Dalam fasa berpantang ada beberapa matlamat yang perlu dicapai, utamanya untuk kesihatan ibu dan bayi.Di sini dikongsikan beberapa matlamat tersebut untuk ibu dan bayi.

tips berpantangbabycenter.com.au

Untuk Ibu

#1 Memastikan penjagaan dan penyembuhan LUKA

#2 Memastikan badan ibu kembali sihat BERTENAGA

#3 Mengelakkan SEMBELIT (bagi saya ini penting sebab bila sembelit, luka boleh meregang dan terbuka. Bagi yang bersalin operation, kerap meneran ketika membuang air besar boleh menyebabkan hernia)

#4 Memastikan penghasilan SUSU yang mencukupi dan berkualiti untuk si kecil

#5 Jika bengkak susu, pastikan diatasi untuk mengelakkan komplikasi seperti mastitis atau breast abscess (nanah)

#6 MERANCANG untuk menjarakkan kehamilan seterusnya

#7 MENYESUAIKAN DIRI secara mental, fizikal dan emosi; terutama dengan corak tidur bayi yang mungkin lebih kerap berjaga malam, dan menerima kehadiran orang baru terutama bagi pasangan yang baru mendapat anak pertama, dan lain-lain lagi.

Untuk Bayi

#1 Memastikan TEKNIK penyusuan yang betul (lekapan dan lain-lain) serta kerap (breastfeed on demand)

#2 Mengelakkan risiko TERSEDAK SUSU yang biasa berlaku pada bayi kecil terutama di bawah 6 bulan

#3 Jika KUNING – dipantau dengan berkala dan mendapatkan rawatan sekiranya kuning melebihi paras phototherapy (jemput baca tentang jaundice dalam post saya yang lepas)

TAHNIAH untuk kelahiran bayi anda, SELAMAT BERPANTANG!

Penulis: Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.