ISLAM maksudnya adalah kedamaian. Islam is peace. Dan berlakunya peperangan di dalam Islam bukanlah bererti ianya untuk sengaja membunuh pihak lawan tetapi tidak lain dan tidak bukan hanyalah demi untuk mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam itu sendiri.

Image Via : Bidadari.my

Umat Islam nekad berperang kerana iman dan hingga kini sejarah telah berjaya menjadi saksi di mana tidak ada satu kaum mahupun daerah yang hancur dimusnahkan oleh tentera Muslimin pada zaman pimpinan Rasulullah SAW.

Strategi Nabi Muhammad SAW dalam peperangan lebih kepada tujuan dakwah iaitu menawan dan mengislamkan kaum Musyrikin, bukan dengan niat lain seperti menjajah tanah mereka.

Image Via : Bidadari.my

5 Peperangan Besar Dalam Islam : Bukti Jihad Berani Mati Demi Agama

#1 – Perang Badar

Perang Badar adalah pertempuran besar pertama antara umat Islam dalam melawan musuh-musuhnya. Pada saat itu, kaum muslimin yang berjumlah hanyalah seramai 313 orang dengan beraninya telah bertempur melawan pasukan Quraisy dari Mekkah yang berjumlah 1000 orang.

Perang ini terjadi pada tahun 624 M atau lebih tepat lagi pada 17 Ramadhan 2H. Setelah bertempur habis-habisan sekitar dua jam, pasukan Muslim menghancurkan barisan pertahanan pasukan Quraisy dengan penuh kehebatan walaupun ketika itu para tentera Islam sedang berpuasa.

#2 – Perang Uhud

Perang Uhud adalah pertempuran yang terjadi antara kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy pada 22 Mac 625 M yang bersamaan dengan 7 Syawal 3 H. Tarikh perbezaan perang Badar dengan perang Uhud adalah setahun seminggu yakni seminggu selepas menyambut Aidilfitri di tahun yang berikutnya.

Untuk perang Uhud, jumlah tentara Islam adalah seramai 700 orang yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri. Perang ini menyaksikan pertumpahan darah dengan antara tentara Islam melawan tentara kafir seramai 3000 orang yang dipimpin oleh Abu Sufyan. Disebut Perang Uhud karena terjadi di dekat bukit Uhud yang tidak jauh dari kawasan Masjid Nabawi.

Perang Uhud hampir menyaksikan tentera Islam kecundang namun akhirnya di bantu dengan pertolongan Allah SWT. Di dalam perang ini, bapa saudara Nabi yang bernama Hamzah telah terbunuh.

#3 – Perang Mu’tah

Pertempuran Mu’tah adalah perang antara kaum muslimin yang menentang kaum Romawi. Perang ini terjadi pada 629 M atau 5 Jamadil Awal 8 Hijriah. Lokasinya berhampiran dengan sebuah perkampungan yang bernama Mu’tah terletak di sebelah timur Sungai Yordan dan Al Karak. Perang Mu’tah ini merupakan pendahuluan untuk menakluk negeri-negeri Nasrani.

Perang ini tercetus apabila utusan Rasulullah SAW bernama al-Harits bin Umair yang diperintahkan menyampaikan surat kepada pemimpin Bashra
telah dibunuh. Saat itu, Al-Harits telah ditangkap dan dipenggal lehernya oleh Syurahbil bin Amr yang juga merupakan seorang gabenor wilayah Balqa di Syam.

Akibatnya Rasulullah SAW sangat berdukacita sehingga mempersiapkan pasukan tentera Islam seramai 3000 orang. Inilah pasukan Islam terbesar pada waktu itu.

#4 – Perang Khandaq

Perang Khandaq terjadi pada bulan Syawal tahun 5 Hijriah bersamaan tahun 627 Masehi. Perang ini terjadi setelah dua puluh pimpinan Yahudi bani Nadhir datang ke Makkah untuk melakukan provokasi agar kaum kafir bersatu untuk menghapuskan seluruh kaum muslimin yang ada.

Mereka juga turut menemui kabilah-kabilah Arab di sekitar Mekah untuk misi yang sama. Akhirnya kata sepakat di capai dan bermulalah aktiviti untuk menghabiskan seluruh kaum muslimin di Madinah hingga ke akar umbi.

Jumlah keseluruhan pihak musuh dianggarkan seramai 10,000 orang dan jumlah ini saat itu melebihi seluruh jumlah penduduk Islam di Madinah. Berkat idea bernas dari Salman al-Farisi, kaum muslimin menggunakan strategi penggalian parit untuk menghalang dari tibanya pihak musuh ke dalam wilayah Madinah. Pihak musuh mengepung Madinah bermula pada 31 Mac 627 H dan berakhir dalam masa 27 hari kemudian.

#5 – Perang Tabuk

Perang Tabuk ini bermula dari sebuah ekspedisi yang dilakukan oleh umat Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW pada 630 M atau 9 H ke Tabuk. Lokasi Tabuk ini adalah sebuah kawasan padang pasir dan pada ketika itu cuaca adalah sangat panas terik.

Sebab boleh berlakunya Perang Tabuk ini berpunca dari Empayar Rom yang selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu ingin sekali untuk meluaskan pengaruhnya sehingga ke bumi Arab.

Tambahan pula ketika itu kerajaan Rom ada mendapat berita tentang sebuah kerajaan baru yang bernama Islam sedang giat berkembang di tanah Arab. Pihak Rom ingin sekali menyerang wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika itu.

Rasulullah mendapat berita mengenai perkara tersebut namun kaum Islam sama sekali tidak berminat untuk berperang dengan kerajaan Rom kerana umat Islam ingin terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni di bawah pemerintahan Rasulullah.

Walaubagaimanapun kaum Muslimin tetap juga bersiap sedia demi menghadapi apa-apa kemungkinan. Akhirnya, Nabi Muhammad SAW berhasil membentuk sepasukan tentera Islam seramai 30,000 orang. Inilah jumlah pasukan terbanyak yang pernah dimiliki umat Islam.

Setelah pasukan Islam tiba di Tabuk, umat Islam tidak menemukan pasukan tentera Rom mahupun sekutunya. Menurut sumber yang ada, pihak musuh telah beralih ke utara setelah mendengar kedatangan tentera Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Sebaliknya para pemimpin tempatan keluar dan minta berdamai. Alhamdulillah, tidak ada sebarang pertempuran darah yang berlaku dan pasukan Nabi Muhammad SAW terus kembali semula ke Madinah setelah 30 hari meninggalkannya.

Islam Adalah Agama Yang Cintakan Kedamaian Bukan Peperangan

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengajar umatnya mengangkat senjata untuk sengaja membunuh orang lain jika tidak mahu menganut Islam. Sebaliknya pedang panji Islam hanya akan diangkat untuk berlawan dengan mereka-mereka yang dengan sengaja ingin menjatuhkan agama Islam yang dicintai ini. Peperangan juga demi untuk pertahankan hak ke atas sesuatu.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi disebabkan mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk menolong. Iaitu mereka yang diusir dari rumah mereka tanpa alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata, “Tuhan kami ialah Allah.” (Al-Hajj: 39-40)

Sumber Rujukan:

  1. Perang_UhudPertempuran_Badr

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.