Bayi yang baru lahir tidak mempunyai jantung yang kuat dan antibodinya juga lemah, mudah untuk dapat penyakit. Mereka juga kerap terjaga malam kerana lapar atau ada najis di lampinnya. Semasa menjaga anak “newborn” memang agak mencabar tetapi ia satu pengalaman  yang bagus.

Apabila bayi sudah berusia 3 bulan dan ke atas, semestinya ibu bapa suka bermain dengan mereka. Melihat kegembiraan dan gelak tawa anak memang dapat menghilangkan stress kerja. Dalam pada masa kita bermain dengan mereka, kita perlu berhati-hati dengan satu perkara. Lambung anak.

Lambung anak adalah salah satu perkara yang sering ibu bapa lakukan untuk membuat anak tersenyum dan ketawa. Tetapi ada bahaya di sebalik lambung anak jika terlalu tinggi dan kuat. Apakah bahayanya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kesan dan bahaya jika lambung anak terlalu tinggi dan kuat. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

bahaya lambung anak

Imej via Facebook

Bahaya lambung anak terlalu tinggi dan kuat

Bahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.

1. Gegaran otak (concussion)

2. Pendarahan otak (ICB)

3. DAI (diffuse axonal injury)

Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.

Apa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.

Inertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa… Faham tak ni.

Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.

Dan jika pergerakan itu laju, maka otak boleh melanggar dinding tempurung kepala dan menyebabkan pendarahan. Keadaan yang paling teruk adalah diffuse axonal injury, iaitu kerosakan pada saraf otak.

Kalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome (SBS). SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam, bukan?

Dan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.

Tanda-tanda kecederaan pada otak adalah:

1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.

2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur

3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik

3. Tidak sedar diri

*Jika ada tanda-tanda ini, cepat-cepat bawa anak berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut. Tidak salah jika ingin melambung-lambung anak, cuma jangan kerap melambung anak dan jangan lambung dengan kuat dan tinggi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.