Anda pernah dengar tentang penyakit Sistemik lupus eritematosus (SLE)? Mungkin kali pertama anda mendengar tentang penyakit ini adalah apabila mengetahui bahawa penyakit ini dihidap oleh penyanyi popular Selena Gomez.
Lupus adalah satu perkataan Latin yang membawa maksud serigala. Penyakit Lupus mendapat namanya apabila seorang doktor Perancis yang mula-mula menemui penyakit ini dan merawat pesakit tersebut mengibaratkan tompok-tompok merah yang timbul pada muka pesakit berkenaan seperti kesan daripada gigitan serigala.
Untuk pengetahuan anda, Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau nama pendeknya lupus adalah sejenis penyakit kronik autoimmune di mana pesakit akan mengalami keadaan tidak normal iaitu sistem daya tahan melawan penyakit dan antibodinya menyerang tisu badan pesakit itu sendiri.
Tindakbalas negatif di antara antibodi dan tisu badan yang berlaku kebiasananya akan memberikan kesan buruk kepada beberapa bahagian sistem tubuh seperti:
Dari segi perubatan, terdapat 3 jenis penyakit SLE iaitu:
Kajian membuktikan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi punca seseorang mendapat penyakit SLE. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:
Setiap pesakit SLE mempunyai gejala yang berbeza-beza di antara satu sama lain dengan tahap keseriusan yang berbeza daripada tahap biasa, sederhana, dan serius. Malah apa yang menarik, simptom yang dialami juga boleh datang dan pergi, tidak semestinya dialami setiap masa. Walau bagaimana pun, di antara simptom dan gejala SLE yang selalu dialami oleh pesakitnya ialah:
Penyakit SLE boleh memberikan pelbagai komplikasi kepada pengidapnya. Di antara komplikasi yang paling serius ialah SLE boleh menjejaskan organ-organ seperti berikut:
Penyakit SLE boleh menyebabkan berlakunya Nephritis atau radang buah pinggang yang menyebabkan buah pinggang tidak mampu berfungsi dengan baik untuk menyingkirkan sisa toksin dari air kencing. Kebiasannya pesakit yang mengalami Nephritis tidak mengalami sebarang kesakitan namun akan mengalami bengkak-bengkak pada kaki. Nepritis perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang.
Penyakit SLE juga boleh menjejaskan paru-paru lalu menyebabkan berlakunya pleuritis iaitu radang pada lapisan paru-paru. Keradangan pada lapisan paru-paru akan menyebabkan pesakit mengalami sakit dada atau sakit dada setiap kali menarik nafas, dan pnemonia yang disebabkan oleh kehadiran kuman dalam paru-paru.
Di antara komplikasi SLE yang paling ditakuti ialah ianya boleh menjejaskan otak atau saraf pesakit. Pesakit yang mengalami gangguan pada sistem saraf atau otak akan mengalami sakit kepala, pening, pelupa, penglihatan yang semakin kabur, sawan, strok, atau perubahan drastik pada kelakuan.
Pesakit SLE boleh mengalami komplikasi pada saluran darah lalu mengakibatkan berlakunya radang pada saluran darah atau istilah perubatannya vaskulitis. Radang pada saluran darah akan menyebabkan berlakunya gangguan pada aliran darah ke seluruh tubuh. Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan,tetapu vaskulitis pada tahap yang serius memerlukan rawatan segera.
Pesakit SLE juga akan mengalami kompolikasi pada darah dan mengalami masalah kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Masalah darah cepat beku atau thrombosis juga sangat sinonim dengan pesakit SLE.
Pesakit SLE juga boleh mengerang jantung lalu menyebabkan pesakitnya mengalami sakit jantung disebabkan berlakunya radang pada tiga lapisan jantung dan juga penyakit Arteriosclerosis iaitu pembuluh darah yang keras.
Rawatan bagi penyakit SLE bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami oleh pesakit tersebut. Oleh kerana setiap pesakit SLE mempunyai gejala yang berbeza, maka rawatan yang diberikan juga adalah berbeza. Rawatan yang diberikan adalah untuk menghalang penyakit SLE daripada menjadi semakin serius dan mengelakkan berlakunya serangan ke atas organ dan mengakibatkan sebarang kerosakan.
Itulah dia info tentang SLE yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai tanda sakit jantung dan panduan kira BMI
Rujukan: Lupusmalaysia