Bagi ibu mengandung, minum air gula merupakan salah satu daripada prosedur yang boleh menjadi mimpi ngeri. Berpuasa sebelum minum air gula mungkin takde masalah, tapi untuk minum air gula itu sendiri, mak aihh boleh termuntah dibuatnya. Dalam keadaan perut tengah kosong akibat berlapar, tiba-tiba masuk pula air gula dengan rasa macam tu, jenuh tahan daripada termuntahkan semula air gula yang diminum.
Dulu-dulu takde prosedur minum air gula untuk ibu mengandung. Baru beberapa tahun kebelakangan ini sahaja prosedur ini wujud di Malaysia. Pastinya anda tertanya-tanya apa benda air gula yang wajib diminum tu? Siapa yang kena minum?
Apa tujuan minum air gula semasa mengandung? Kalau termuntah atau sengaja tak minum adakah ianya merbahaya? Paling penting sekali, ada tak tips supaya tak termuntah semasa minum air gula?Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan info lengkap tentang minum air gula semasa mengandung.
Minum air gula atau nama lainnya Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) adalah prosedur yang dilakukan ke atas ibu mengandung yang mempunyai risiko mendapat kencing manis semasa mengandung atau diabetes gestasi. Apabila seorang ibu mengandung minum air gula yang disediakan, ujian yang dilakukan akan mengesan sekiranya ibu tersebut mengalami kencing manis semasa mengandung.
Ini kerana mengesan masalah kencing manis semasa mengandung pada tahap awal adalah sangat penting agar ianya dapat dipantau dan dikawal. Kencing manis semasa mengandung yang tidak dikawal akan menyebabkan berlakunya komplikasi yang buruk seperti pre-eclampsia yang boleh menjejaskan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.
Menurut prosedur yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu-ibu meengandung wajib minum air gula sekiranya rekod mendapati bahawa beliau jatuh ke dalam salah satu daripada kategori berikut:
Bagi ibu yang mengandung buat kali pertama dan belum pernah minum air gula semasa mengandung, pastinya anda ingin tahu bagaimanakah prosedur minum air gula semasa mengandung dilakukan. Apakah langkah-langkahnya? Untuk makluman anda, prosedur minum air gula buat ibu mengandung adalah seperti berikut:
Kami nak berkongsi tips penting yang membantu anda supaya tak muntah semasa minum air gula. Kalau anda termuntah, anda perlu minum semula air gula tadi. Lagi susah kan? Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Itulah dia info tentang minum air gula semasa mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Kami doakan semoga anda baik-baik sahaja semasa melakukan ujian minum air gula nanti.
Jangan lupa amalkan tips yang kami kongsikan tadi. Insya Allah ianya sangat membantu. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang susu kambing untuk ibu mengandung, alahan ibu mengandung, dan khasiat safron untuk ibu mengandung.