Muhammad Al-Fatih adalah seorang tokoh Islam yang merupakan Sultan Turki Uthmaniyah yang ke tujuh. Juga dikenali dengan nama Sultan Muhammad II, Muhammad Al-Fatih dikenali ramai ketika hidupnya bersama kelompok pejuang seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol).
Beliau menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah di Turkistan (Turki). Pastinya anda tertanya-tanya, apakah maksud gelarannya “Al-Fath” itu? Seperti Surah Al-Fatihah yang bermaksud surah pembukaan atau “Pembuka yang besar” dimana ia bersempena dengan kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Tak lain tak bukan, ia adalah Sultan Muhammad Al-Fatih.
Akibat Rom Byzantine sering melakukan provokasi dan menghasut kerabat menteri Turki Uthmaniyah, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih mengambil keputusan untuk menakluk Konstantinopel dimana ia adalah pertembungan Eropah dan Asia.
Beberapa sahabat Rasulullah SAW telah syahid dalam peperangan Muktah. Saiyyidina Ayyub Al Ansari r.a juga telah gugur dalam kempen peperangan itu kerana sakit tuanya. Bagi memperingati jasa Saiyyidina Ayyub Al Ansari r.a, Muhammad Al-Fatih telah membina sebuah makan (mausolea) untuk sahabat Nabi SAW itu setelah beliau berjaya menakluk konstantinopel.
Beliau amat sayangkan sahabat dan para tenteranya, serta menghargai segala perjuangan mereka untuk empayar. Biarpun beliau tegas dan murka jika mengalami kekalahan, namun beliau tak pernah putus asa, malah usaha seterusnya lebih kuat daripada sebelumnya. Hebat kan?
Sumbangan terbesar Muhammad Al-Fatih dalam hidupnya yang memberi kesan kepada orang ramai adalah beliau mengakhirkan Empayar Byzantine. Nama Constantinople kemudian ditukar kepada Kostantiniyye (varian Turki “Konstantaniah”).
Dimanakah kerajaan tersebut sekarang? Mustafa Kemal telah menukar nama kerajaan itu kepada nama Istanbul. Kini, ia dikenali sebagai nama Istanbul. Siapa yang tak kenal kan? Masjid Al Fatih juga telah dibina bersebelahan makamnya Muhammad al-Fatih di sana.
Bukan sahaja itu sumbangannya, terdapat banyak lagi sumbangan, jasa dan sifat peribadi baginda yang seharusnya menjadi contoh buat generasi sekarang dan akan datang. Khas untuk ibu bapa, didiklah anak dengan mencontohi Sultan Muhammad al-Fatih.
Muhammad A-Fatih mempelajari pelbagai ilmu sejak Baginda kecil lagi. Antaranya adalah Ilmu berkaitan Al-Qur’an, thaqafah Islam, ilmu fiqh, astronomi, matematik, ilmu bahasa, kimia, fizik dan juga ilmu perang. Beliau juga sering dikelilingi ulama yang terbaik ketika zaman kecilnya. Apabila berumur 12 tahun, ayahnya melantiknya menjadi sultan.
Muhammad Al-Fatih yang dianggap pemimpin lemah oleh Byzantine itu sebenarnya bukan seperti yang disangkakan. Muhammad Al-Fatih telah mengkaji sebab kejatuhan zaman nenek moyangnya dan mengatur strategi serta mencari masa yang sesuai untuk menakluk Konstantinopel dan akhirnya Beliau berjaya!
Bukan sahaja orang Islam beranggapan begitu, tetapi orang bukan Islam juga tahu bahawa Muhammad Al-Fatih bukanlah pemimpin yang zalim. Setelah menakluk Konstantinopel dan membunuh pemimpin mereka ketika itu, Muhammad Al-Fatih menguruskan rakyat mereka secara tidak zalim. Dia adalah pemimpin yang baik kepada rakyat konstantinopel walaupun telah menakluki kawasan itu.
Hal ini terbukti apabila Muhammad Al-Fatih diketahui merupakan seorang yang tidak pernah tinggalkan solat fardu, solat sunat dan solat tahajud setiap malam sekalipun. Beliau sentiasa mementingkan ibadah rakyat dan tenteranya juga.
Malah, beliau juga pentingkan ibadah kita iaitu umat Islam yang akan datang. Sultan Muhammad al-Fatih pernah berkata “jika suatu masa kelak kamu tidak lagi mendengar bunyi bising dan gelak ketawa anak-anak riang di antara saf-saf solat di masjid-masjid, maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda kalian di masa itu”.
Hal ini telah dipesannya sejak awal lagi. MasyaAllah, sebaik-baik raja dan tentera adalah Muhammad al-Fatih dan tenteranya. Kita harus sahut pesanannya dengan menjaga ibadah dan menjadikan contoh kepada anak kita.
Pada mulanya, kerajaan Republik Venice yang berdagang dengan Konstantinopel juga sudah gerun dengan kerajaan turki Uthmaniyyah pimpinan Muhammad Al-Fatih setelah penaklukan Konstantinopel. Namun, mereka meminta kebebasan dan pendamaian untuk dijamin keselamatan oleh kerajaan Turki.
Sultan Muhammad Al-Fatih memberi jaminan keselamatan dan kebebasan melalui laluan perdagangan. Beliau dihormati dan disanjungi oleh kerajaan Republik Venice.
Kuatkan diri dalam Islam bermaksud anda kuat beribadah, kuat melakukan amalan baik, meninggalkan larangan, berbaik dalam silaturrahim dan lain-lain lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya mereka menundukkan Konstantinople dan Rom dengan membunuh 40,000 jiwa……. Ketika mereka membahagi-bahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita kedatangan Dajjal…”
Sabda Nabi: “Peperangan yang terbesar ialah tertakluknya Konstantinople. Dan keluarnya Dajjal ialah selama 7 bulan.”
Hadis riwayat al-Hakim: “Sesungguhnya pasukan yang menundukkan Konstantinople ialah pasukan Hijaz……. Kemudian mereka dikejutkan dengan orang meneriakkan tentang kedatangan Dajjal.”
“Tertakluknya Konstantinople ialah keluarnya Dajjal.”
Semuanya akan berlaku apabila tiba masanya nanti. Jika anda ingin jadi yang terbaik seperti Muhammad Al-Fatih atau bersama-sama dengan Muhammad Al-Fatih nanti, jagalah amalan anda dunia dan akhirat.
Itulah dia serba sedikit kisah tentang Muhammad Al-Fatih dan sifat-sifatnya. Semoga menjadi contoh untuk anak-anak kita kelak. Jom baca juga sumbangan Ibnu Khaldun dan nasihat Luqman Hakim