Nota Editor : Perkongsian ini telah ditulis oleh Dr Khairul Hafidz di laman Facebooknya.  Perkongsian post beliau tentang isu ini telah mendapat perkongsian ramai. Kami kongsikan semua untuk emreka yang belum membacanya.

——————————————————————————————————————–

Kami didatangi seorang pesakit ke wad bersalin, ibu 30-an mengandung 38 minggu, kandungan kelima, datang kerana kerana sudah ada kontraksi. Ibu adalah golongan risiko rendah, tiada masalah kesihatan sewaktu mengandung.

Di wad, tiba-tiba ketuban telah pun pecah dan berwarna hijau, kami periksa bukaan telah pun 4 cm. Kami buat CTG, dan kami dapati CTG menunjukkan early deceleration, jantung janin tidak bagus dan perlu dirujuk ke hospital berpakar.

Setelah dihantar, ibu terpaksa putar balik kerana bukaan telah pun penuh, jadi ibu dibantu dengan penuh debaran. Alhamdulillah, anak selamat dilahirkan, terus menangis bila keluar, dan kami dapati tali pusat melilit kuat sebanyak 2 lilitan di leher bayi (cord round neck). Jadi jelaslah kepada kami kenapa air ketuban ibu hijau dan kepada CTG tadi tidak cantik.

Sebab itu saya cukup hairan, melihat golongan yang menolak teknologi untuk membantu proses kelahiran mereka. CTG adalah alat yang cukup penting di dalam perbidanan untuk memantau keadaan anak di dalam kandungan sewaktu kehamilan dan kelahiran. Pembacaan CTG dengan baik dapat menyelamatkan nyawa anak, dan bukankah ini yang dimahukan para ibu? Supaya anak lahir selamat ke dunia?

Contoh di sini cukup jelas, CTG tak cantik, bila anak lahir ternyata ada lilitan tali pusat di leher, bukankah itu bukti ketepatan teknologi?

babygreenprophet.com

Saya tak faham, bilamana masyarakat menerima kereta sebagai satu teknologi yang membantu memudahkan pergerakan, balik kampung untuk Raya contohnya, mengapa tidak boleh menerima CTG sebagai salah satu teknologi membantu kelahiran ibu? Sungguh logika golongan ini tidak dapat saya terima.

Teknologi gunanya untuk membantu manusia, bukan namanya teknologi jika apa yang kita cipta makin menyusahkan kita. Kena percaya Allah beri ilmu kepada manusia sesuai zamannya, kerana ilmu itu akan berkembang. Dengan ilmu, kita akan mencipta alatan dan teknologi ini akan membantu memudahkan kerja manusia.

Betul, tanpa CTG anak mungkin selamat, saya tak nafikan, tetapi jika sesuatu terjadi kepada anak, dan ibu tahu ada cara yang lebih baik untuk bantu kelahiran anak, tidakkah ibu akan menyesal sepanjang hayat?

Jangan hanya menerima takdir, usaha dulu baru tawakkal. Itu kata Rasulullah.

Penulis: Nabilah Ruza

Merupakan salah penyumbang di Bidadari.my. Rajin berkongsi artikel yang berinformasi di sini.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.