yang cantik memahami bahawa berusaha dengan diri sendiri sudah cukup memadai bagi dirinya.

6. Dia Tidak Banyak Berkata-kata

Tidak ada yang lebih menarik daripada seorang perempuan yang misteri, seorang yang menjaga urusannya secara peribadi dan menceritakan benda-benda yang tidak perlu kepada dirinya sendiri.

Tidak ada yang lebih buruk daripada orang yang bercakap akan hal-hal yang tidak sepatutnya. Oleh itu, perempuan cantik hanyalah mereka yang berkata perkara yang penting dan tidak bercakap kosong sehingga tiada faedah. Seorang perempuan yang cantik penuh dengan kejutan.

7. Pandai Memasak

Ini adalah antara ciri terpenting bagi seorang perempuan dalam menentukan kecantikan mereka. Biasanya dengan memasak, mereka akan menyerlahkan sifat kecantikan yang tersendiri.

Selain itu dengan memasak juga akan membuatkan mereka menjadi lebih penyayang. Menurut sains, perempuan yang pandai memasak adalah perempuan yang menghargai masa dan menyediakan keselesaan untuk orang lain, ia adalah perkara yang indah dilakukan oleh mereka.

perempuan cantik
Imej via [rotikaya]

8. Software Dan Pengiraan Algorithm – Teknik Golden Ratio (Pertama Menurut Sains)

Dr. Julian Da Silva, pakar kecantikan dari London telah menemui cara bagi menilai kecantikan wanita secara kaedah ilmiah. Beliau menggunakan teknik Golden Ratio untuk megukur kecantikan seseorang wanita. Teknik ini telah wujud sejak zaman Yunani Kuno lagi, kini ia boleh digunakan melalui komputer atau software sahaja.

Teknik golden ratio akan mengira ukuran wajah seseorang berdasarkan kaedahnya yang telah ditetapkan. Antara wanita tercantik di dunia menurut sains adalah Kendall Jenner, Kate Moss, Amber Heard dan lain-lain lagi.

perempuan cantik
Imej via [onedio]

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah tetapi kita masih boleh menjadi cantik dari sudut sains psikologi. Perempuan yang cantik adalah mereka yang menjadi diri sendiri dan tidak suka untuk meniru gaya orang lain.

Perempuan yang cantik juga tidak terletak pada alatan soleknya ataupun cara solekannya. Kecantikan sebenar adalah dari hati budi dan sikap pemikirannya.

Jom baca juga jenis aurat perempuan, cara didik anak perempuan, hadiah hari jadi anak perempuan dan tanda hamil anak perempuan. Semoga bermanfaat!

Rujukan

  1. success
  2. Thoughtcatalog
  3. Pandagossips

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.