Botox adalah satu rawatan di mana individu mendapatkan suntikan di bahagian muka. Suntikan tersebut mempunyai bahan penulenan daripada protein yang asli bagi mendapatkan manfaatnya. Suntikan ini mengambil masa dalam 10 minit sahaja dan ia adalah proses di mana memerlukan kepakaran doktor yang baik.
Suntikan botox ini bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik malah ia juga bagus untuk mengekalkan kesihatan diri. Jangan salah faham dengan konsep mendapatkan botox ini. Bukan semua orang yang mendapatkan suntikan botox ini untuk kecantikan tetapi ia juga untuk merawat penyakit yang dihidapi.
Begitu banyak sekali manfaat yang boleh didapati daripada botox. Apakah manfaat-manfaat tersebut?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat botox. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.
Pada dos yang betul, ia melemahkan sedikit otot di muka dan secara tidak langsung mengurangkan kedutan pada muka. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan ‘gummy smile’ (senyum nampak gusi).
Botox menghalang neurotrasmitter yang menghantar signal kesakitan, maka mengurangakn serangan migrain. Namun begitu, sebelum rawatan ini, doktor akan perlu pemeriksaan lengkap untuk kenalpasti punca migrain.
Hiperhidrosis adalah perpeluhan melampau yang biasanya terjadi pada tapak tangan dan tangan serta di ketiak. Suntikan botox pada bahagian ini boleh mengurangkan perpeluhan. Rawatan ini bersifat sementara, perlu diulang setiap 4-6 bulan sekali.
Bleharospasm ialah kenyitan mata yang tak terkawal yang lazimnya berlaku selepas strok, kecederaan otak atau kecederaan saraf muka. Suntikan botox pada otot di sekeliling mata, boleh mengurangkan simptom ini.
Leher teleng berlaku akibat kecederaan saraf/otak, strok, masalah otot, palsi cerebral dll. Ia berlaku kerana kekakuan otot leher, lantas jajaran leher tak normal. Suntikan botox boleh kurangkan kekakuan otot itu dan perbetul jajaran.
Spasticity(kekakuan) otot berlaku akibat kecederaan saraf/otak, strok, masalah otot, palsi cerebral dll. Otot menjadi keras dan mengakibatkan pesakit tidak boleh bergerak. Suntikan botox boleh kurangkan kekakuan otot itu dan memudahkan fisioterapi.
Pesakit kecederaan saraf tunjang/ tulang belakang boleh mengalami situasi dimana otot pundi kencingnya menjadi kaku atau overaktif dan menyebabkan kebocoran air kencing. Botox boleh kurangkan situasi ini.
Vaginismus adalah masalah kekejangan pada otot faraj. Ia menyebabkan kesakitan pada faraj, menghalang persetubuhan dan masalah lain. Suntikan botox pada otot yang sesuai akan membantu merawat kondisi ini.
Sesetengah kondisi penyakit seperti serebral palsi, menyebabkan pesakit mengalami rembesan air liur yang tak terkawal dan berlebihan. Suntikan Botox sekitar kelenjar air liur boleh mengurangkan rembesan air liur ini.
*Kesimpulannya, botox bukan sahaja untuk kecantikan, ia juga bagus untuk kesihatan diri. Tetapi pasti kan sebelum membuat rawatan botox, klinik yang dikunjungi itu adalah klinik yang berdaftar dan doktor yang profesional serta berpengalaman dalam rawatan botox ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.