Penyakit lupa boleh berlaku pada sesiapa saja terutama untuk golongan warga emas. Penyakit pelupa ini juga sering di sebut sebagai alzheirmer atau nyanyuk dikalangan masyarakat kita. Apakah penyakit alzheimer ini sebenarnya? Penyakit Alzheimer adalah penyakit otak yang ada kaitan dengan tahap kurangnya daya ingatan dan kemampuan berfikir ke atas seseorang.
Penyakit alzheimer ini berkait rapat dengan gangguan progresif yang boleh menyebabkan sel-sel otak menjadi semakin merosot, tidak berhubung dan mati. Ia juga boleh dianggap seperti hilang ingatan (short term memory). Cara merawat penyakit alzheirmer ini agak susah namun ia mampu dikurangkan.Apa yang mengejutkan, sekarang ini penyakit lupa turut dialami oleh golongan muda.
Faktor penyebab penyakit alzheimer atau penyakit lupa ini ada banyak dan antara punca-puncanya itu adalah :
Sebagai manusia kita perlu rehat yang cukup. Kita memerlukan tidur sekurangnya 8 jam sehari untuk kita melakukan aktiviti harian kita. Dengan tidur cukup ia menguatkan otak kita untuk berfikir. Bayangkan jika kita tidak mendapat tidur yang cuku apa yang akan terjadi? Sudah tentu badan kita lemah, nak buat kerja pun jadi lemau je, betul tak?
Tetapi jika kita mendapat tidur yang cukup badan kita juga cergas otak kita pun boleh berfikir dengan tajam. Buat kerja yang memerlukan daya kreativiti yang kurang maka tak bolehlah mereka menghasilkan hasil kerja yang cukup kreatif. Silap-silap mereka boleh terkena penyakit pelupa di usia muda. Parah tu kalau muda-muda dah jadi pelupa.
Betul ke kemurungan oleh menjadi salah satu sebab penyakit pelupa di usia muda? Tak percayalah.
Ya, kemurungan adalah salah satu sebab kenapa ramai yang terkena penyakit pelupa di usia muda. Kemurungan bukan sesuatu yang maian-main, bukan sesuatu yang kelakar malah ia satu penyakit yang amat serius dan sangat merbahaya jika kita tidak mengubatinya. Ini kerana, kemurungan yang serius boleh membunuh sel-sel otak sehingga membunuh daya ingatan sesorang. Sebab itulah, mereka yang menghadapi penyakit kemurungan mereka tidak mampu mengingati dengan baik.
Pernah atau tidak anda mengalami gangguan tidur malam?
Pasti ada di antara anda pernah mengalaminya. Ada juga yang mengambil jalan penyelesaian dengan mengambil ubat tidur tanpa dapatkan khidmat nasihat doktor. Sebenarnya pengambilan ubat tidur tanpa mendapatkan khidmat nasihat doktor akan memberi kesan kepada anda. Salah satunya adalah anda mudah untuk mendapat penyakit pelupa di usia muda. Ini kerana, pengambilan Ubat ini boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jika anda terpaksa mengambil ubat seperti ini, and dinasihatkan supaya mendapat rujukan dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Pernah tak di antara anda menghidapi penyakit tiroid? Jika ya, anda pasti mengetahui kenapa tiroid itu berlaku. Tiroid berlaku disebabkan metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini biasanya mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang lebih ataupun kurang akan menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak, dan mereka yang menghidap penyakit tiroid lebih terdedah menghidapi penyakit pelupa di usia muda.
Kismis dan kurma. Pasti semua mengenali makanan sunnah ini. Kismis dan kurma sememangnya mempunyai banyak khasiat. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kenapa kebanyakkan mereka yang menghafaz Alquran mereka dapat menghafal AlQuran dengan mudah. Salah satu rahsia mereka ialah mereka mengamalkan memakan kismis dan juga kurma.
Bukan sahaja dikalangan penghafaz AlQuran malah pelajar sekolah agama dan juga pelajar tahfiz juga turut mengamalkannya. Mereka menjadikan kismis dan juga kurma sebagai makanan ringan mereka. Memang terbukti kismis dan kurma amat bagus terutama buat mereka yang sedang belajar kerana ia dapat mengelakkan kita dari terkena penyakit pelupa di usia muda.
Anda diluar sana pasti suka makan makanan ringankan? Tapi tahu tak anda yang makanan ringan sebenarnya bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan kita tetapi turut melemahkan daya pemikiran kita.
Daripada anda makan makanan ringan apa kata jika anda menggantinya dengan kekacang. Ini kerana kekacang juga turut menjalankan fungsi yang sama seperti kismis. Antara kekacang yang elok untuk anda makan adalah kacang pistachio, kacang badam dan kacang hazel. Jadi selepas ini anda boleh mengamalkan memakan kacang selalu untuk menguatkan daya ingatan anda.
Waktu sekolah dulu cikgu selalu suruh tulis sesuatu sesuatu berulang kali. Lepas dah habis belajar di kelas kena pula buat aktiviti ulangan. Itu belum masuk soal sifir yang perlu diulang berkali-kali.
Tak sangka cikgu suruh berulangkali begitu ada sebabnya. Rupanya, menurut kajian sesuatu yang dilakukan secara berulang akan dapat disemat dalam memori dengan tempoh yang lebih lama. Teknik sebegini sesuai untuk dipraktikkan untuk mereka yang mengalami penyakit pelupa di usia muda.
Bagi yang mengalami penyakit pelupa di usia muda cara ini amat sesuai buat anda. Cara ini bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian tetapi turut juga boleh dipraktikkan dalam sektort pekerjaan. Biasalah, bila dapat tugas yang banyak dari bos anda pasti susah nak ingat. Jadi apa kata kali ini anda buat reminder mengenai due date tugasan yang perlu anda siapkan. Pastikan juga reminder di set lebih awal dari tarikh sebenar supaya anda masih punya masa kalau-kalau penyakit lupa tiba-tiba datang menyerang.
Baca juga kelebihan mandi air panas dan tips beli ibu baju mengandung untuk bakal ibu.