Minyak telon ialah di antara barang keperluan bayi yang wajib bagi ibu-ibu di Malaysia. Malah semasa mengandung lagi pastinya ibu-ibu sudah melakukan survey untuk memilih minyak telon mana yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang minyak telon untuk bayi. Kami akan kongsikan apakah kebaikan minyak telon kepada bayi anda dan apakah jenama minyak telon terbaik yang ada di pasaran untuk anda pilih.
Pastinya anda tertanya-tanya apakah kebaikan minyak telon kepada bayi? Kenapa kita ibu-ibu di Malaysia akan memakaikan minyak telon kepada bayi setiap kali selepas mandi?
Apakah kesannya jika kita tidak memakaikan minyak telon kepada bayi? Untuk pengetahuan anda, berdasarkan pengalaman ibu-ibu sejak zaman dahulu kala, di antara kebaikan minyak telon kepada bayi ialah:
Untuk pengetahuan anda, tubuh badan bayi masih belum mampu untuk menghangatkan suhunya dengan sendiri atau menyesuaikan diri dengan keadaan suhu di sekelilinya.
Itulah sebabnya kita sebagai ibu bapa perlu membantu untuk menghangatkan tubuh bayi, terutamanya pada waktu malam atau semasa hujan dimana cuaca menjadi sejuk. Jika bayi anda dibiarkan kesejukan, dikhuatiri sicomel akan demam, selsema, atau jatuh sakit.
Bayi adalah sangat lemah dan mudah dimasuki angin. Di antara tempat yang mudah dimasuki angin ialah pada bahagian ubun-ubun dan tapak kaki. Itulah sebabnya mengapa bayi yang baru lahir biasanya dipakaikan dengan stokin dan topi.
Sebagai tambahan, minyak telon akan disapukan pada tubuh badan bayi bagi memastikan tiada angin jahat masuk ke dalam badan bayi anda.
Menyapukan minyak telon pada perut, tapak kaki, keting, dan kaki bayi akan membantu menghilangkan kembung atau sakit perut yang dialami oleh bayi anda.
Bayi anda masih belum pandai bercakap untuk memberitahu tentang kesakitan atau ketidak selesaan yang dialami. Bayi cuma mahu menangis. Perhatikan bayi anda. Biasanya tangisan bayi akan hilang atau berkurangan selepas anda sapukan minyak telon pada bayi anda.
Minyak telon biasanya mempunyai bau yang harum dan berasa sedikit panas apabila disapu pada kulit bayi. Apabila anda menyapu minyak telon pada anggota badan bayi seperti perut, punggung, dada dan tapak kaki, bayi anda akan berasa selesa. Aroma wangi dan kehangatan dari minyak telon tadi akan membuatkan bayi anda berasa selesa, relaks, dan mudah untuk tidur nyenyak.
Selain memberikan rasa selesa, minyak telon juga menenangkan bayi anda. Aroma minyak telon akan melekat pada tubuh badan bayi anda dan dihidu oleh sicomel. Malah urutan yang anda lakukan selepas menyapukan minyak telon akan membuatkan bayi anda berasa tenang.
Kombinasi aroma minyak telon dan urutan yang anda berikan pastinya akan menenangkan bayi anda. Bayi yang berada dalam keadaan tenang tidak akan meragam dan biasanya tidur nyenyak dengan lama.
Minyak telon biasanya dibuat daripada herba dan akar kayu yang sangat baik untuk kulit bayi anda. Di antara kebaikan minyak telon kepada bayi ialah membantu meembabkan kulit bayi. Perasan tak ada bayi yang mengalami masalah kulit kering atau menggelupas? Jika anda sapukan minyak telon pada kulit yang kering atau menggelupas, selepas beberapa hari kulit pada bahagian tadi akan mula kelihatan cantik dan sihat semula.
Bayi anda mungkin akan berasa gatal-gatal pada kulit disebabkan oleh ruam, ruam susu, atau pun digigit oleh serangga. Mungkin juga kegatalan yang dialami berpunca daripada sabun dan syampu yang tidak sesuai dengan kulit bayi anda. Menyapu minyak telon pada kult bayi anda akan membantu menghilangkan gatal-gatal yang dialami. Lepas ni takdelah bayi anda menangis dan meragam lagi.
Minyak telon boleh disapu pada tubuh badan bayi anda setiap kali selepas mandi atau pun semasa anda menggantikan lampin yang penuh. Anda boleh menyapukan minyak telon pada:
Tidak dinafikan terdapat lambakan minyak telon dengan pelbagai jenama di pasaran. Ada jenama yang baru, ada jenama yang sudah lama ada sejak zaman dahulu lagi. Malah ada minyak telon dari Indonesia, Malaysia, dan China. Sampai anda rambang mata tak tahu mana satu nak dipilih. Berikut adalah di antara minyak telon yang terbaik:
Minyak telon pilihan kami ialah Minyak Yu Yee Cap Limau kerana ianya serasi dengan semua bayi kami. Alhamdulillah bayi susah untuk kembung dan kalau kembung sekali pun sekejap sahaja akan sihat semula.
Itulah dia info tentang minyak telon untuk bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang doa penerang hati tahnik bayi dan anak muntah tapi tak demam
*Artikel ini hanya pandangan dan pengalaman peribadi penulis dan tidak mewakili pendapat Bidadari.