Setiap manusia Allah telah tetapkan jodohnya cuma cepat atau lambat jodoh itu akan sampai. Kita selalu dengar orang kat “kalau dah jodoh tak ke mana-mana”, ayat ini memang benar sekali kerana jika orang itu ditakdirkan menjadi jodoh kita, akhirnya kita akan berkahwin juga dengan dia. Anda tidak perlu risau lagi.

Tetapi pasti semua orang ingin mencari pasangan hidup yang serasi dengan diri kita kerana kita akan hidup bersamanya sehingga ke hujung nafas kita. Jadi, kita perlu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup dan tidak boleh sewenang-wenangnya. Bagaimanakah cara untuk kita tahu bahawa dia lah pasangan kita?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai panduan dalam mencari pasangan hidup yang sesuai. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

7 Panduan dalam mencari pasangan hidup yang sesuai

panduan cari pasangan

Imej via Facebook

1. Proses Taaruf

Proses taaruf merupakan salah satu cara untuk kau tahu adakah dia pilihan yang terbaik.

Dalam proses berkenalan, kau akan mula nampak kelemahan dan kelebihan masing-masing. Antara calon yang terbaik ialah apabila dia sudi menerima kau seadanya. Kau pun mestilah membuat perkara yang sama kepada dia.

2. Agama

Dalam Islam, proses pencarian dengan empat faktor iaitu agama, harta, paras rupa dan keturunan. Pilihlah yang beragama maka kau akan selamat dunia akhirat. Tak semestinya dia ustaz ataupun ustazah. Cukuplah dia tak tinggal solat, tak ambil kesempatan ke atas kau, tahu hukum agama dan tahu batas pergaulan.

3. Cari Keserasian

Kau cari lah keserasian dengan dia. Serasi boleh dikatakan kau senang dengan dia. Kau nak buat apa pun tak dikongkong oleh dia selagi tidak melanggar hukum agama. Tak semestinya kau suka pergi hiking, tetapi dia tak suka, maksudnya tak serasi. Yang penting dia sentiasa sokong hobi kau.

Persamaan itu saling mendekatkan dan perbezaan itu pula saling melengkapi.

4. Selidik Latar Belakang

Antaranya kau boleh tanya tentang latar belakang keluarganya, pendidikannya, ciri-ciri pasangan yang dicarinya. Kau tanya apa yang dia suka dan tak suka.

5. Perancangan Masa Depan

Kau boleh tanya apa matlamat masa depannya dalam keluarga nanti, juga perancangan kerjaya. Kau juga boleh tanya impian yang hendak dikecapi dalam hidup.

6. Bertimbang Rasa

Si dia ada sifat bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Bukannya asyik dia saja nak menang. Nak suruh kau dengar cakap dia saja.

7. Jadi Diri Sendiri

Kau jadi diri kau sendiri lah. Tak perlu kau pinjam baju berjenama kawan kau, pinjam kereta Audi kawan kau untuk pikat si dia. Elakkan berlakon, bersandiwara, sembunyikan perkara yang dia patut tahu, sebab nanti akan diketahui juga.

*Anda tidak perlu risau jika tiada pasangan untuk berkahwin lagi kerana ada hikmah di sebalik kahwin lambat. Mungkin jika anda berkahwin lambat, ketika itu kewangan anda dalam keadaan stabil dan boleh menanggung bakal isteri anda dengan baik. Atau memiliki sebuah rumah untuk diduduki. Sesungguhnya, berdoa kepadaNya untuk memohon pertolongan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.