Nafkah isteri itu penting. Suami wajib beri walaupun isteri ada gaji sendiri. Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang penuh bahagia hingga ke akhir hayat.

Perkahwinan yang di bina hanya dengan alasan atas dasar cinta tidak boleh memberi jaminan untuk terus kekal bersama. Cinta itu tidak boleh mengisi perut anak isteri. Cinta itu juga tidak dapat memberi tidur lena selesa sepanjang masa. Suami perlu beri nafkah isteri dengan sempurna kerana itu adalah jalan yang terbaik!

sumber : Apakes

Ya! Cinta itu penting dalam sesebuah ikatan! Tapi cinta itu tidak boleh dicambahkan sehingga menjadi segunung emas yang boleh ditukar kepada wang ringgit. Cinta juga tidak boleh dijual di mana-mana kedai pajak gadai.

Kerana itu Islam telah menegaskan bahawa seorang suami wajib memberi nafkah kepada wanita yang telah dinikahinya. Nafkah isteri ini untuk membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang seimbang dari segi cinta dan juga material.

Ya! Cinta itu penting dalam sesebuah ikatan! Tapi cinta itu tidak boleh dicambahkan sehingga menjadi segunung emas yang boleh ditukar kepada wang ringgit. Cinta juga tidak boleh dijual di mana-mana kedai pajak gadai. Kerana itu Islam telah menegaskan bahawa seorang suami wajib memberi nafkah kepada wanita yang telah dinikahinya. Nafkah isteri ini untuk membentuk sebuah kehidupan berkeluarga yang seimbang dari segi cinta dan juga material.

Suami Wajib Berikan Nafkah Isteri Dalam 2 Kategori

Seorang suami yang bertanggungjawab perlu memberikan DUA JENIS NAFKAH kepada isterinya. Dua jenis nafkah ini adalah:

  1. Nafkah Batin
  2. Nafkah Zahir
sumber : Baituljannah

NAFKAH ISTERI dalam bentuk ‘BATIN’ merujuk kepada hubungan intim (seks) di antara suami dan isteri. Nafkah secara batin ini mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk membolehkan nafkah batin ini berlangsung dengan sempurna. Antara syarat tersebut adalah :

  • Akad nikahnya sah
  • Isteri menyerahkan dirinya kepada suami
  • Isteri melayan suami
  • Isteri tidak menolak di ajak berpindah ke tempat yang di pilih suami
  • Isteri memiliki kemampuan untuk melayani suami

Firman Allah SWT:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui- Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman.

al-Baqarah :223

Untuk NAFKAH ISTERI dalam bentuk ‘ZAHIR’ pula merupakan tanggungjawab yang perlu suami  sediakan untuk isterinya dalam bentuk ‘kebendaan’ ataupun material yang jelas di mata. Bentuk material yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri untuk kategori nafkah zahir ini adalah seperti:

  • Tempat tinggal yang selesa
  • Makan minum yang mencukupi
  • Pakaian baru sekurang-kurangnya 2 (dua) persalinan setahun
  • Perhiasan setara yang termampu
  • Perubatan tika ada masalah kesihatan

Setiap benda untuk nafkah zahir ini tidak bererti perlu disediakan dalam keadaan yang mewah. Nafkah zahir ini hanya bergantung pada tahap kemampuan si suami. Yang penting si suami sama sekali tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya dalam bentuk yang lebih buruk daripada apa yang di makan dan di pakai oleh dirinya sendiri.

Suami Tetap Wajib Beri Nafkah Walau Isteri Sudah Berkerja

Sekarang ini seringkali berlaku kekeliruan berkenaan nafkah apabila para isteri sudah mula keluar berkerja. Hakikatnya sebesar mana sekalipun gaji seorang isteri itu tetap tidak akan menghilangkan tanggungjawab si suami untuk memberi nafkah kepada si isteri yang telah dinikahinya itu.

Gaji isteri itu adalah hak si isteri dan tidak ada sebarang kena mengena langsung dengan sang suami. Seandainya si isteri itu sendiri yang sudi berkongsi hasil pendapatannya bersama suami, bermakna itu adalah bonus yang pastut disyukuri oleh si suami kerana dikurniakan seorang isteri yang sanggup untuk susah senang bersama.

Isteri Boleh Mohon Fasakh Jika Suami Gagal Beri Nafkah Zahir Batin 

Di dalam Islam telah dinyatakan berulangkali bahawa seorang isteri itu mempunyai hak-haknya yang tersendiri ke atas suami. Hak-hak ini boleh dituntut daripada sang suami dan jika suami tidak berjaya memberikannya maka si isteri boleh menuntut cerai! Ya boleh sehingga ke tahap bercerai kerana itu tolonglah jangan sesekali di pandang ringan tentang soal nafkah isteri ini.

Jadilah contoh seorang suami yang mithali kerana suami mithali itu akan lebih dipandang mulia dengan penuh limpahan kasih dan sayang dari si isteri. Nafkah isteri ini tidaklah diciptakan sebagai satu perkara untuk membebankan pihak sang suami. Pemberian nafkah zahir dan batin ini adalah satu simbolik untuk saling hidup bersama dengan penuh rasa kasih dan hormat.

Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda: “Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya” — Riwayat al-Bukhari

Saling Faham Memahami Adalah Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Masyarakat sering sering menuding jari kepada para suami mengenai
soal nafkah isteri untuk zahir dan batin ini. Hakikatnya si isteri juga perlu ikut faha akan situasi suami. Jika suami kurang berkemampuan janganlah dengan sengaja meminta itu dan ini.

Bila suami terlambat terima gaji pula janganlah dengan sengaja di buka isu nafkah isteri ini di hadapan suami. Sebagai sepasang suami dan isteri yang telah berjanji untuk susah senang bersama, kita perlu saling faham memahami. Allah SWT dah atur corak kehidupan dengan panduan, maka ikutlah dengan baik seperti seorang muslim yang sejati.

Rujukan

  • Syarah Soheh Muslim
  • Imam an-Nawawi
  • Manar as-Sabil
  • Ibnu Dhuyan

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.