Pemilihan pakaian yang sesuai dengan tubuh badan adalah sangat penting. Ini kerana pemilihan pakaian yang sesuai akan memberikan keselesaan dan meningkatkan keyakinan diri individu tersebut. Apabila menyebut tentang pakaian, pemilihan pakaian dalam termasuk bra tak kurang pentingnya. Jom kami kongsikan panduan saiz bra yang sesuai dengan badan.
Sebelum kami senaraikan tips memilih bra, apa kata kalau kami kupas dulu apakah kepentingan memilih bra yang sesuai dengan badan? Apakah kesannya jika anda tidak memilih bra yang betul? Menurut kajian, pemakaian bra yang tidak sesuai akan menyebabkan:
Untuk mendapat bra yang sesuai dengan tubuh badan anda, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah apakah saiz bra anda? Untuk makluman anda, saiz bra terdiri daripada dua perkara iaitu saiz lingkaran bawah payudara dan saiz mangkuk bra. Bra yang terbaik adalah bra yang betul saiz lingkaran dan cupnya. Sebagai contoh, bra dengan saiz 38B bermaksud bra tersebut mempunyai saiz lingkaran bawah payudara 38 dengan cup bersaiz B.
Bagaimana cara untuk mengira saiz lingkaran bawah payudara? Untuk menentukan berapakah lingkaran bawah payudara anda, terdapat dua cara yang boleh anda gunakan. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil tali tape dan ukur keliling tubuh badan anda di bawah payudara.
Untuk cara yang pertama, anda boleh mengukur dengan menggunakan ukuran sentimeter. Untuk ukuran menggunakan sentimeter, berikut adalah panduan untuk anda:
Untuk cara yang kedua, anda boleh menggunakan ukuran inci. Dapatkan ukuran lingkaran bawah payudara anda dalam ukuran inci. Jika ukuran yang anda dapat adalah bernombor genap, tambahkan dengan 4. Jika nombor yang anda dapat adalah ganjil, tambahkan dengan 3. Sebagai contoh:
Untuk mengetahui saiz cup pula, anda boleh gunakan formula yang berikut. Dapatkan ukuran lingkaran payudara, dan kemudian anda tolakkan dengan ukurlilit lingkaran bawah payudara anda, kemudian tambah dengan 2 sentimeter.
Lingkaran payudara – lingkaran bawah payudara + ditambah 2 sentimeter. Sebagai contoh, lingkaran payudara 48 – lingkaran bawah payudara 36+ 2 sentimeter. Jawapannya: 14.
Berikut ukuran cupnya:
Selain itu, material bra juga memainkan peranan yang sangat penting. Memilih bra yang dibuat daripada kain kapas atau cotton adalah sangat baik kerana material tersebut membenarkan kulit anda bernafas dan kurang berpeluh. Sistem pengudaraannya juga adalah lebih baik dan akan mengurangkan masalah ruam pada payudara dan belakang badan.
Jika anda memilih bra yang kurang sesuai dengan tubuh badan, ada beberapa tanda jelas yang akan kelihatan. Di antara tanda-tanda tersebut ialah:
Itulah dia info tentang panduan saiz bra yang sesuai untuk badan. Semoga bermanfaat buat anda semua. Selepas ini kalau anda ingin membeli bra, pastikan anda dapatkan ukuran bra yang betul sebelum memilih.
Walau bagaimana pun, apa yang paling penting ialah pastikan anda mencuba bra tersebut terlebih dahulu kerana ada kalanya, jenis bra yang berbeza akan menyebabkan ukuran & kesesuaiannya berubah.