Siapa yang tidak berjaya lagi buat nasi impit sendiri? Mari sini kami tunjuk ajar cara buat nasi impit yang konfirm menjadi. Pada resepi ini nasi impit dimasak dengan pressure cooker. Kepada yang tidak ada pressure cooker rasanya boleh cuba masak dalam rice cooker biasa.

Nasi impit sedap dimakan dengan sambal dan serunding. Siapa suka cara ini? Perkongsian resepi nasi impit sekali dengan sambal nyior kelantan kami datangkan daripada ‎Wan Ros Ina Lina yang berkongsikan resepi di laman Facebook.

Di bawah ada dituliskan antara tips untuk dapatkan nasi impit yang padu, padat, lembut namun tidak hancur. Sebelum ini asyik beli ketupat segera bukan? Sekarang tidak lagi, boleh buat nasi impit sendiri.

Resepi Nasi Impit Sambal Nyior Kelantan

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Beras biasa 1 cawan, (bukan basmathi)
  • Air 3 cawan.

Cara-cara :

  1. Basuh beras bersih dan masukkan air. Contoh nisbah 3 cup beras + 9 cup air.
  2. Masukkan ke dalam pressure cooker.
  3. Tekan butang congee /soup. Sudah boleh ditinggalkan buat kerja lain.

Tips :

  1. Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk yang non stick senang nanti nak terbalikkan nasi impit ini nanti. Dia keluar cantik je tak melekat pun.
  2. Bila sudah masak, satu tips ya untuk keselamatan. Jangan release wap dia, biarkan dia keluar sendiri wap itu tidak payah keluarkan ya. Lepas beberapa minit nampak macam sudah OK baru lah buka tudung pressure cooker.
  3. Angkat periuk kemudian tekan-tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu sahaja, tekan-tekan biar padat dan nampak kemas.
  4. Lepas itu biarkan nasi impit sejuk di dalam cooker. Tidak perlu salin ke bekas lain.
  5. Nanti jika sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Bolehlah dipotong.
  6. Kalau masih panas/suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong, biar dulu beberapa jam).

Resepi Sambal Nyior :

  1. Kelapa sebiji digoreng tanpa minyak sehingga keperangan. Jangan hangit ya.
  2. Ikan dipanggang tawar, ambil isinya sahaja. Kalau mahu sedap letak banyak ikan.
  3. Bawang merah kecil 10 biji dihiris.
  4. Serai 3 batang dihiris.
  5. Garam, gula nise dan gula pasir secukup rasa.
  6. Tumbuk atau kisar kering semua bahan. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain nasi impit sambal nyior, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.