Anda tidak memerlukan lebih kalori namun anda perlukan lebih folat
Snek yang kaya dengan folat adalah salad yang menggunakan daun bayam kecil dan bitrus atau kukus asparagus yang sesuai dimakan dengan pencicah
Makan buah oren dan buah tembikai
Makan kepingan roti yang berserat tinggi dalam peti ais agar anda boleh mengambilnya ketika hendak makan
Mengambil makanan snek yang mempunyai Vitamin A kerana ia membantu sistem peredaran, organ, pernafasan serta sistem saraf bayi.
Vitamin A juga akan menguatkan badan
Makanan yang mempunyai vitamin A dalah seperti keju dan telur
Selain itu, anda juga boleh masukkan potongan buah mangga dan betik ke dalam bijirin
Antara panduan lain adalah halia dapat melegakan mabuk hamil. Contohnya masakan atau pencuci mulut yang mempunyai halia
Mengambil makanan berkhasiat dengan menggabungkan sayuran sayuran dengan sup.
Trimester kedua
Anda tidak perlu meningkatkan kalori, tetapi memastikan anda mendapat kalsium yang cukup dimana ketika itu gigi dan tulang bayi mulai terbentuk
Mengambil produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak rendah kerana banyak kalsium mudah diserap oleh badan
Contoh produk tenusu adalah snek seperti Yogurt
Minum susu pada waktu makan akan membantu anda merasa mengantuk
Selain tenusu adalah produk soya yang juga mengandungi kalsium
Buah tin kering serta badam mengandungi kalsium dan senang di bawa ke mana sahaja
Trimester ketiga
Tahap ini anda memerlukan banyak tenaga oleh itu ambil lah snek yang mengandungi vitamin C dan vitamin B1
Antaranya ialah roti bakar bijirin penuh dengan sebiji tomato, sup cendawan dan buah oren mandarin
Vitamin C dapat melindungi sel dalam badan tidak rosak dan memastikan sistem imun berkeadaan baik
Vitamin C akan memastikan plasente berkembang dan berfungsi dengan baik serta membantu lapisan dinding perut untuk menyerap zat besi
Antara buah-buahan lain yang mengandungi vitamin C adalah kiwi dan strawberry
Seterunya adalah mengambil vitamin B iaitu dengan makan bijiran sarapan
Vitamin B terdiri daripada vitamin B1, B2, B6, B12, niasin dan folat yang dapat membantu kesihatan badan
Thiamin juga diperlukan pada trimester akhir untuk memudahkan anda mengeluarkan tenaga daripada makanan
Contoh makanan yang thiamine adalah sayur hijau dan beras perang
Selain itu, roti bijian bakar dengan kacang panggang juga membekalkan khasiat kepada anda
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.