Occupational Therapy merupakan salah satu cabang rehabilitasi yang penting dalam bidang pemulihan kanak-kanak (pediatrik).
Occupational Therapy Practice Framework (OTPF) merupakan framework yang diikuti oleh kebanyakan Occupational Therapist di Malaysia.
Mengapa Berjumpa Dengan Occupational Therapist Adalah Penting Dan Membantu?
Jika anda mempunyai anak-anak yang dikhuatiri ada kelewatan dalam perkembangan, Occupational Therapist akan melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya.
Dengan mengenalpasti kelewatan-kelewatan dalam kefungsian anak anda, seorang Occupational Therapist akan seterusnya melakukan analisis tentang sebab berlakunya kelewatan kefungsian tersebut. Seterusnya, Occupational Therapist akan melakukan perancangan program intervensi yang lebih spesifik untuk membantu kesukaran anak anda.
1. Kefungsian Motor Kasar : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk menguasai pelbagai kemahiran lain. Anak-anak yang punya kelewatan dalam kefungsian motor kasar, akan berisiko tinggi untuk lewat dalam kefungsian-kefungsian lain.
2. Kefungsian Motor Halus : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk mempelajari kemahiran hidup harian dan akademik. Ini termasuk kemahiran memakai baju, seluar, kemahiran menulis, kemahiran menguruskan diri dan kemahiran-kemahiran lain yang memerlukan anak-anak untuk memanipulasi objek kecil.
3. Kefungsian Motor Visual : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk memberikan fokus mata. Ini seterusnya akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk belajar membaca, fokus pada kerja yang sedang dilakukan dan menulis.
4. Kefungsian Motor Oral : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk belajar minum air, makan pelbagai jenis makanan, melakukan pelbagai pergerakan bibir, lidah dan pipi, menelan air liur dan memberus gigi.
5. Kefungsian Sosial & Komunikasi : yang akan mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk memberikan eye contact (yang sangat penting sebagai inisiasi komunikasi dan perbualan), rujukan sosial (social referencing) yang akan mempengaruhi keupayaan anak untuk mengenal pasti perkaitan antara dirinya dan orang disekelilingnya, keupayaan anak untuk memahami fungsinya dalam keluarga, di sekolah serta di dalam komuniti.
6. Kefungsian Kognitif : yang akan mempengaruhi keupayaan anak-anak untuk faham arahan, mengenal objek harian, memahami perkaitan antara objek, perbuatan dan sifat.
Pada ketika melakukan penilaian kognitif ini juga Occupational Therapist akan melihat berapa banyak perkataan harian yang sudah difahami oleh anak-anak dan adakah anak-anak menggunakan pengetahuan tentang perkataan itu pada tempat yang betul.
Ada Occupational Therapist yang menambah ‘toolbox’ mereka dengan menghadiri kursus-kursus tambahan dan mendapat sijil.
Antara kursus internasional yang biasa di hadiri oleh Occupational Therapist kanak-kanak termasuk: BrainGym, PECS, SPARK by Hanen, Handwriting Without Tears, dan banyak lagi.
Anda boleh bertanya pada Occupational Therapist yang anda jumpai jika mereka mempunyai ‘toolbox’ tambahan yang berguna untuk perkembangan anak anda.
Kerana Itu Membawa Anak Anda Yang Dikhuatiri Lewat Perkembangan Berjumpa Dengan Occupational Therapist Akan Sangat Membantu Perkembangan Anak Anda Dan Anda Akan Lebih Memahami Keperluan Perkembangan Anak Anda.
In shaa Allah