Perasaan takut sebenarnya adalah sumber tersirat kepada perasaan marah. Jika anda ada penyakit mental, masalah ketagihan atau masalah panas baran maka perasaan takut boleh jadi adalah puncanya.
Jika anda boleh mengawal perasaan takut kepada sesuatu, anda juga secara tidak langsung mampu untuk mengawal perasaan marah anda. Salah satu teknik yang berkesan untuk menghadapi ketakutan ialah dengan bercakap dengan diri anda sendiri secara rasional.
Jika anda seorang yang selalu berfikiran negatif seperti “saya dah tak boleh buat apa lagi” atau “saya memang tak mampu menghadapinya” anda haruslah cuba untuk mengikis perasaan itu. Jika tidak ia akan menguasai diri dan berterusan menjadi sumber ketakutan anda sekaligus menimbulkan perasaan marah yang tidak terkawal.
Kebanyakan orang selalu berfikiran cetek dan mereka tidak mahu cuba untuk berfikir positif didalam hidup. Jika anda merasakan anda seorang tidak berguna maka perasaan marah akan sentiasa membelenggu anda dan anda pasti akan menghadapi lebih banyak masalah daripada yang sebelumnya.
Pemikiran yang tidak rasional tidak akan membawa kita kemana-mana. Kita akan terus disitu, kaku bersama dengan masalah kita dan tiada siapa dapat membantu jika kita tidak mulakan dengan diri kita terlebih dahulu.
Pemikiran tidak rasional juga akan menimbulkan lebih banyak perasaan takut tanpa sebab. Jadi, ubahlah apa yang anda mampu untuk ubah dan biarkan saja perkara-perkara yang anda tidak mampu ubah.
Imej:holykaw.alltop.com
Seseorang boleh menjadi marah terhadap sesuatu kejadian walaupun ia sudah berbulan lamanya. Anda seharusnya biarkan saja perkara itu berlalu. Jangan jadikan ia suatu bebanan difikiran anda kerana dikhuatiri akan bertukar menjadi tekanan perasaan dan panas baran.
Terima hakikat yang anda memang tidak boleh kembali semula ke waktu itu untuk mengubahnya. Fikirkan tentang hari ini dan hari yang akan mendatang. Sebaliknya, seseorang sepatutnya belajar daripada kesilapan tersebut supaya tidak mengulanginya lagi. Itu lebih baik daripada berterusan menyesali kesilapan yang telah anda buat.
Jika anda menghadapi masalah dalam membuat keputusan, ingatkan diri anda yang keputusan harus juga dibuat walaupun kesannya mungkin tidak seperti yang diharapkan.
Hidup ini adalah mengenai membuat keputusan. Kita membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah. Dan jika keputusan itu menimbulkan masalah yang baru, cuba pelajari sesuatu daripadanya supaya anda tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Hidup untuk membuat keputusan, dan membuat keputusan adalah untuk menyelesaiknan masalah.
Akhir sekali ialah anda perlu menilai dulu keputusan anda itu, pilihan yang anda ada, masalah yang bakal timbul dan kesemua maklumat yang anda perlukan untuk menyelesaikan semula masalah tersebut jika ia berulang.
Jika anda telah yakin dengan keputusan anda, terus bertindak tanpa rasa ragu-ragu. Menangguhkan sesuatu penyelesaian masalah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jangan terlalu memikirkan “bagaimana jika ia tidak berkesan”, kerana ia belum pun berlaku dan kemungkinana besar memang tidak akan berlaku.
Tetapi jika ia benar-benar berlaku, ia mungkin disebabkan keputusan yang telah anda buat, sikap anda dan lain-lain. Ia tidak bermakna masalah tersebut tidak boleh diselesaikan dan bukan bermakna anda tidak mampu untuk mengubah hidup anda kepada yang lebih baik.
Jangan biarkan emosi marah menguasai diri anda. Ingatlah, perasaan takut adalah punca kepada perasaan marah dan jika anda berjaya menguasai perasaan takut, anda setapak untuk mencapai kejayaan. Akhir kata, perasaan takut hanya berguna jika kita bijak menggunakanya.