Tahukah anda kerajaan telah melancarkan sebuah platform aplikasi untuk kesihatan mental iaitu MyMinda?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan fungsi MyMinda dan cara untuk mengaksesnya dengan mudah secara atas talian.

Apa itu MyMinda?

MyMinda

MyMinda adalah satu perkhidmatan percuma yang disediakan oleh kerajaan dan fungsi ini sesuai digunakan oleh individu berumur 18 tahun dan ke atas yang ingin mendapatkan bantuan awal kesihatan mental mereka.

Seperti yang kita tahu, kesihatan mental sangat penting dalam kehidupan semua orang.

Bahkan ia sama penting dengan kesihatan fizikal kerana turut membabitkan aspek kesejahteraan tingkah laku, emosi, dan spiritual dalam diri individu yang memberi kesan kepada kesejahteraan hidup dan perhubungan.

Namun begitu, ramai yang tidak sedar lagi akan kepentingan dan bahayanya.

Justeru, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda dalam memahami dan mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut berkenaan hal tersebut.

Fungsi MyMinda

Fungsi aplikasi ini adalah untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental, memberikan panduan penjagaan kesihatan mental kendiri, dan memudahkan akses kepada bantuan profesional.

Rekod saringan kesihatan mental

MyMinda

Tidak sampai sebulan MyMinda diperkenalkan kepada masyarakat sejak 21 Oktober yang lalu, sebanyak 17,300 saringan mental telah pun direkodkan.

Laporan ini dikongsikan sendiri oleh Dr Zaliha Mustafa pada 15 November di Dewan Rakyat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 23 peratus atau 3,983 saringan mempunyai risiko kemurungan, manakala 15 peratus atau 2,592 saringan didapati memiliki risiko keresahan.

Manakala kemudahan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) NCEMH telah merekodkan 26,139 panggilan berkaitan kesihatan mental setakat ini.

Menurut beliau lagi, jumlah itu merangkumi 16,942 pemanggil mendapat bantuan sokongan emosi dan 9,197 klien menerima intervensi khusus oleh Pegawai Psikologi Kaunseling.

Ia turut mencatatkan 217 kes melibatkan tingkah laku bunuh diri meliputi 99 kes ialah idea bunuh diri dan 118 kes pula cubaan bunuh diri.

Cara untuk mengakses secara online

Anda boleh mengakses MyMinda melalui aplikasi MySejahtera anda. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera
  2. Klik pada ikon MyMinda
  3. Klik butang “Screen Now”
  4. Jawab soalan-soalan yang dinyatakan dan hasil keputusan tahap kesihatan anda akan dipaparkan.

Bantuan dan pertanyaan lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau menghadapi masalah teknik semasa menggunakan fungsi baru ini, anda boleh rujuk pada halaman Helpdesk MySejahtera di pautan berikut: Helpdesk MySejahtera

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan MyMinda dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Selain dari aplikasi MyMinda ini, anda juga boleh baca artikel info kami yang lain berkenaan kesihatan mental seperti:

Sumber:

  1. What is MyMinda in MySejahtera? HelpDesk MySejahtera
  2. Kurang Sebulan MyMinda Dilancarkan, 17,301 Saringan Kesihatan Mental Direkodkan. Berita Harian

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.