Menyandang gelaran ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih pada zaman moden yang serba mencabar seperti hari ini di mana anda perlu menyeimbangkan di antara kerjaya dan keluarga. Belum lagi kita berbicara tentang cabaran dalam membesarkan anak-anak pada zaman di mana gejala sosial dan keruntuhan moral berleluasa tanpa kawalan.

Istimewa untuk anda ibu bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari, jom kami kongsikan mutiara kata ibu bapa sebagai panduan dan pegangan kita bersama.

mutiara kata ibu bapa
Sumber: Vix

Tiada ibu bapa yang sempurna, namun semua ibu bapa pastinya berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak

Sebagai seorang manusia, pastinya anda akan melakukan kesilapan dan akan ada kekurangan di sini dan di sana dalam proses membesarkan dan mendidik anak-anak. Ada masanya anda akan berasa seolah-olah anda bukan seorang ibu atau bapa yang baik. Ada masanya anda akan merasakan seolah-olah anda berdosa dan bersalah kepada anak-anak. Ianya adalah sesuatu yang normal.

Ketahulah bahawa tidak ada ibu bapa yang sempurna di dunia. Ini kerana kita adalah manusia. Tiada manusia yang sempurna. Namun yang pasti kita sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk anak-anak. Ia adalah sudah memadai. Tidak perlu berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna kerana ia adalah mustahil.

Untuk berada dalam memori anak anda pada hari esok, anda perlu berada dalam hidup anak anda pada hari ini

Pastinya hati anda akan tersentuh dengan mutiara kata ibu bapa yang ini. Sungguh! Di antara cabarab utama menjadi ibu bapa ialah untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan dalam masa yang sama perlu melakukan yang terbaik untuk kerjaya. Satu perkara yang mungkin ada yang terlupa ialah anak kecil cuma sekali dan mereka membesar dengan cepat.

Ada ibu bapa yang terleka dengan kerjaya sehingga terlupa untuk meluangkan masa mencipta memori indah bersama anak-anak. Malah ada yang memilih jalan mudah dengan memberikan gadjet kepada anak-anak supaya duduk diam dan tidak meminta perhatian dari kita ibu bapa. Mungkin hari ini anda lega tidak diganggu oleh anak-anak namun mungkin anda akan menyesal dikemudian hari apabila anak sudah besar.

Oleh itu, ibu bapa sekalian jom kita luangkan masa bersama anak-anak. Anak adalah sangat berharga. Anak adalah segala-galanya. Jom cipta memori indah bersama anak-anak semasa mereka kecil untuk dikenang semula bila mereka sudah dewasa.

mutiara kata ibu bapa
Sumber: Focusonthefamily

Di dunia ini anda hanyalah orang biasa namun bagi anak-anak anda adalah dunia mereka

Allahu akbar. Tersentuh hati kami membaca mutiara kata ibu bapa yang ini. Sungguh! Di mata manusia lain kita mungkin bukan sesiapa. Sekadar manusia biasa seperti jutaan manusia lain yang wujud di dunia. Namun ketahuilah bahawa dimata anak-anak, kita adalah segalanya. Kitalah dunia mereka. Itulah sebabnya kenapa kita sebagai ibu bapa perlu banyak meluangkan masa bersama anak-anak yang sangat dahagakan perhatian dan kasih sayang daripada kita.

Setiap anak perlukan kasih sayang seperti tumbuhan perlukan air

Kalau kita tanam pokok, pastinya kita perlu menyiram pokok tadi dan memastikan ia tidak berada dibawah cahaya terik matahari yang boleh menyebabkan pokok tadi mati. Malah kita akan memastikan tiada ulat bulu yang akan memakan daun pokok yang kita tanam. Begitu juga dengan anak yang kita lahirkan. Bagaimana pokok perlukan air untuk hidup, anak kita juga memerlukan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari kedua ibu bapa untuk membesar menjadi seorang manusia yang berjaya.

Anak umpama kain putih, kitalah yang mencorakkannya

Ini adalah mutiara kata ibu bapa yang paling popular di Malaysia. Tak dapat dinafikan, anak sememangnya dilahiran ke dunia dalam keadaan suci, polos, dan jernih. Kita selaku ibu bapa adalah manusia yang bertanggung jawab untuk membentuk siapa anak kita. Setiap didikan kita akan menentukan siapa anak kita di kemudian hari.

Sebagai seorang yang beragama islam, adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menerapkan ajaran islam dalam hidup anak dan memastikan anak sentiasa melakukan segala suruhan agama dan meninggalkan segala larangan. Adalah menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.

mutiara kata ibu bapa
Sumber: Standard

Anak-anak memerlukan kehadiran kita lebih daripada hadiah

Ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan menghadiahkan anak-anak dengan pelbagai hadiah sebagai pengganti agar kurang rasa bersalah yang dirasa dalam hati. Mereka bernaggapan bahawa hadiah mahal yang diberikan dapat menggantikan diri mereka yang tidak dapat berada bersama anak.

Namun ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan kehadiran kita ibu bapa lebih daripada hadiah. Kasih sayang dan perhatian ibu bapa adalah apa yang didambakan oleh anak-anak, bukannya hadiah. Walau semahal mana hadiah yang anda berikan kepada anak, takkan mampu menandingi kebahagiaan yang akan dirasai jika anda meluangkan masa bersama mereka.

Itulah dia info tentang mutiara kata ibu bapa yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tanggungjawab seorang bapa terhadap anak , kata-kata semangat dan misi hidup

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.