Produk milk booster terbaik pastinya menjadi pilihan para wanita yang baru bergelar ibu. Susu ibu adalah susu untuk bayi yang paling terbaik di dunia. Yelah susu ibu ini 100% tulen dan semulajadi ciptaan Ilahi secara zahir maka mana bisa digantikan dengan mana-mana susu yang lain.
Kandungan susu ibu ini juga sangat lengkap untuk tumbesaran bayi. Antara bahan berkhasiat yang terkandung di dalam susu ibu ini adalah seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Malah, nutrien yang terkandung dalam susu ibu dapat membantu melancarkan proses penghadaman bayi dengan baik tanpa sebarang masalah alahan sama sekali.
Proses ibu menyusukan bayi memang ada cabarannya yang tersendiri. Makin mencabar untuk ibu muda yang baru pertama kali ingin menyusukan bayi. Saat awal penyusuan tidak dinafikan agak sukaar namun ibu-ibu jangan risau kerana itu semua normal.
Perkara pertama yang dibimbangkan selalunya jika bayi tidak pandai menghisap. Eh, jangan khuatir ibu kerana si bayi memang telah dilahirkan dengan naluri untuk menghisap dari puting ibunya. Perkara ke dua pula yang dibimbangkan adalah masalah kekurangan susu. Dan betul masalah kekurangan susu ini memang sering terjadi dikalangan para ibu menyusu badan.
Sebenarnya, susu yang dihasilkan oleh payudara adalah mengikut keperluan si bayi itu sendiri. Sebagai info tambahan, saiz perut yang baru lahir ini hanyalah sebesar gulu maka para ibu tak perlu bimbang jika baby tidak cukup susu.
Cuma kehendak bayi ke atas penyusuan akan bertambah seiring dengan usia maka kala ini ibu perlu amalkan pemakanan yang baik supaya proses menyusu bayi secara terus ini dapat berhasil dengan sempurna.
Pengambilan makanan yang ada peranan sebagai ‘milkbooster’ boleh bantu para ibu lebih bersedia dengan jumlah susu yang setanding dengan kehendak bayi. Milkbooster ini sebenarnya boleh didapati daripada pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, protein, karbohidrat, produk tenusu dan sebagainya.
Antara makanan atau minuman yang boleh diambil semasa tempoh proses penyusuan untuk misi menambahkan jumlah penghasilan susu ibu ini adalah seperti :
Makanan sunnah memang sudah biasa kita dengar. Antaranya, buah kurma, habbatussauda dan juga madu. Tiga makanan sunnah ini boleh di makan begitu saja dan boleh juga di bancuh dengan air suam. Paling berkesan jika minum / makan kala perut kosong supaya khasiat yang ada dapat diserap oleh tubuh dengan lebih berkesan. Makanan sunnah ini elok diamalkan sekurangnya sekali sehari untuk kesan yang lebih mujarab.
Sendiri dah cuba dan ternyata memang benar anggur hitam dapat berperanan sebagai ‘milkbooster’. Buah anggur hitam bukan hanya sedap di makan tetapi juga mengandugi khasiat yang banyak. Kepada yang belum mencuba, silakanlah. Rezeki nasib baik anda juga boleh mendapatkan jumlah susu badan yang lebih banyak berkat mengamalkan anggur hitam ini selalu.
Barli bukan sebarang minuman. Biji barli yang telah direbus kemudian dikisar untuk dijadikan bancuhan air sangat elok untuk menyejukkan badan. Dalam masa yang sama ia juga turut boleh memberi kesan positif kepada penghasilan susu oleh tubuh badan. Ia paling elok di minum dalam bentuk suam dan boleh diamalkan sebagai minuman harian pada bila-bila masa yang disukai.
Lobak putih sering diamalkan oleh ramai wanita Korea sebagai makanan harian untuk kesihatan tubuh badan. Bahkan lobak putih ini turut dipercayai dapat membantu penambahan susu badan yang banyak. Caranya mudah saja. Anda cuma perlu parut lobak putih ini ialah dengan diparut dan diperah airnya lalu diminum. Rasanya memang agak kurang sedap tapi hasilnya memang sangat bagus dan berkesan.
