Mengandung luar rahim juga dikenali sebagai mengandung anggur. Bahasa inggerisnya ialah ectopic pregnancy. Setiap wanita pasti berasa ngeri apabali mendengar perkataan mengandung luar rahim. Jom kami kongsikan info tentang mengandung luar rahim.
Dalam bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud “di tempat yang salah”. Dan seperti namanya, kehamilan ektopik bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.
Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim, implantasi berlaku dalam tiub falopio. Apabila janin berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman. Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.
Kehamilan diluar rahim tidak bertahan lama dan harus digugurkan dengan segera.
Telur yang telah disenyawakan akan mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak dari ovari ke rahim melalui tiub falopio. Ia sepatutnya diimplantasi dan mula berkembang didalam rahim. Namun, masalah pada tiub falaio seperti tiub rosak, tersumbat atau sempit boleh menghalang telur yang telah disenyawakan daripada sampai ke destinasi yang sepatutnya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi risiko anda akan meningkat sekiranya anda:
Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah. Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:
Jika kehamilan di luar rahim tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:
Jika anda mengalami simptom-simptom yang kami sebutkan di atas, sila berjumpa doktor dengan segera. Jika tiub falopio anda telah pecah, anda perlu terus dibedah. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan pembedahan dapat dirancang, jika perlu.
Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan. Ujian darah juga perlu dilakukan untuk mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia bukan sahaja akan memberitahu samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan salah satu tanda kehamilan di luar rahim.
Doktor juga akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan semula selang beberapa hari.
Jika doktor mengesyaki anda mengandung luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda.
Sebaik sahaja anda disahkan mengandung luar rahim dan tiub falopio anda masih belum pacah, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan janin tersebut. Tiub falopio anda tidak akan dibuang jika ia boleh dibaiki. Kaedah laparoskopi adalah lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
Jika tiub falopio anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:
Dalam kes di mana tiub falopio dapat diselamatkan, kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat untuk menggugurkannya atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya.
Jawapannya ialah ya. Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Namun jika salah satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, peluang anda untuk mengandung lagi akan menurun, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat penyakit radang pelvik atau endometriosis.
Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk anda mengandung luar rahim pada kehamilan yang seterusnya. Walau bagaimanapun, risikonya bergantung kepada tahap kesuburan anda dan tahap kerosakan yang telah berlaku.
Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda.
Itulah dia info tentang mengandung luar rahim yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: Babycenter