Ketika hamil, masa itulah kita perlu makan makanan yang bekhasiat untuk menjaga kandungan dalam perut. Walaupun kandungan baru berusia tidak sampai 12 minggu tetapi tidak salahkan jika ingin amalkan makanan yang sihat. Dalam pada masa yang sama kita dapat membina tabiat yang baik dalam pemakanan.
Macam-macam makanan sihat yang baik untuk ibu hamil. Oleh sebab kerana terlalu banyak pilihan makanan yang sihat sehingga tidak tahu makanan yang mana mahu dimakan oleh ibu hamil. Apa kata kita mula dengan makanan asas yang setiap ibu hamil boleh amalkan.
Makanan yang tinggi serat, nutrien bakteria baik dan tidak berlemak. Ini lah makanan yang bagus untuk ibu hamil. Tetapi jangan sampai kita terlepas pandang mengenai makanan dan tabiat buruk yang ibu hamil perlu elakkan. Jom, kita lihat makanan apa yang baik untuk ibu hamil dan makanan yang tidak baik untuk ibu hamil.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 makanan yang baik untuk ibu hamil dan makanan yang tidak baik untuk ibu hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
Avokado juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan dengan lebih baik. Ibu-ibu mesti tahu kan kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk mengekalkan bacaan HB anda.
Beberapa jenis makanan laut, seperti ikan dan kerang bisa menjadi sumber protein, zat besi, dan seng yang sangat baik. Kandungan nutrisi ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda. Kandungan asam lemak omega-3 yang banyak terkandung di dalam ikan, termasuk asam docosahexaenoic (DHA), juga dapat meningkatkan perkembangan otak bayi anda.
Daging ayam memang berkhasiat. Terutama bahagian dada kerana kurang lemak. Perlu kurangkan pengambilan bahagian yang banyak lemak ayam. Daging ayam kaya protein & zat besi yang diperlukan ibu hamil.
Amalkan memakan yogurt dua kali sehari dalam menu diet harian anda. Yogurt mengandungi probiotik atau bakteria baik yang dapat menghapuskan bakteria jahat. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. Asas yogurt adalah susu dan amalan makan atau minum yogurt membekalkan protein dan khasiat yang diperlukan tubuh, seperti kalsium, vitamin D, vitamin B2, vitamin B12, potasium dan magnesium.
Sayuran hijau yang satu ini baik untuk ibu hamil muda kerana banyak mengandungi asid folik. Asid Folik yang mencukupi diperlukan pada awal kehamilan untuk mencegah kecacatan tiub saraf (cacat lahir pada otak dan saraf tunjang). Selain itu sayur-sayuran juga mengandungi serat, mangan, besi, vitamin A, C dan K.
Sebahagian besar dari kita tahu bahawa kacang-kacangan merupakan sumber protein dan serat, oleh kerana itu kacang selama kehamilan akan membantu mengatasi sembelit. Hampir 40 peratus wanita hamil akan menjadi sembelit selama kehamilan. Penyebab sembelit tersebut meliputi tekanan rahim yang semakin besar, hormon progesteron yang melambatkan gerak pencernaan, dan suplemen zat besi. Kacang juga mengandungi sumber yang kaya akan asid folik dan zat besi.
Sebenarnya, telur mentah boleh menjadi punca bakteria salmonella. Makanan yang mengandungi telur mentah termasuk mayones, ceasar salad, eggnog, sos hollandaise dan tepung sadur tertentu seperti yang digunakan untuk adunan biskut. Untuk mengurangkan risiko bakteria salmonella, anda perlu memasak telur sebelum digunakan dalam sebarang makanan
Daging mentah boleh menjadi penyebab jangkitan yang teruk terhadap bayi dalam kandungan. Daging mentah hendaklah dielakkan semasa mengandung kerana ia boleh membawa jangkitan penyakit bawaan parasit yang dipanggil tosokplasmosis atau jangkitan E.Coli. Ini boleh mengakibatkan jangkitan kepada janin dalam rahim.
Kandungan kafein yang terdapat dalam kopi boleh membahayakan kandungan sekiranya ibu minum kopi ketika mengandung dengan terlalu kerap. Minum kopi ketika mengandung boleh membuatkan wanita hamil itu muntah dan mual dengan teruk. Jika ibu tetap ingin minum kopi, sulamkan minuman kafein tersebut dengan ambil air putih kosong atau jus buah-buahan agar ibu tetap terus bertenaga sehingga bersalin.
Wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami keguguran yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak terdedah kepada asap rokok. Ia juga beri risiko bayi mati di dalam kandungan.
*Bagi ibu hamil yang baru merasa pengalaman kali pertama, cuba amalkan makanan yang disenaraikan seperti di atas. Makanan-makanan tersebuat bagus untuk memberi khasiat kepada si ibu dan kandungannya. Selain itu, elak amalkan makanan dan tabiat buruk yang disenaraikan seperti di atas jika tidak mahu kandungan tidak sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.