Sawi adalah sayur biasa yang sering dimakan oleh masyarakat kita. Cuma mungkin ramai belum tahu yang sayur sawi ini sebenarnya punya banyak khasiat. Bukan sembarangan sayur, sawi mengandungi vitamin yang dipercayai boleh memperbanyakkan susu badan. Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk makan sawi dengan lebih kerap untuk membantu mengatasi masalah sembelit.
Bijirn oat bukan hanya bertujuan untuk makanan diet yang seimbang. Akan tetapi bijiran oat ini juga dapat membantu proses penghadaman. Dalam masa yang sama khasiat yang ada di dalam oat ini turut dapat menjadikan susu ibu menjadi lebih banyak daripada biasa. Oat memang agak kurang sedap jika di makan begitu saja, jadi untuk rasa yang lebih menyelerakan, oat ini boleh dicampurkan dengan makanan lain seperti susu, milo dan sebagainya untuk rasa yang lebih umphhh.
Bagi anda yang tak ada masa untuk mencari anggur hitam mahupun menyediakan lobak putih dan biji barli yang agak remeh, anda boleh terus dapatkan produk milkbooster yang ada banyak di pasaran. Antara jenama produk milk booster yang ada di pasaran adalah seperti :
Pasti ramai di antara anda yang risau tentang penghasilan susu badan terutamanya bagi mereka yang baru bergelar ibu, apa kata anda cuba jenama susu Mama’s Choice ini. Jenama susu ini merupakan jenama milk booster pertama yang menggabungkan bahan semulajadi DHA dan Fenugreek atau dikenali sebagai halba.
Istimewanya mengenai susu ini, kandungan DHA yang terdapat di dalam minuman ini mampu membantu meningkatkan perkembangan otak anak anda. Kombinasi fenugreek yang terkenal kerana dapat membantu Ibu meningkatkan pengeluaran susu badan serta meningkatkan kualiti susu ibu. Susu ini merupakan susu plant-based yang dirumus degan kacang badam.
Menariknya mengenai susu ini, bahannya terdiri dari 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya, pengawet, perisa dan pewarna tiruan. Milk booster ini juga mengandungi bahan seperti, kurma dan daun katuk yang dikenali dengan kemampuannya dalam meningkatkan hormon penyusuan dalam penghasilan susu badan.
Susu ini juga telah terbukti secara klinikal baik untuk ibu mengandung dan diiktiraf halal. Jadi anda tidak perlu risau untuk meminum susu ini kerana ianya dijamin selamat untuk ibu menyusu. Susu ini juga mempunyai 2 flavour yang dapat anda pilih iaitu matcha atau coklat.
Milk booster dengan nama Moeder ini diformulasikan dengan kandungan bahan makanan mengikut Sunnah seperti susu kambing, Habbatus Sauda, kurma dan madu. Bagi anda yang mengemari makanan sunnah anda boleh dapatkan khasiat dengan mudah melalui produk Moeder. Produk ini juga mengandungi bahan semulajadi seperti sarang burung dan rumpai laut untuk menggalakkan penghasilan susu badan dengan lebih banyak.
Sesuai untuk ibu mengandung dan yang baru melahirkan anak, anda boleh amalkan sejak hamil sehingga sepanjang tempoh penyusuan. Bahan-bahan dalam milk booster ini juga turut dapat membantu mengurangkan masalah kekuningan serta mencantikkan kulit ibu dan bayi.
Untuk MaMom Milk booster ini pula, ia mengandungi khasiat yang banyak hasil dari campuran kurma, kismis, serbuk kacang soya, susu kambing, alfalfa, halba, bawang putih, halia, Habbatus Sauda dan juga madu lebah. Rasanya sangat sedap dan cara pengambilannya hanya perlu dikunyah 2 atau 3 biji sehari ketika perut kosong. Produk MaMom ini telah mendapat pengiktirafan halal oleh Jakim dan selamat digunakan dengan kelulusan KKM di Malaysia.
