Pernahkah anda dengar, manusia boleh mendapat jangkitan kuman melalui sentuhan daripada haiwan? Bukan sahaja manusia yang boleh mendapat penyakit, malah haiwan juga boleh mendapat penyakit atau jangkitan kerana terdedah dengan persekitaran yang kotor. Tidak seperti manusia, haiwan lebih terdedah dengan bakteria dan kuman.
Penyakit tersebut diberi nama antraks yang selalunya menjakiti haiwan-haiwan. Namun penyakit ini boleh terdedah kepada manusia juga. Bagaimana?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai penyakit antraks yang dijangkiti melalui haiwan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora, bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit, usus atau paru-paru. Antraks kini dijadikan senjata biologi moden. Manusia terutamanya petani dan individu yang bekerja di rumah sembelihan mungkin mendapat Antraks kulit daripada haiwan yang dijangkiti melalui dedahan kulit.
Antraks terjadi melalui 3 cara:
Antraks kulit adalah jenis yang paling biasa berlaku dan terjadi 1 – 2 hari selepas kulit tercalar dan terdedah kepada tanah, bahagian haiwan atau najis yang mengandungi spora. Kulit yang dijangkiti membentuk benjolan air kehitam-hitaman yang kemudiannya menjadi lepuhan dan ulser. Bakteria masuk ke dalam aliran darah dan menyebabkan keracunan darah
Antraks Usus terjadi 2 – 5 hari selepas makan daging yang tercemar spora. Terjadi luka dan pendarahan pada dinding usus. Pesakit merasa loya, hilang selera makan, muntah, demam dan sakit perut, muntah berdarah dan cirit-birit. Keracunan dan kehilangan darah menyebabkan terjadinya renjatan (shock).
Antraks Inhalasi kurang berlaku tetapi antara penyakit antraks yang paling serius; di mana spora disedut ke dalam paru-paru. Gejala seperti selesema terjadi 2 – 3 hari dengan tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas sebelum paru-paru berdarah, sama seperti seseorang yang lemas dalam darah sendiri. Kematian boleh berlaku dengan cepat di peringkat ini. Jenis ini adalah yang paling ditakuti kerana boleh dijadikan senjata biologi oleh pengganas.
*Berikut adalah tanda dan gejala penyakit antraks. Kepada petani atau pekerja ladang yang banyak berinteraksi bersama haiwan perlu berhati-hati dan pastikan sekeliling kawasan bersih selepas melakukan kerja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang dan tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.