Sesetengah daripada kita percaya dan yakin bahawa setiap penyakit jasmani berkait rapat dengan penyakit rohani. Hal ini kerana kita dapat melihat walaupun seseorang itu mempunyai populariti dan kemewahan tetapi ianya tidak dapat memberikan kesembuhan kesihatan kepadanya termasuk menghilangkan kegelisahan hati.

imej via facebook

Mari kita lihat input menarik daripada Puan Izzah Ahmad mengenai penyakit Rohani dan Jasmani.

Seorang Profesor Muslim di Jepun telah melakukan penyelidikan luar biasa (tidak disebutkan bagaimana cara penyelidikan dilakukan). Hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakkan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani.

  • Ternyata bahawa masalah appendix bukan hanya diakibatkan oleh kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress atau jiwa tertekan yang tidak terkawal.
  • Darah tinggi bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan masin, tetapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi setiap hari.
  • Kolesterol bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tetapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan bertimbunnya lemak.
  • ‘Asthma’ bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuatkan kerja paru-paru menjadi tidak stabil.
  • Diabetes bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang menganggu fungsi pankreas.
  • Penyakit ‘liver’ (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tetapi sifat su’udzon (buruk sangka) kepada orang lain yang menyebabkan fungsi organ hati menjadi rosak.
  • Penyakit jantung bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tetapi ia turut terjadi kerana jarangnya bersedekah membuatkan jantung kurang merasakan ketenangan sehingga degupannya menjadi tidak stabil.

Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah:

1. Spiritual 50%

2. Psychology 25%

3. Social 15%

4. Physical 10%

Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah.” As Syuura ayat 30-31.

*Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah di samping memohon keampunan kepadaNya di atas setiap perbuatan yang dibuat kerana kita mungkin tidak sedar kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, ianya hendaklah diiringi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

*Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda supaya sentiasa muhasabah diri dalam melakukan sesuatu.

Sumber yang asal boleh rujuk di sini.

Penulis: Nik Fatin Fuadi

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.