Dalam sebuah perhubungan, persefahaman dan toleransi memainkan peranan yang sangat penting bagi menjayakan kasih sayang yang terbina. Biasa kita dengar orang kata, perempuan ni complicated dan sukar untuk difahami. Biasanya dalam sesebuah perhubungan, orang perempuan juga yang selalu menimbulkan masalah.

Betul ke macam tu? Hari ni kami nak kongsikan tentang perangai perempuan yang patut lelaki tahu. Kalau dah tau semua ni insya Allah lepas ni tak rasa susah lagi untuk handle kekasih hati.

Sekali dah sayang, dialah segalanya

Orang perempuan ni, secara semulajadinya adalah makhluk yang sangat penyayang. Manakan tidak, bantal busuk pun dia sayang. Apatah lagi kekasih hatinya. Ketahuilah bahawa sekali orang perempuan dah sayangkan seorang lelaki, lelaki itu adalah segala-galanya bagi dia.  Dia sanggup lakukan apa saja untuk lelaki yang disayangi. Tak kisah kalau pun terpaksa berkorban diri dan perasaan asalkan pasangannya bahagia. Oleh itu, janganlah dilukakan hatinya.

Selalu inginkan perhatian dan kasih sayang

Bila dah sayang, pastinya dia akan perlukan perhatian dan kasih sayang dari anda. Perhatian dari anda adalah penting kerana ia akan membuatkan dia rasa istimewa dihati anda. Tak susah pun nak tunjukkan yang anda sayang pada dia.

Cukup dengan mengambil berat dan selalu meluangkan masa untuk anda bersama dia. Pagi-pagi ucapkan good morning, sebelum tidur ucapkan good night. Tanya makan apa hari ini, pakai baju warna apa, pun sudah memadai untuk membuatkan dia rasa istimewa dihati anda. Mudah saja kan?

Ingin dimanja selalu

Orang perempuan memang manja. Sifat manja adalah sesuatu yang semulajadi bagi seorang perempuan. Malah sifat manja seorang perempuan adalah di antara daya tarikan yang ada pada dirinya. Dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan anda? Oleh itu layankan saja manja kekasih hati anda.

Macam mana manjanya tu? Bila tak sihat pastinya dia akan mengadu pada anda, tunjukkan yang anda ambil berat dengan bertanyakan khabar atau membawa dia ke klinik. Kalau anda pasangan yang sudah berkahwin pastinya dia ingin selalu dipeluk dan dibelai, yang ini jangan diabaikan.

Ingin dipujuk bila merajuk

perangai perempuan lelaki patut tahu

Sumber: Unsplash

Selalunya perempuan akan diam dan menjauhkan diri apabila merajuk. Dia tak mahu bercakap dengan anda, dan tidak akan membalas walau sepatah apabila anda bercakap dengan dia. Kalau anda duduk di sebelah, dia akan buat-buat tak nampak. Mungkin anda berasa seolah-olah dia ingin bersendirian dan tak mahu diganggu. Salah sama sekali. Yang sebenarnya dia sedang jual mahal namun jauh di sudut hati dia ingin dipujuk.

Apa yang perlu anda buat? Duduk di sebelah, pujuk dia. Cuba ajak dia bersembang semula. Buatlah apa-apa yang boleh buatkan dia ketawa sama ada bercerita tentang sesuatu yang lawak atau boleh juga anda geletek dia sehingga ketawa. Cuba buat. Pastinya dia akan semakin jatuh cinta dengan anda. Ingat ya! Perempuan yang merajuk ingin dipujuk. Jangan ditinggalkan keseorangan.

Mudah kecil hati dengan orang tersayang

Yang ini anda terpaksa hadap juga walau pun agak berat. Orang perempuan mudah kecil hati dengan orang yang tersayang. Bukan sahaja mudah kecil hati, malah mereka juga mudah marah dan mudah merajuk dengan kekasih hati. Kenapa? Kerana dia menganggap dirinya istimewa dalam hidup anda lalu memerlukan layanan yang lebih istimewa berbanding orang lain.

Oleh itu jangan hairan kenapa kekasih anda mudah kecil hati. Sekejap sekejap nak merajuk. Sikit sikit nak marah. Ianya adalah sesuatu yang normal. Memang tak mudah untuk menjaga hati seorang perempuan namun sebaik sahaja anda tahu trick nya, semudah abc sahaja buat anda.

Apa nak buat kalau kekasih hati anda kecil hati? Apa lagi, pujuklah dia. Jangan lupa untuk minta maaf walau pun anda rasa tak bersalah. Perkataan maaf dari anda sangat power. Cair hati dia dibuatnya.

Marahnya sekejap, takkan lama

Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, orang perempuan mudah marah dengan orang tersayang. Tapi marahnya takkan lama. Sekejap saja dia akan ok semula. Kenapa? Ada banyak alasan kenapa marah orang perempuan biasanya tak lama. Di antara sebabnya ialah:

  • Orang perempuan hatinya lembut dan pemaaf. Apa pun salah yang anda lakukan dia akan maafkan juga.
  • Sedar bahawa anda tidak bersalah. Ada masanya orang perempuan marah secara melulu dan tak bersebab. Bila dah sedar yang sebenarnya anda tak bersalah, dia akan kembali kepada normal. Jangan pula anda marah dia semula ya.
  • Dia rindukan anda. Marah marah juga, tapi rindu tetap ada. Lama sangat tak bercakap, datang rasa rindu. Maka dia akan pilih untuk memafkan dan anggap seperti takde apa yang berlaku.

Mudah memaafkan

Orang perempuan hatinya lembut.Tak kisahlah sebesar mana kesalahan yang anda lakukan kepadanya, dia akan tetap maafkan anda. Itulah di antara punca kenapa kita rasa pelik bila dengar berita, suami main kayu tiga namun isteri tetap terima. Suami kaki pukul, suami kaki botol, suami tak bertanggung jawan, namun isteri tetap maafkan dan terima suaminya semula. Sifat mudah memaafkan boleh menjadi kelemahan seorang perempuan.

Itulah dia info tentang perangai perempuan lelaki perlu tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang ciri perempuan cantik, aurat perempuan, dan perempuan idaman lelaki.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.