Seorang wanita mempunyai masalah yang teruk di dalam rumahtangganya. Dia berasa tidak tahan dan ingin bunuh diri . Anak-anak semua sudah jauh dari agama dan kebaikan. Dia seorang kaya dan mewah.


masalah rumah tangga

Tiada nur adalah antara sebab masah rumah tangga berlaku. [Aenze]

Tanyanya, “Saya mempunyai rumah yang besar. Semua yang saya, suami dan anak-anak inginkan dalam hidup ini sudah diperolehi. Tetapi kenapa saya jadi resah, buntu, serabut dan bermasalah seperti ni.”

Jawab saya saiz rumah ialah untuk keselesaan. Bukan salah rumah atau kekayaan. Tetapi kurangnya rahmat Allah kerana kurangnya Al-Quran dan sunnah Nabi saw dalam rumah dan kehidupan.

Saya minta dirinya sediakan sebuah bilik atau ruang seperti ruang masjid. Hanya sejadah, Al-Quran,Hadis-hadis Nabi saw dan tasbih sahaja di situ. Supaya disitulah ada rahmat Allah. Hari ini kita sudah rosakkan hidup kita dengan dunia, hiburan, televisyen, gadget sehingga tiada ruang antara kita dengan Allah. Lihat sebelum solat dan majlis ilmu pun orang asyik tengok gadget.

Kita sedang menjauhkan diri dengan ketenangan. Kita sudah tidak tenang. Anak-anak pun sudah tidak tenang. Anak-anak sudah tidak sedih tengok kematian dan kekejaman kerana sudah terbiasa dengan tv sehingga perasaan hormat dan kasih sayang mula hilang. Kehidupan Nabi saw ialah kehidupan kasih sayang dan rahmat

Kemudian di ruang itu hidupkan bacaan hadis Nabi saw mengenai kepentingan amalan seperti Muntakhab Hadis yang terdapat ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw mengenai iman, sunnah, solat, ilmu, zikir Al-Quran, akhlak, ikhlas dan dakwah serta menjauhi cakap yang sia-sia.

Sebaiknya tiada ipad, tv, radio atau apa sahaja majalah tiada di situ.

Cari waktu yang tetap. Dia pun memulakan aktiviti tersebut setiap malam di antara 9.30-10 malam. Dia memulakan dengan anak-anaknya selama 2 bulan. Suaminya sudah jauh dan hanyut dengan dunia. Dia tidak mahu solat dan pergi entah ke mana-mana serta tidak mahu mendengar lagi nasihat dan hadis Nabi saw.

Sang isteri mulakan dengan izin Allah. Satu malam selepas 2 bulan, dia terdengar suaminya berdoa di ruang solat itu. Menangis-nangis. Biasanya hanya dirinya sahaja yang melakukan solat tahajud di situ. Dia terharu dan mula menangis menyedari selama ini dia terperangkap dalam istana yang dibinanya sendiri tanpa nur Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Sekarang mereka berlima membaca hadis Nabi saw termasuk suaminya.

Kita ada rumah luas. Tapi hati yang sempit. Sahabat nab yang awal kebanyakan rumah mereka kecil tapi hati mereka luas. Luas kerana bahagia. Bahagia mengenal Allah. Bahagia mengikuti jalan yang disukai Allah dan jalan Nabi saw.

Penulis: Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew merupakan penceramah bebas dalam mengenai hubungan rumah tangga. Beliau seorang yang rajin berkongsi tips keharmonian rumah tangga di Facebooknya dan ceramahnya boleh didengari di TransformJiwa

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.