Free play adalah aktiviti  kanak-kanak bebas bermain tanpa ditentukan oleh sesuatu peraturan atau cara bermain oleh orang dewasa. 

5 manfaat free play buat kanak-kanak ialah:

Free Play

Imej via dagon_

Merangsang kreativiti dan membolehkan mereka menghasilkan idea yang unik.

Tanpa kehadiran orang dewasa di sebelah yang menentukan setiap langkah dalam sesuatu permainan, kanak-kanak akan bermain secara bebas untuk mencipta apa sahaja yang mereka fikirkan.

Sifat kanak-kanak yang sentiasa curiga dan ingin mencuba membolehkan mereka belajar punca dan kesan (cause and effect) terhadap sesuatu perkara itu.

mud-play

Image via Sonita

Memupuk sikap berdikari dalam diri anak.

Kanak – kanak akan belajar untuk berfikir sendiri bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan ini seterusnya memupuk kebolehan untuk membuat keputusan. Kanak – kanak itu juga dapat belajar untuk menghiburkan diri mereka sendiri.

Oleh yang demikian, secara tidak langsung ia dapat melatih anak untuk menjaga diri mereka sendiri apabila ke sekolah kelak dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Pallanguli

Image via Wikimedia

Membentuk kemahiran sosial melalui bermain bersama-sama.

Ketika bermain bersama-sama, pastinya kadang-kala akan terjadi salah faham dan pergaduhan kecil. Maka, ketika inilah mereka akan belajar untuk menyelesaikan konflik sesama sendiri.

Namun, ibu bapa perlulah memantau anak-anak terutamanya yang masih kecil agar tidak terjadi konflik yang berlarutan atau pergaduhan yang lebih besar.

Semasa proses bermain, pastinya akan ada masa mereka akan bergilir-gilir menjadi ketua atau bertindak untuk mengikut arahan. Anak-anak akan berkongsi barangan mereka serta berbincang akan aktiviti yang ingin dilakukan.

Kemahiran sosial yang baik yang dipupuk sejak kecil ini pastinya sangat membantu apabila mereka semakin dewasa kelak agar menjadi orang yang berkeyakinan, berdisiplin, boleh menerima arahan serta berdiplomasi.

kids hug

Image via pxhere

Anak dapat belajar mengenalpasti minat serta kebolehan mereka.

Bermain secara bebas membolehkan anak memilih permainan yang diingininya. Secara tidak langsung, anak dapat mengenalpasti aktiviti kegemaran mereka dan kebolehan mereka dalam melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, kanak-kanak yang suka bermain LEGO mungkin seorang yang suka mencipta sesuatu manakala anak yang suka bermain origami pula sukakan sesuatu yang yang memerlukan ketelitian.

Origami

Image via Wikipedia

Anak dapat belajar mengurus emosi mereka sendiri.

Permainan yang mencabar seperti memanjat pokok, melompat dari tempat tinggi mahupun bergayut pastinya sedikit sebanyak menimbulkan rasa gayat atau sedikit takut pada awalnya.

Ketika ini, anak dapat mengenalpasti emosi yang hadir ketika melakukan aktiviti tersebut seterusnya belajar mengatasi ketakutan. Setelah berjaya mengatasi perasaan takut tersebut, pastinya mereka akan berasa seronok serta berpuas hati.

Bergurau-senda atau mengusik rakan ketika bermain bersama-sama juga merupakan suatu perkara yang biasa. Maka, kanak-kanak akan belajar untuk menghormati orang lain serta tidak bergurau melampaui batas sehingga menimbulkan kemarahan.

Di satu sudut yang lain pula, anak-anak belajar untuk mengawal emosi agar tidak cepat marah.

climb tree

Image via FamilyFellows

Penulis: Lily Zaharah

Graduan dalam bidang Sains Bioperubatan dari salah sebuah universiti tempatan. Kini menjadi seorang WAHM setelah selesai pengajian pascasiswazah. Suka berkongsi tentang ilmu-ilmu keibubapaan serta pemakanan sihat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.