Perkataan sedekah berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud benar dan dari segi syarak pula, sedekah adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan secara sukarela dan ikhlas tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

Merujuk keimanan mahu pun keyakinan kepada Allah, sudah tentu ianya memerlukan kepada pembuktian iaitu mengeluarkan harta benda di jalan Allah S.W.T. Pemberian itu boleh ditujukan kepada fakir miskin, saudara mara ataupun untuk kepentingan jihad fisabilillah. Untuk pengetahuan anda, sedekah sebenarnya lebih luas dari zakat mahu pun infak.

Sedekah juga berbeza dengan pemberian hadiah yang bertujuan sebagai kenang-kenangan dan tanda penghargaan serta boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang kaya raya.

Sedekah tidak hanya bererti mengeluarkan atau menyumbangkan harta, ia merangkumi segala amal atau perbuatan baik. Tujuan bersedekah adalah memberikan sesuatu, bantuan atau sumbangan kepada orang yang susah dan kurang berkemampuan bagi meringankan masalah mereka.

Imej via [terbaek]

Sabda Rasulullah S.A.W.: 

“Sebaik-baik amal adalah memberi makan (kepada fakir miskin dan anak yatim) dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal.”  

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’i R.A.)

Jelas maksud sebenar bersedekah. Jom ketahui antara 12 nikmat bersedekah ramai yang tidak tahu!

1. Dipanjangkan Usia

Nikmat bersedekah yang kita laukan tanpa kita sedar akan menambahkan umur kita sekaligus mencegah kita mengalami kematian yang buruk Sekaligus menghilangkan berbagai sifat tidak baik yang ada di dalam diri kita. Daripada sabda Rasulullah S.A.W :

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk (husnul khotimah), Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri“

(Hadis Riwayat Thabrani)

2. Dapat Menghapuskan Dosa

Sedekah juga akan menghapus dosa besar yang sudah kita buat meskipun dosa tersebut tidak dihapuskan begitu saja tanpa disertai dengan  perbuatan yang baik dan juga taubat, jadi begitu besar nikmat bersedekah ini kan? 

3. Pemisah Diri Daripada Api Neraka

Nikmat bersedekah tidak hanya datang  dengan memberikan wang ringgit, namun ianya juga datang dengan memberi sedekah dengan benda-benda lain. Antaranya pakaian, makanan dan sebagainya akan menjadi pemisah kita dengan api neraka di akhirat kelak. Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Jauhkan dirimu dari azab api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir tamar (kurma)

(Muttafaqun ‘alaih)

Imej via [ohbulan]

4. Dimurahkan Rezeki

Terdapat pelbagai nikmat bersedekah yang boleh kita dapatkan dengan memberi sedekah iaitu kita akan mendapatkan rezeki yang lebih banyak lagi dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Perbuatan sedekah tersebut disukai oleh Allah S.W.T. sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. :

Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

5. Mendapat Naungan Pada Hari Kiamat

Bukan itu sahaja, nikmat bersedekah terbesar adalah mendapat naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat kelak. Lihatlah betapa besarnya ganjaran bagi mereka yang selalu bersedekah ini.

“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sesungguhnya pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.”

(Silsilah As-Shahihah, 3484)

6. Hajat Akan Dikabulkan

Salah satu nikmat bersedekah adalah hajat akan dimakbulkan Allah S.W.T. Sekiranya anda yang memiliki hajat yang tertentu, sering-seringlah bersedekah. Insyaallah mudah-mudahan segala hajat anda segera dikabulkan.

“Barang siapa berniat bersedekah, kecepatan Allah membalasnya adalah lebih daripada kecepatan gerakan sedekahnya.” 

(Hadis Qudsi)

Imej via [cahayaislam]

7. Dijauhkan Dari Segala Bencana

Nikmat sedekah ramai tak tahu dan luar biasa bagi orang yang bersedekah adalah orang tersebut akan dilindungi dari segala bahaya. Meskipun orang tersebut adalah seorang pendosa, kafir bahkan zalim, mereka boleh menghadapi sebarang musibah dengan baik kerana Allah S.W.T. akan menjauhkan bencana dari orang yang melakukan sedekah tersebut.

Jadi ingatlah, walaupun sebaik mana pun anda, jika anda tidak bersedekah, Allah tidak akan melindungi anda dari bencana akibat sikap anda yang tidak bersedekah.

8. Iman Akan Bertambah Kuat

Bersedekah yang dilakukan dengan niat ibadah pada Allah akan semakin memperkuatkan iman seseorang itu. Ia merupakan satu nikmat yang besar bagi kita yang beragama Islam. Dalam Al-Quran dan Hadis juga ada menyebutkan bahawa bersedekah adalah satu perkara yang turut diperintahkan untuk semua umat muslim.

9. Dapat Menghindari Sifat Angkuh

Kita juga dapat mengelakkan diri dari sifat angkuh dan sombong. Penting untuk anda sedari bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan, hasilnya adalah daripada Allah S.W.T. Dengan bersedekah, kita dapat mengikis sifat angkuh dan sombong tersebut.

10. Meningkatkan Sifat Belas Kasihan

Sedekah merupakan proses memberikan apa yang kita miliki baik dari segi harta ataupun wang ringgit kepada orang yang memerlukan dan nikmat bersedekat tersebut amatlah besar ganjarannya.

Bersedekah tidak hanya dilakukan untuk membantu orang lain yang sedang ditimpa kesusahan namun juga dapat melatih diri untuk rasa simpati kita kepada orang lain khususnya kepada penerima sedekah tersebut.

Imej via [sarawakvoice]

11. Meringankan Sakaratul Maut

Tidak hanya pahala sedekah di hari Jumaat yang boleh kita lakukan, namun dengan melakukan sedekah sebanyak mungkin, ia dapat memberi nikmat dalam akhir kehidupan kita. Allah akan meringankan Sakaratul maut kita kelak. Sabda Rasulullah S.A.W.:

“Sedekah dari seorang Muslim meningkatkan (hartanya) di waktu kehidupannya dan juga meringankan kepedihan di saat kematiannya (Sakaratulmaut), dan melauinya (sedekah) Allah menghilangkan perasaan sombong dan riak (egois).” 

(Fiqh-us-Sunnah volume 3, hal 97)

12. Disembuhkan Penyakit

Nikmat bersedekah juga dapat menyebuhkan penyakit. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Imej via [viva]
Imej via [viva]

Kesimpulannya, nikmat bersedekah itu banyak ganjarannya. Contoh yang perlu diikuti dalam bersedekah adalah Rasulullah S.A.W. kerana baginda amat takut jika di rumahnya terdapat sedikit sahaja makanan dan harta yang belum disedekahkan.

Sehinggakan pakaian baginda sendiri diperbuat dari bahan kasar dan murah. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan sedekah. Insyaallah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. . Wallahualam.

Jom baca juga kelebihan sedekah, sunnah nabi mudah dan kelebihan solat dhuha.

Rujukan:

  1. Dalamislam
  2. Tzkrh
  3. shafiqolbu

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.