Suami yang baik dan soleh akan sentiasa bimbang akan kesihatan isterinya ketika mengandung. Selain itu, suami memainkan peranan penting dan bertanggungjawab menjaga hubungan kekeluargaan.
Percayalah bahawa kasih sayang yang diberikan akan membuat pasangan lebih tenang menghadapi segala situasi termasuklah apabila wanita tengah hamil. Oleh yang demikian, suami hendaklah menjaga dan mengambil berat akan keadaan isterinya ketika hamil, antara peranan suami ialah:
1. Memastikan isteri mengambil pemakanan yang berkhasiat
Isteri amat memerlukan makanan yang berkhasiat ketika hamil agar badan mereka tidak lemah dan bertenaga untuk melakukan kerja harian. Makanan yang berkhasiat juga akan memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami masalah.
Oleh itu, suami hendaklah memastikan isteri mengambil yang berkhasiat dan bersih iaitu memberikan makanan yang mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh badan. Anda sebagai suami juga boleh memberikan kegembiraan dengan menghidangkan makanan yang disukai oleh isteri anda, dengan itu hubungan pasti akan bertambah mesra dan bahagia. Ini tips peranan suami yang baik.
2. Sentiasa memahami keadaan isteri
Pada peringkat awal wanita mengandung, biasanya emosi mereka akan mudah terganggu. Hati wanita hamil akan mudah tersentuh seperti merasa sedih, kecil hati dan rasa dipinggarkan.
Perhatian daripada keluarga terdekat amat diperlukan ketika itu terutamnya suami. Suami hendaklah memberikan motivasi dan menjaga perasaan isterinya agar perasaan emosi tidak berlaku dalam diri isteri tersebut.
3. Tingkatkan ibadah sunat dan membaca Al-Quran
Jalankan lah tanggungjawab yang wajib serta tingkatkan lah ibadah sunat. Amalkan untuk membca ayat suci Al-Quran agar diri terasa dekat dengan diriNya. Mohon dan berdoalah agar mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Suami hendaklah sentiasa mendoakan keharmonian keluarga dan mendoakan anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh atau solehah dan menjadi bertanggungjawab apabila mulai meningkat dewasa. Selain itu, berdoalah agar keselamatan dan kesihatan isteri dan bayi yang bakal dilahirkan berjalan dengan lancar dan sempurna.
4. Memberi pujian kepada isteri
Kata-kata pujian yang diberikan isteri akan membuatkan mereka tersenyum contohnya mengatakan mereka cantik dan comel ketika mengandung. Ini bermakna suami hendaklah bijak mengambil hati isteri dengan menunjukkan kasih sayang yang ikhlas kepada mereka. Anda pasti gembira apabila melihat isteri anda tersenyum gembira oleh itu anda lebih tahu apa yang harus dibuat untuk membuat isteri anda gembira.
5. Memberi motivasi kepada isteri
Berbekalkan motivasi dan dorongan yang diberikan suami kepada isterinya akan membuat isteri menjadi lebih dan tenang dan bahagia. Hal ini kerana, ia menandakan suami seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa memberi perhatian kepada isterinya termasuklah ketika isteri mereka mengandung.
Tambahan lagi, wanita hamil memerlukan dorongan yang berterusan kerana melalui kata-kata semangat yang diberikan wanita hamil akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang.
Semoga tips peranan suami hari ini membantu. :-)