Influenza adalah salah satu penyakit yang merbahaya di kalangan kanak-kanak. Bukan kanak-kanak sahaja tetapi ada juga orang dewasa yang menghadapi Influenza jika daya ketahanan rendah. Influenza adalah penyakit yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun.

Virus Influenza menyerang melalui salur pernafasan, oleh itu, masyarakat digalakkan memakai topeng muka untuk menghalang daripada terkena virus influenza. Selain memakai topeng muka, masyarakat juga perlu membasuh tangan dengan kerap dan jaga kebersihan diri.

Bagi kanak-kanak yang umur bawah 5 tahun, ibu bapa mungkin sukar untuk memakai topeng muka kepada mereka. Jadi, ibu bapa boleh mendapatkan vaksin di hospital kerajaan atau di klinik-klinik yang berdekatan dengan rumah untuk anak-anak. Tetapi masih ramai yang keliru antara vaksin dan antiviral.

Apakah antiviral dan perbezaannya dengan vaksin?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan antara vaksin dan antiviral. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.

Perbezaan vaksin dan antiviral

beza vaksin dan antiviral

Imej via hmetro

Vaksin / Pelalian

Pemvaksinan adalah langkah pencegahan untuk membendung jangkitan atau komplikasi sesuatu penyakit. Bermakna, kalian kena ambil SEBELUM kalian dijangkiti. Lazimnya ia dalam bentuk suntikan.

Vaksin yang diberi, akan merangsang tubuh untuk hasilkan antibodi yang spefisik terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, vaksin untuk influenza, memberi perlindungan daripada jangkitan influenza.

Namun begitu, vaksin tidak memberi perlindungan yang serta merta. Selepas vaksinansi, antibodi memerlukan masa 2-3 minggu untuk terbentuk dan capai tahap optima. Kena rancang bila nak vaksin. (2)

Selain itu, ada vaksin yang tidak memberi perlindungan seumur hidup, contohnya; vaksin influenza. Ia hanya memberi perlindungan sekitar 1 tahun. Maka perlu ulang ambil setiap tahun.

Jika dah terkena jangkitan, mungkin dah terlewat untuk ambil vaksin. Jadi jika dah ada simptom yang disyaki influenza, maka perlu lakukan ujian saringan untuk kepastian dahulu.

beza vaksin dan antiviral

Imej via newatlas

Antiviral

Jika disahkan positif jangkitan, maka modaliti yang digunakan untuk merawat adalah ubat antiviral. Ubat ini digunakan untuk membasmi virus yang telah berada di dalam tubuh pesakit.

Ubat-ubatan antiviral tidak memberi manfaat jika diambil sebelum terkena jangkitan. Ia tidak boleh digunakan sebagai langkah pencegahan daripada terkena sesuatu jangkitan.

Untuk jangkitan influenza misalnya, antiviral jenis oseltamivir akan diberi jika tiada sebarang halangan(contraindication) kepada penggunaan ubat berkenaan. Ia ada dalam bentuk pil serta cecair.

Seperti antibiotik, antiviral hanya boleh dibeli dengan preskripsi doktor sahaja. Jika doktor beri priskripsi, maka boleh gunakan preskripsi itu untuk beli ubat antiviral di farmasi atau klinik berdaftar.

*Bagi memudahkan ayat, vaksin adalah untuk mencegah daripada dijangkiti Influenza manakala antiviral adalah untuk merawat penyakit Influenza bagi yang sudah dijangkiti. Cara yang terbaik adalah mendapatkan cucukkan vaksin kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.