Pastinya anda semua telah tahu definisi anak sulung bukan? Menjadi anak sulung bukanlah satu pilihan yang boleh dibuat oleh seseorang. Adakah menjadi anak sulung ini satu perkara yang rumit atau menyeronokkan?

image via Facebook

Mengikut kajian, anak sulung lebih tinggi IQ nya, ini kerana ‘mental stimulation’ mereka lebih banyak. Anak sulung juga biasanya mendapat 100% fokus ibu bapanya. Seluruh perhatian ibu bapa hanya kepadanya. Anak sulung juga biasa lebih terserlah kemampuan memimpinnya ini kerana mereka mempunyai adik-beradik yang perlu mereka awasi.

Disebalik kelebihan yang telah anda baca diatas terselit seribu satu tanggungjawab yang peru ditanggung oleh mereka. Mari kita lihat apakah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang anak sulung yang telah dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.

Nikmat Ke Jadi Anak Sulung?

nikmat jadi anak sulung
  1. Anak sulung perlu tunjuk contoh yang terbaik kerana anak sulung adalah idola kepada adik-beradiknya.
  2. Anak sulung perlu belajar menjadi coach kepada adik-beradiknya. Mendamaikan ketika berlakunya perselisihan dan menenangkan kerika terjadinya pertikaian.
  3. Anak sulung juga perlu berlatih menjadi ketua rumah tangga, samaada rela atau terpaksa kerana merekalah pemimpin utama selepas ibu dan bapanya. Ianya persediaan terpenting jika ditakdirkan ibu ayahnya tiada lagi di dunia.
  4. Anak sulung perlu tahu hukum-hakam agama. Ini kerana selepas ketiadaan ibu bapanya, ank sulung lah tempat rujukan utama. Anak sulung lelaki jugalah yang akan diangkat menjadi wali kepada adik-beradiknya di bawahnya!

*Dengan perkongsian ini, kami berharap para pembaca akan memahami keadaan dan tanggungjawab yang akan dipikul oleh seorang yang bergelar anak sulung di dalam sesebuah keluarga. Sebagai seorang anak sulung perlulah sentiasa menyediakan diri dengan sebaik mungkin kerana anda adalah ketua keluarga selepas ibu dan bapa anda.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Jangan lupa untuk kongsikan juga kepada kenalan terdekat anda! Oh ya, Dr Taufiq Razif juga menulis sebuah ebook yang menarik tentang parenting dan mengawal emosi ibu dan anak. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan di sini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.