Khairat kematian di kalangan umat Islam sudah lama wujud. Boleh dikatakan di setiap kampung ada pihak yang uruskan khairat kematian ini. Khairat Kematian ialah sumbangan yang dikumpul secara oleh wakil yang dilantik untuk diberikan kepada waris yang sepatutnya. Malah ada juga khairat kematian yang tidak dituntut oleh waris akibat tidak pernah ambil tahu akan perkara ini.

khairat kematian

image via : The Muslim Bloggers Alliance

Maksud Khairat Kematian 

Apa Itu Khairat Kematian? Khairat ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang memberi maksud kebajikan. Maksud khairat kematian ini juga adalah wang yang dikumpul daripada pencarum yang tinggal di sesuatu kawasan. Khairat kematian biasanya diberikan kepada waris si mati. Tujuan utamanya ialah untuk membantu waris dalam urusan pengebumian.

Khairat merangkumi aktiviti memberi sedekah. Tabung khairat kematian selalunya ditubuhkan di semua tempat oleh ahli jawatan kuasa masjid atau surau. Ada juga yang terus melantik wakil untuk mengutip dari ahli kariah dari masa ke semasa mengikut jumlah kematian. Tujuan utamanya ialah untuk pertolongan segera jika ada kariah yang meninggal dunia. 

Manfaat Khairat Kematian

1 -Membantu Waris

Antara manfaat khairat kematian ialah ia bertujuan untuk membantu waris si mati dalam menguruskan proses pengkebumian. Urusan pengkebumian termasuklah barang untuk kafankan jenazah dan juga urusan penggunaan kenderaan jenazah. Dengan adanya khairat kematian ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pengebumian terutama penggunaan kenderaan jenazah untuk keluar kawasan.

2 – Mempercepatkan Proses Pengebumian 

Selain itu, manfaat khairat kematian yang kedua ialah dapat mempercepatkan proses pengebumian. Dengan adanya khairat kematian ia dapat membentu keluarga waris yang kesempitan wang bagi mempercepatkan lagi proses pengebumian. Bayangkan jika tiada khairat kematian pastinya proses pengebumian sukar dan jenazah lambat dikebumikan.

Kita juga digalakkan untuk mempercepatkan mengebumi jenazah. Sekiranya tiada khairat kematian, bagaimana nasib keluarga yang mengalami masalah kewangan? Pasti sukar untuk mereka menguruskan jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal. Sememangnya khairat kematian ini banyak mendatangkan mafaat kepada semua umat islam. Kos bagi proses satu jenazah sahaja sekitar RM 500 dan ke atas.

Jika tiada khairat kematian pasti sukar buat keluarga yang kesempitan wang. Harus diingatlkan, proses kematian untuk satu jenazah noleh mencecah sehingga RM 1000. Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat kebanyakkan masjid atau surau menubuhkan tabung khairat kematian supaya ia dapat membantu kesemua ahli kariah yang ada kematian.

khairat kematian

image via : Majalah Labur

3 – Digunakan Untuk Menyediakan Barang Pengebumian Jenazah

Manfaat khairat kematian yang seterusnya ialah, pihak masjid dapat membeli barang keperluan untuk kebumi jenazah. Dengan adanya khairat kematian ia dapat digunakan untuk membeli barang-barang untuk kebumi jenazah. Dengan adanya barang-barang ini ia dapat memudahkan masa pihak keluarga jenazah dan memendekkan masa. Biasanya wang yang dikutip untuk tabung khairat kematian termasuk sekali dengan kos penggunaan kenderaan jenazah dan kos menggali kubur.

Kebiasaannya selepas selesai segala urusan pengkebumian ahli jawatan kuasa yang dilantik akan mengutip semula wang tabung khairat kematian dari ahli kariah di kawasan mereka. Ia untuk menggantikan barang-barang pengkebumian yang telah digunakan supaya dapat digunakan untuk kariah yang lain pula. Bukan itu sahaja, kebiasaanya tabung ini juga digunakan untuk pengurusan membawa jenazah dari hospital ke rumah, pengkebumian. Senang kata, tabung khairat kematian ini akan digunakan untuk dari A hingga Z oleh ahli jawatankuasa masjid bagi proses pengebumian.

4 – Mendidik Umat Islam Untuk Bersedekah

Banyak lagi manfaat khairat kematian ini. Antaranya ia mendidik umat Islam untuk bersedekah. Ia bertujuan untuk menyediakan peluang untuk ahli kariah bagi sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan dengan cara membantu sesama keluarga ahli kariah apabila ada ahli kariah yang meninggal dunia.

Secara tidak langsung semua ahli kariah boleh sama-sama mengumpul saham akhirat dengan menggalakkan para kariah meningfak atau bersedekah secara tetap kepada pihak surau atau masjid. Selain itu ia dapat meyuburkan sifat tolong menolong sesama manusia. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang berkebajikan dan mempunyai sifat tolong-menolong kepada ahli kariah lain untuk meringankan beban ahli kariah yang dalam kesusahan untuk memudahkan urusan pengkebumian mereka.

Masih Ramai Yang Tidak Tentang Kewujudan Khairat Kematian

Disebabkan khairat kematian ini tidak termasuk sebagai harta pusaka maka ramailah di antara waris yang tidak tahu akan kewujudannya. Malah ada dikalangan waris yang sama sekali tidak ambil peduli tentang perkara ini. Sebenarnya khairat kematian ini ada banyak dan seringkali ada di bank-bank dan agensi penting seperti KWSP, PERKESO, Rela, ASB, pencen dan lain-lain lagi.

Jumlahnya agak besar juga dan setelah berjaya dituntut terpulanglah pada waris bagaimana untuk belanjakan wang khairat kematian ini. Sebolehnya belanjakan untuk si mati seperti buat belanja majlis tahlil, bayar hutang, sedekah dan sebagainya.

khairat kematian

image via : Remaja

Bila Ada Ahli Keluarga Meninggal, Sila Periksa Jika Ada Khairat Kematiannya Di Tempat Ini

Antara khairat kematian yang tidak dituntut ini adalah ;

  • Khairat Kematian ASB
  • Khairat Kematian Pencen
  • Khairat Kematian Takaful
  • Khairat Kematian KWSP
  • Khairat Kematian Bank Rakyat
  • Khairat Kematian PERKESO
  • Khairat Kematian Penjawat Awam (JPA)
  • Khairat Kematian BSH
  • Khairat Kematian Pembayar Zakat
  • Khairat Kematian Ahli RELA

Cara Untuk Tuntut Khairat Kematian

Cara untuk tuntut khairat kematian ini tidak susah sebenarnya. Waris terdekat hanya perlu membawa sijil si mati, sijil nikah (jika pasangan yang meninggal) dan kad pengenalan diri untuk sahkan identiti diri. Urusan tuntutan ini hendaklah di buat dalam tempoh seberapa segera selepas usai uruskan pengembumian. Jangan bertangguh! Baca juga doa dan panduan bila kena fitnah, golongan yang haram disentuh api neraka dan penyakit pelupa di usia muda.

 Sumber : 

Malaysia.gov

Remaja

Mingguan Wanita

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.