Siapa yang tidak mahu cantik? Semua wanita di dalam dunia ingin menjadi cantik. Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai suami yang dicintai. Isteri semestinya mahu cantik di depan suami dan ingin suami bertambah sayang kepada dirinya.
Jadi, bagaimana mahu cantik dan sihat tanpa mengeluarkan bajet yang banyak? Hari-hari kita jaga kulit muka, bersenam, masakkan untuk suami dan bermacam-macam lagi untuk tarik perhatian suami.
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai 9 kebaikan isteri minum air rebusan ‘antioxidant boost’. Info ini dikongsikan oleh Puan Noriza Rahman. Dia adalah perantis untuk produk Zathura Herbs. Selain itu, dia penulis blog untuk mommaVague. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Puan Noriza.
Siapapun suka melihat kecantikan wanita daripada sudut luar fizikalnya, raut wajah yang berseri seri dan ‘figure’ badan yang menawan saja. Namun hakikat sebenar, kecantikan tu terletak pada kesihatan dalaman wanita itu sendiri.
Kan selalu dengar pepatah cantik dalam cantik juga luarnya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu segera lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah culas atau liat untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Bahan-bahan untuk membuat air rebusan boost:
1) 7 batang serai – diketuk (guna 3 batang pun ok)
2) Halia sebesar ibu jari – diketuk
3) 3 biji lemon – dihiris (kalau takde lemon, boleh ganti limau nipis)
4) Air dalam 1liter
5) Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
*Ini dibahagikan segelas tu 3 kali minum, bukan sekaligus minum. Kalau taknak masam sangat cukup 1 biji je, serai sekadar 3 batang.
1. Meningkatkan pencernaan dan mengelakkan sembelit
Serai penuh dengan khasiat fitokimia yang membantu meningkatkan pencernaan dan fungsi lain saluran gastrousus. Jadi ianya bersifat menenangkan dan mengurangkan kekejangan abdomen perut. Selain daripada tu, ia juga boleh merangsang reseptor di usus untuk bekerja dengan lebih cekap apabila menyerap nutrien dari makanan.
2. Melegakan senggugut
Wanita yang setiap bulan ada simptom PMS digalakkan sangat amalkan meminum air serai setiap pagi ketika datang bulan. Ianya bukan sahaja boleh bantu hilangkan kesakitan rengat senguggut tu, malahan yang loya mual juga akan tutut hilang.
3. Faedah anti-kanser
Baru-baru ini para saintis di Universiti Ben Guriun melakukan kajian mengenai ciri-ciri anti-mutagen dalam serai. Jumlah citral yang didapati hanya dalam 1 gram serai telah diminum ke dalam teh dan kemudian ditambah kepada sampel sel kanser dan sihat. Sel-sel kanser yang masuk dimusnahkan tanpa membunuh sel-sel yang sihat.
4. Menurunkan tekanan darah
Untuk mereka yang sering ada masalah tekanan darah tinggi, cuba lah minum setiap hari. Selain ubatan hospital, lemon pun boleh bantu mengurangkan masalah hipertensi.
5. Buat yang dah terover STRESS tu, kalian wajib minum. Perghhh! Memang jiwa akan tenteram lahhh.
6. Sebagai diuretik
Selalu tahu lemon sahaja yang berfungsi sebagai diuretik. Eh serai ni pun boleh juga tau. So, kalau bergabung dua ni memang mantoppp lah. Selain tu ia juga boleh bantu meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik.
7. Detoksifikasi
Serai juga merupakan pencegah toksik yang membantu membersihkan buah pinggang, hati, pundi kencing dan pencernaan, dan juga kaya dengan mineral seperti kalium, besi, dan magnesium. Jadi semua organ ni dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan. Besttt kan?
8. Meningkatkan kadar metabolisme
Kita makin berusia makin kurang metabolisma badan. So, halia sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
9. Menyokong penurunan berat badan
Antioksidan polifenol yang terdapat dalam lemon pula bantu mengurangkan berat badan pada mereka yang terlebih BMI atau obesiti.
*Banyak kebaikan untuk si isteri minum air rebusan antioxidant boost ini. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Bahan yang mudah dimiliki dan sememangnya sudah ada di dapur rumah. Lepas ini, suami akan bertambah sayanglah dengan isteri. Apa yang penting perlu rajin dan konsisten. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.