Untuk Milk booster dari jenama Nufiya ini pula, ia dihasilkan dari bahan organik seperti kurma merah, kurma hitam, longan kering, Goji Berry, Rosebud dan madu batu. Ia dapat membantu memperbanyakkan susu badan dan dalam masa yang sama dapat membantu memekatkan susu, memberi tenaga yang berpanjangan serta mengurangkan masalah sembelit.
Milk booster ini sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara normal mahupun secara pembedahan. Tidak hanya itu, ia juga dapat bantu untuk masalah sengugut dan haid tidak teratur. Sangat elok diamalkan untuk kekal awet muda dan ia juga sesuai diamalkan oleh ibu yang mempunyai masalah darah tinggi dan kencing manis.
Nak milk booster dalam bentuk kudapan yang sedap untuk dikunyah? Jika ya, anda boleh dapatkan produk LactoMomma Milk Booster Cookies. Ia dijamin 100% halal. Dihasilkan daripada ramuan bahan terpilih serta mengandungi galactagogues (sejenis agen untuk meningkatkan penghasilan susu).
Ia didatangkan dalam 4 pilihan perasa. Perasa Dates & Goats Milk adalah milk booster cookies pertama di dunia yang diperbuat daripada gabungan makanan Sunnah. Hebat bukan?
Jika anda kurang gemarkan susu lembu, anda boleh dapatkan susu kambing jenama Wildan sebagai usaha untuk membanyakkan susu sendiri untuk bayi. Ia bukan saja dapat bantu tingkatkan penghasilan susu badan tetapi juga boleh bantu menambah tenaga dan meningkatkan imunisasi tubuh badan selepas bersalin.
Susu kambing ini juga mempunyai kandungan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit. Jangan risau kerana ia tidak bau yang hamis dan sangat sedap untuk dinikmati sehari-hari.
Bagi anda yang masih mencari susu tepung yang dikhususkan untuk ibu yang sedang menyusu, produk dari jenama Enfamama pastinya dapat membantu anda. Hal ini kerana, susu ini sememangnya dikhaskan bagi wanita yang sedang mengandung mahupun masih menyusu. Kandungan susu yang kaya dengan zat seperti folic acid, zat besi, dan kalsium menjadikannya pilihan ramai ibu-ibu.
Jenama susu ini juga merupakan antara jenama susu yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu kerana mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi. Sangat penting bagi ibu-ibu yang sedang menyusu untuk mempunyai kandungan kalsium yang mencukupi. Disebabkan hal ini, para ibu disarankan untuk meminum susu tambahan yang dapat menghasilkan kualiti susu yang terbaik serta mempunyai tenaga yang mencukupi.
Lain daripada susu booster yang lain, jenama ini merupakan susu kambing yang dikhaskan bagi ibu-ibu. Sekiranya anda seorang penggemar susu kambing, jenama ini pastinya akan menjadi pilihan anda. Kandungan kalsium yang terdapat di dalam susu kambing lebih banyak daripada kandungan kalsium yang terdapat di dalam susu lembu.
Selain itu, susu ini juga mempunyai kandungan protein dan potassium yang lebih tinggi. Zat yang terdapat di dalam susu ini juga sangat bagus untuk menguatkan badan ibu yang masih menyusu. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa susu kambing lebih mudah untuk dihadam dan kurang mengakibatkan tanda-tanda ketidakhadaman lactose seperti cirit-birit dan kembung perut.
Jika anda sedang berada dalam pantang, tak perlu susah payah ke kedai farmasi atau pasaraya kerana saat ini anda sudah boleh membeli secara online. Lazada Malaysia ada jual ‘milkbooster’ untuk para ibu. Pilih saja mana yang anda rasa berkenan dan amalkan dengan konsisten untuk bayi tersayang.
Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my