Tidak boleh dinafikan lagi, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Walau sehebat mana atau semahal mana susu formula dijual di pasaran takkan mampu menandingi khasiat dan kebaikan yang ada pada susu ibu.
Jika anda seorang ibu yang bakal melahirkan atau sedang mencari info tentang panduan susu ibu, terutamanya tentang kebaikan, penyimpanan, dan kandungan susu ibu, artikel ini ditulis istimewa untuk anda.
Apakah kandungan susu ibu?
Susu ibu mengandung semua nutien dan khasiat yang diperlukan oleh bayi anda dalam kadar yang secukupnya. Berikut adalah komposisi dalam susu ibu:
Lemak
jumlah (g/100 ml)
4.2
asid lemak – kepanjangan 8C (% )
sisa
asid lemak tepu (%)
14
Protein (g/100 ml)
jumlah
1.1
kasein 0.4
0.3
a-laktalbumin
0.3
laktoferrin
0.2
IgA
0.1
IgG
0.001
lisozim
0.05
serum albumin
0.05
ß-laktoglobulin
–
Karbohidrat (g/100 ml)
laktosa
7
oligosakarida
0.5
Mineral (g/100 ml)
kalsium
0.03
fosforus
0.014
natrium
0.015
kalium
0.055
klorida
0.043
Apakah kebaikan susu ibu kepada bayi?
Susu ibu mempunyai 1001 kebaikan kepada bayi dan juga kepada ibu yang menyusukan. Di antara kebaikan susu ibu berbanding susu formula ialah:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda dalam kadar yang mencukupi. Apa yang menarik, kandungan susu ibu akan sentiasa berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
Susu ibu terutamanya kolostrum menguatkan sistem imuniti bayi anda menjadikan bayi anda lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit.
Susu ibu membantu melindungi bayi dari jangkitan dan penyakit seperti cirit birit, selesema, bronkitis, radang paru-paru, dan sebagainya.
Kajian mendapati bahawa susu ibu berfungsi untukl mencegah pelbagai masalah seperti asma, ekzema dan kembung pada bayi.
Susu ibu mengandungi nutrien penting untuk perkembangan otak bayi dan meningkatkan kecerdikan dan iq bayi anda.
Susu ibu tidak mudah tercemar berbanding susu formula.
Susu ibu memberi keselesaan dan ketenangan emosi kepada bayi.
Penyusuan susu ibu memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara bayi dan anak.
Menyusukan bayi membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat.
Menyusukan bayi akan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
Menyusukan bayi akan membantu membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan ibu yang asal dengan cepat.
Menyusukan bayi mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Menyusukan bayi membantu menjarakkan kelahiran.
Bagaimanakan cara untuk menyimpan susu ibu dengan baik supaya khasiatnya tidak hilang?
Adalah penting untuk anda menyimpan susu perahan dengan cara yang betul agar ia kekal segar, tidak rosak, dan yang paling penting bagi memastikan khasiatnya tidak hilang dan sampai kepada bayi anda. Pastinya anda ingin tahu cara menyimpan susu ibu yang diperah dengan cara yang betul. Jom kami kongsikan caranya:
Pilih bekas simpanan yang betul dan sesuai. Anda boleh menyimpan susu perahan dalam botol susu atau plastik khas untuk menyimpan susu perahan. Elakkan daripada menyimpan susu perahan dalam bekas lain yang tidak dicipta khas untuk menyimpan susu. Tutup dengan rapat sehingga kedap udara agar tidak berlaku jangkitan. Jangan isi bekas sehingga penuh. Tinggal sedikit ruang lebih kurang 1 inci kerana akan berlaku proses pengembangan semasa susu membeku.
Pastikan bekas simpanan bersih. Cuci bersih dengan sabun pencuci botol susu yang khas dan sterilkan bekas simpanan bagi memastikan ianya betul-betul bersih. Pastikan anda menggunakan bekas bebas BPA untuk kesihatan bayi anda.
Susu yang telah dipam perlu dimasukkan dalam peti sejuk dengan segera. Tempoh maksimum untuk ditinggalkan pada suhu bilik ialah selama 1 jam sahaja. Jika anda membiarkan susu perahan pada suhu bilik melebihi tempoh sejam, dikhuatiri ia akan mula rosak.
Labelkan tarikh dan masa susu diperah. Susun mengikut masa dan tarikh. Ambil susu yang lama terlebih dahulu. Gunakan kaedah first in, first out.
Berapa banyak susu perlu disimpan dalam setiap bekas? Ianya bergantung kepada jumlah susu yang mampu dihabiskan oleh anak anda setiap kali menyusu untuk mengelakkan pembaziran. Ini kerana susu yang sudah dipanaskan dan tidak habis perlu dibuang. Ianya tidak boleh disimpan semula untuk mengelakkan bayi anda sakit.
Jangan sesekali mencampurkan susu baru dengan baki susu ibu yang telah dipanaskan kerana ia akan merosakkan susu baru menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.
Susu perahan boleh bertahan selama 6 sehingga 8 jam pada suhu bilik yang kurang daripada 25 ° C. Selepas itu, susu ibu perlu disimpan di dalam peti sejuk agar tidak rosak.
Susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 ° C boleh bertahan selama 5 hari sebelum mula rosak.
Susu ibu yang disejukkan dalam coller bag dengan pek ais boleh bertahan selama 24 jam sahaja. Oleh itu, apabila anda sampai ke destinasi jangan berlengah untuk segera memasukkan susu perahan tadi ke dalam peti sejuk.
Susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk beku pada suhu -15 ° C boleh disimpan selama 6 bulan.
Apabila hendak digunakan, keluarkan susu dari peti sejuk beku dan letakkan di bawah untuk menghilangkan beku. Anda juga boleh rendam bekas simpanan susu dalam air panas. Jangan panaskan susu perahan dengan menggunakan microwave.
Itulah dia info tentang panduan susu ibu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang susu untuk ibu hamil dan anak syurga
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.