Mempunyai adik beradik sepanjang membesar adalah suatu kelebihan kepada si anak. Mitos mengatakan bahawa anak yang mempunyai adik beradik akan terabai pendidikannya berikutan kos sara hidup yang tinggi ditanggung oleh ibu bapanya untuk semua anak adalah kurang tepat.

Kajian mengatakan anak tunggal yang tidak memiliki adik beradik yang lain turut mendapat keputusan yang corot dalam pelajaran (Downey and Condron 334) dimana ianya menyokong bahawa jumlah anak bukan penyebab pendidikan seseorang anak terabai.

siblings

sistersweeklyhalaqah.blogspot.com

#1 Anak Yang Membesar Bersama Adik Beradik Mempunyai Lebih Skil Sosial Dan Berinteraksi

“Findings are consistent with the view that children negotiate peer relationships better when they grow up with at least one sibling”

(Downey and Condron 333).

Lebih ramai jumlah adik beradik untuk mereka membesar bersama, lebih tinggi peluang untuk mereka berinteraksi sesama mereka seterusnya menggalakkan hubungan yang positif.

#2 Peranan Ibu Bapa

Pastinya ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam sesebuah institusi terutama bagi yang memiliki jumlah anak yang ramai. Anak yang lebih besar lebih mudah menjadi autoriti dimana dia akan mendapatkan apa sahaja yang dimahukan dari adik adiknya secara paksa. Kuantiti anak anak berbual bukan keutamaan namun kualiti interaksi sesama mereka yang lebih utama.

#3 Practise Make Perfect!

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai, mereka mempunyai kelebihan untuk mengagak perkembangan anak anak mereka yang sedang membesar.
Bertambah anak, bertambah kematangan!

#4 Penyelesaian Konflik Rakan Sebaya

Menurut kajian, anak yang mempunyai adik beradik lebih kurang terlibat dalam permasalahan konflik sesama rakan sebaya. Mereka didapati lebih mudah bertolak ansur, bertoleransi dan bekerjasama dengan rakan sebaya.

“Having a sibling may be especially helpful for learning to manage conflict”

(Kitzmann, Cohen, and Lockwood 229).

#5 Kelebihan Dari Segi Emosi

Kajian mendapati anak yang lebih kecil dalam keluarga yang besar didapati lebih mudah belajar bahasa dan sensitif terhadap emosi seseorang. Emosi ‘melindungi’ yang terbit dalam hati abang dan kakak serta adik memberi kelebihan kepada tumbesaran kognitif dan fisisosial mereka.

“The ability to adjust their teaching behaviors to their younger siblings’ capacities increases as older siblings develop the ability to take other people’s perspectives”

(Maynard 970).

Maka mempunyai lebih dari seorang anak adalah suatu kelebihan!

Memberi dan menerima.

Mereka bukan sahaja belajar sesuatu sesama mereka tetapi juga dapat membantu dalam kerja rumah

Selamat mempunyai lebih dari seorang anak!

Penulis: Pn Suraya Ali

Pn Suraya Ali merupakan seorang usahawanita yang mengusahakan Butik Bayi Asuhan Alami Lunatots. Merupakan salah seorang IBCLC (Certified Lactation Consultant) di Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui emel ke [email protected] bagi sebarang urusan kaunseling mahupun seminar keibubapaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.