Terdapat pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh menjangkiti anda. Jom kami senaraikan jenis penyakit kulit yang biasa menyerang orang dewasa, kanak-kanak, dan orang tua.
Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik autoimmune di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.
Lupus berasal dari perkataan Latin bererti serigala. Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.
penyakit kayap atau Herpes adalah penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria. Terdapat beberapa jenis virus dan bakteria penyebab herpes dan ini akan menentukan jenis penyakit herpes yang dihidapi. Antaranya adalah virus Varicella Zoster dan virus herpes simpleks (“HSV”).
Kurap terjadi akibat jangkitan kulat/fungus. Antara gejala kurap adalah kulit menjadi tebal dan pada kulit timbul lingkaran yang semakin jelas, bersisik, lembab, berair dan terasa gatal. Kemudian akan timbul tompokan-tompokan putih pada lingkaran. Kurap timbul kerana kurangnya penjagaan kebersihan kulit. Bahagian tubuh yang biasanya di serang kurap ialah kaki, tangan, leher dan kulit kepala.
Kudis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit tungau yang gatal iaitu Sarcoptes Scabiei Var Hominis. Jnagkitan kudis lebih banyak terjadi pada mereka yg kurang menjaga kebersihan dan mereka yang tinggal di kawasan setinggan. Antara gejala kudis adalah rasa gatal yang melampau di malam hari terutama di celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain.
Kudis sangat mudah menjangkiti individu lain, sama ada secara langsung (melalui sentuhan kulit pada bahagian yang dijangkiti kudis) mahupun tidak langsung (melalui perkongsian tuala/pakaian penghidap kudis). Tahap kebersihan harus di jaga bagi menghindari kudis.
Bisul merupakan jangkitan kulit seperti benjolan merah yang akan membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas dan berdenyut. Bisul boleh tumbuh di semua bahagian tubuh. Namun, bisul lebih banyak tumbuh pada bahagian tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala.
Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria Stafilokokus Aureus pada kulit melalui folikel rambut, kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko terkena bisul adalah kekurangan tahap kebersihan, luka yang dijangkiti, penghidap diabetes, kosmetik yang menyumbat pori dan pemakaian bahan kimia.
Untuk menghindari bisul, tahap kebersihan diri harus di jaga dan pengambilan nutrisi/diet seimbang harus di titik beratkan. Diet yang seimbang akan memperkuatkan daya tahan tubuh.
Psoriasis termasuk di antara penyakit kulit yang sukar di diagnos. Bahagian tubuh yang biasa terkena eczema adalah sama dengan bahagian tubuh yang biasa terkena psoriasis, ditambah dengan kulit kepala, punggung bagian bawah, telapak tangan, dan telapak kaki. Stress, trauma, dan kadar kalsium yang rendah boleh menyebabkan psoriasis.
Psoriasis bukan penyakit menular, tetapi bersifat menurun. Gejala psoriasis adalah timbulnya tompokan-tompokan merah yang di atasnya terdapat sisik-sisik putih tebal dan menempel berlapis-lapis. Apabila digaru, sisik-sisik tersebut akan gugur/jatuh. Semakin lama , luas permukaan kulit yg terkena psoriasis akan semakin melebar.
Demam campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang disebabkan oleh virus dan biasanya menyerang kanak-kanak. Antara gejala awal campak adalah demam, bersin, badan terasa lesu, sakit kepala, nafsu makan menurun dan radang mata.
Setelah beberapa hari dari gejala tersebut, ruam merah yang gatal akan timbul dan bertambah besar. Seterusnya akan tersebar ke beberapa bahagian tubuh.
Gejala utama yang dirasakan penghidap eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan pada kulit.
Eczema disebabkan alahan/alergi pada rangsangan zat kimia tertentu seperti yang terdapat dalam detergen, sabun, ubat-ubatan, minyak wangi, kosmetik dan bahan makanan tertentu seperti udang, ikan laut, telur, daging ayam, alkohol, MSG dan lain-lain. Eczema juga disebabkan oleh alahan/alergi pada debunga tanaman, debu, perubahan cuaca dan gangguan emosi.
Eczema kebiasaannya menyerang mereka yg mewarisi masalah genetik dari ibu/bapa. Eczema akan menyerang penghidapnya berulang kali. Oleh itu, penghidap Eczema harus lebih berhati-hati dan menghindari bahan-bahan/perkara-perkara yang boleh menimbulkan alahan/alergi. Setiap satu dari lima orang menghidap Eczema di dunia ini.
Dengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia penghidap.
Impetigo adalah penyakit kulit berjangkit yang biasanya disebabkan oleh bakteria. Impetigo menyebabkan kulit menjadi gatal, melepuh berisi cairan dan kulit menjadi merah. Impetigo sangat mudah terjadi pada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Bakteria biasanya masuk ke dalam kulit melalui gigitan serangga, luka, atau goresan. Kebersihan sangat penting bagi mereka yang mengalami impetigo.
Melanoma merupakan kanser kulit yang sangat serius sehingga dapat menyebabkan kematian jika tidak dirawati. Melanoma adalah jenis kanser yang menyebabkan perubahan tahi lalat pada kulit sangat berbahaya jika muncul pada leher atau kulit kepala. Salah satu tanda terjadinya melanoma adalah tahi lalat yang membesar.
Selain itu terjadi perubahan warna pada tahi lalat serta terlihat tanda-tanda peradangan pada kulit di sekitar tahi lalat.
Itulah dia 10 jenis sakit kulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua hilangkan kayap, punca kencing tak lawas, dan punca keputihan.