Ramai rupanya peminat nasi popular di Kelantan ini. Kalau ingin buat niaga guna resepi yang kami kongsikan silakan. Kami yakin laris permintaannya nanti. Afy AL Habibi‎ berkongsi resepi nasi kak vogue di laman Facebook dan betul saja sesiapa yang pernah rasa dulu nasi kak vouge cik Afy mesti nak rasa balik.

Antara pelbagai yang terdapat pada nasi kak vogue ialah nasi putih yang bertemankan ayam goreng crispy, sambal mengaum dan kuah ayam gulai. Ketiga-tiga kandungan ini mestilah ada, kalaupun ditukar namanya bukan nasi kak vogue.

Jangan panik jangan risau, kami tuliskan cara untuk hasilkan gulai yang sedap, ayam goreng crispy dan sambal yang menarik. Tapi sebelum itu jangan lupa like dan share perkongsian ini ya. Selamat mencuba.

Resepi Nasi Kak Vogue

nasi kak vogue

Imej via Facebook

Bahan Ayam Gulai (untuk 3 ketul ayam) :

  • Ayam dipotong kecil-kecil,
  • 1 biji bawang merah saiz bola pingpong,
  • 1 ulas bawang putih,
  • Sehiris nipis halia,
  • ¼ sudu kecil cili kering kisar,
  • ½ sudu besar rempah kari,
  • ¼ sudu kecil rempah ikan,
  • ¼ sudu kecil rempah kawah,
  • ½ gelas air asam jawa (secubit asam jawa + ½ gelas air),
  • Gula perang,
  • ½ relung nisan@gula Melaka,
  • Garam.

Cara-cara :

  1. Tumis 3 sekawan sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Tambahkan ¼ sudu kecil cili kering kisar.
  4. Selepas bahan tumis garing, masukkan campuran rempah kari, rempah ikan dan rempah kawah untuk kesedapan rasa gulai. Tumis menggunakan api perlahan.
  5. Seterusnya masukkan ½ gelas air asam jawa.
  6. Masukkan perasa peringkat pertama, gula perang, ½ relung nisan@gula Melaka dan garam ikut kesesuaian. Biarkan ia pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan ayam yang telah dicincang kecil. Pilih bahagian ayam yang bertulang. Renehkan sehingga ayam masak kira-kira 20 minit dalam api perlahan. Tutup periuk.
  8. Kemudian masukkan 3 senduk santan. Tambahkan sedikit air.
  9. Seterusnya masukkan pula perasa peringkat kedua dan sedikit kerisik. Jika ada kacang panjang dan terung bolehlah dimasukkan sekali.
  10. Biarkan gulai mendidih perlahan dan sebati rasanya. Tutup api selepas kuah gulai masak.

    nasi kak vogue

    Imej via Facebook

Bahan Ayam Goreng Crispy :

Tiga ketul ayam dipotong kecil. Perapkan dengan bahan di bawah :

Bahan Perap :

  • ½ biji bawang merah *,
  • 1 ulas bawang putih *,
  • ½ sudu besar serbuk ketumbar *
  • Jintan putih*,
  • 1 sudu besar serbuk kunyit,
  • Secubit dua rempah kari,
  • ½ sudu besar cili kisar,
  • ½ sudu besar perencah/ajinomoto (atau kurangkan kuantiti),
  • ½ sudu besar garam,
  • Secubit gula,
  • 1 batang serai dan 2 hiris halia ditumbuk halus.
  • Kisar bersama bahan bertanda *.
  • Kemudian gaul rata dan perap seketika baru digoreng.

    nasi kak vogue

    Imej via Facebook

Bahan Sambal Mengaum :

  • Segenggam kecil cili padi merah,
  • 5 tangkai cili kering (dibuang biji dan direbus terlebih dahulu),
  • Dua sudu cuka,
  • Sedikit air kosong,
  • Gula,
  • Garam,
  • ½ biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, ¼ bawang Holland (dibakar seketika).

Cara-cara :

  1. Kisar cili bersama kesemua bahan.
  2. Letak sambal ke dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. *Jika perlu masukkan tambahan gula dan garam*. Kacau sekata.
  3. Perah sebiji limau kasturi. Tambahkan hirisan kulit limau kasturi.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

    nasi kak vogue

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain nasi kak vogue, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.