Kasih sayang itu penting! Tapi bagaimana cara untuk tunjuk kasih sayang ni? Adakah dengan dibelikan itu ini, diberi ciuman, diikut saja kehendak atau bagaimana? Jawapannya adalah PELUK. Ya pelukan terutama dari ibu ayah kepada si anak. Dah hari ini, cuba tanya pada diri sendiri adakah anda peluk anak setiap hari? Ingat ya, syukurlah tapi jika tidak sesungguhnya anda sudah rugi kerana setiap pelukan daripada ibu bapa ini ada ‘kuasa hebat’ sebenarnya.

Banyak kelebihannya apabila ibu bapa sering memeluk anak. Disebabkan itu, kat US turut diadakan Hari Pelukan Kebangsaan yang berlangsung setiap tahun.

Apakah sebenarnya kuasa hebat untuk pelukan ibu bapa pada anak ini? Di sini akan dikongsikan 5 manfaat bagi mereka yang sering peluk anak setiap hari.

peluk anak setiap hari

image via :  Local The Onion

5 Kesan Hebat Akibat Peluk Anak Setiap Hari

#1 – Merangsang Perkembangan IQ

Salah satu kesan peluk anak yang hebat ialah mampu meransang perkembangan IQ. Ini kerana, dengan pelukan ibu ia mampu memberi satu ransangan penting yang amat diperlukan untuk perkembangan otak anak. Otak anak akan menjadi semakin berkembang berbanding anak yang jarang di peluk. Kebiasaanya, bayi yang selalu di peluk akan menjadi lebih cepat berjalan dan bercakap.

Ini kerana, pelukan ibu bapa dapat memberikan rasangan yang sangat positif, dan anak akan menjadi lebih positif atas apa yang mereka lakukan. Bukan itu sahaja, dengan ransangan yang positif dari ibu bapa akan menjadi anak itu seorang yang bersemangat untuk menuntut ilmu dan seorang yang bersemangat untuk menghadiahkan kejayaan buat ibu bapa.

#2 – Menguatkan Ikatan Kasih Sayang

Satu lagi kesan peluk anak yang hebat ialah ia dapat menguatkan lagi kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Bagi orang dewasa bermacam cara mereka akan lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang, namun bagi kanak-kanak dengan pelukan ia menunjukkan yang ibu bapa menyayangi dia.

Jika anak anda sedang merajuk atau sedang sedih apa kata anda peluk anak anda, dengan pelukan dari anda ia akan membuatkan anak anda rasa di hargai dan akan membalas pelukan anda kembali. Dengan pelukan juga ia sekali gus dapat menguatkan kasih sayang anak anda terhadap anda.

#3 – Terhindar Dari Rasa Cemas Dan Takut

Anak kecil biasanya akan cepat merasa cemas dan takut, hanya dengan pelukan ibu bapa sahaja akan membuatkan anak anda berasa tenang dan terhindar dari rasa takut. Biasanya, apabila anak anda melakukan kesalahan dan dia di hukum, anak akan merasakan yang dia bersalah dan dia akan merasakan yang dia tidak di sayangi.

Jadi dengan pelukan ia mampu menenangkan anak anda dan ia dapat menunjukkan bahawa anda menegur bukan bermakna anda tidak sayang. Inilah salah satu kesan peluk anak yang hebat yang patut anda tahu.

peluk anak setiap hari

image via : Advent Health

#4 – Merapatkan Hubungan Kekeluargaan Dengan Lebih Akrab

Dalam kesibukan mencari rezeki kadang kala kita kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Ini menyebabkan hubungan anda dan anak menjadi renggang dan tidak mesra. Kadang-kala kerana kurang perhatian terhadap anak anda, akan menyebabkan anak anda terasa hati dan merajuk dengan anda. Jadi apa kata jika setiap kali pergi dan pulang dari kerja anda peluk anak anda.

Dengan cara sebegini anak anda akan rasa lebih di hargai dan sekali gus dapat memujuk anak anda yang sedang merajuk dengan anda. Bukan itu sahaja, dengan pelukan juga akan membuatkan hubungan anda dengan anak anda lebih rapat dan erat. Dengan itu ia dapat menunjukkan kesan peluk anak yang hebat

#5 – Meningkatkan Keyakinan Diri Yang Tinggi

Kesan peluk anak yang hebat ialah dapat meningkatkan keyakinan diri anak anda. Selalunya, anak-anak akan merasa rendah diri dan tidak bersemangat apabila mereka gagal dalam sesuatu perkara. Namun begitu, tidak semua kata-kata semangat mampu menaikkan semangat serta keyakinan diri anak anda.

Cara yang paling terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri anak anda hanya dengan pelukan ibu bapa. Pelukan ibu dapat menaikkan motivasi anak anda dan menjadikan anak anda untuk berusaha lebih lagi bagi mendapatkan kejayaan. Pelukan ibu bapa pada setiap pagi juga dapat menaikkan mood anak dan menjadikan anak seorang yang positif untuk untuk memulakan harinya.

Kesan Peluk Anak Setiap Hari Sejak Mereka Masih Bayi

  • menyihatkan jiwa dan tubuh
  • menyembuhkan hati yang terluka
  • menguatkan sistem imunisasi
  • meningkatkan mood dan menaikkan skala kegembiraan
  • merangsang pengaliran darah ke sel sel tubuh
  • melepaskan segala tekanan dan meregangkan otot
  • mengimbangi sistem saraf
  • menanam sifat empati dan saling memahami
  • merangsang perkembangan dengan lebih cepat
  • merangsang pengaliran darah
  • meningkatkan IQ anak
  • merangsang pengaliran darah ke otak
  • membantu mengawal emosi negatif
  • mengajar bagaimana untuk memberi dan menerima
peluk anak setiap hari

image via : Inspirasi Medina

Kasih Sayang Dan Pelukan Ibu Adalah Satu Kuasa Terindah

Apabila kita memeluk anak setiap hari terutama pelukan seorang ibu, anak tahu kita menyayangi mereka. Kasih dan sayang yang di beri boleh membuatkan perhubungan ibu dan anak semakin akrab. Begitu juga dengan pelukan ayah terhadap si anak.

Kajian juga turut mendapati yang semakin kerap anda peluk anak (setiap hari) maka semakin mereka membesar, tidak tertekan dan mendengar kata. Anda sendiri suka bila diri di peluk setiap hari kan? Terasa diri amat disayangi dan semakin positif kan? Begitu jugalah dengan anak-anak. Ingat! Jangan lupa untuk praktikkan bermula dari sekarang. Jika dulu kurang peluk anak maka mulai hari inilah luangkan sedikit masa untuk memeluk anak setiap hari dalam apa jua situasi. Baca juga anak dan masalah sosial dan kenali punca serta ciri-ciri anak hiperaktif. 

Sumber :

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.