Rahsia makanan untuk kulit cantik. Setiap wanita sukakan kecantikan. Setiap wanita nak nampak cantik. Malah dalam islam, kita juga digalakkan untuk mencantikkan diri kerana sesungguhnya Allah sukakan kecantikan. Pastinya kita akan melakuka apa sahaja untuk kelihatan cantik, tak kira sama ada memakan supplement, memakai set penjagaan kulit muka, mengenakan solekan di wajah, menjaga makan, bersenam, dan sebagainya. Salah satu cara untuk kelihatan cantik ialah dengan menjaga pemakanan.
Tahukah anda bahawa terdapat makanan yang boleh membantu kita untuk kekal awet muda dan kelihatan cantik. Itulah sebabnya kita perlu menjaga pemakanan dan memilih apa yang masuk ke dalam perut. Bak kata orang lama, kita adalah apa yang kita makan. Nak tak kalau kami kongsikan makanan untuk kulit cantik yang boleh anda amalkan setiap hari?
Makanan untuk kulit cantik yang pertama ingin kami kongsikan pada hari ini ialah tomato. Ini adalah makanan untuk kulit cantik yang murah dan mudah untuk didadapati. Kalau selama ini anda membeli tomato untuk dijadikan sebagai bahan masakan, lepas ni anda boleh beli lebih untuk dijadikan sebagai salah satu daripada rutin kecantikan kulit anda. Bagaimana tomato membantu mencantikkan kulit? Tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Lycopene iaitu sejeni antioksidan yang membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit.
Malah bahan ini membantu membuatkan kulit muka menjadi kemerah-merahan seperti kulit tomato. Jika anda mempunyai kulit yang mudah terbakar akibat selaran matahari atau sunburn, tomato juga sangat membantu. Anda boleh makan tomato begitu sahaja dengan cara dijadikan ulam atau boleh juga dimasukkan ke dalam masakan. Memasak tomato tidak akan menghilangkan khasiatnya untuk kecantikan kulit.
Selain menjadikan tomato sebagai makanan, anda juga boleh gunakan tomato sebagai bahan dalam penjagaan kulit muka. Di antara cara yang boleh anda lakukan ialah:
Anda suka makan kacang walnut? Tahukah anda bahawa kacang walnut juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Kacang walnut kaya dengan minyak omega 3 yang dipanggil asid alfa-linolenik. Kajian mendapati bahawa asid ini sangat berkesan dalam penjagaan kulit lebih-lebih lagi bagi wanita yang mengalami masalah kulit kering atau bersisik. Walnut membantu melembabkan kulit dan melambatkan proses penuaan. Tiada lagi kedutan halus di wajah. Anda boleh jadikan walnut sebagai snek harian atau dimasukkan ke dalam masakan. Selain itu, anda boleh gunakan minyak walnut sebagai langkah penjagaan kulit muka harian.
Dengan pengambilan yang konsisten, minyak zaitun membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain dimakan, anda juga boleh gunakan minyak zaitun untuk disapu pada seluruh kulit badan terutamanya muka. Tak hairanlah pada hari ini banyak produk kecantikan kulit yang berasaskan minyak zaitun di pasaran. Ini kerana ia sememangnya terbukti berkesan untuk kecantikan kulit.
Anda suka minum air soya? Atau mungkin juga anda suka makan tempe atau tauhu? Tahukah anda bahawa kacang soya juga sangat baik untuk kecantikan kulit. Ini kerana kacang soya kaya dengan isoflavin yang membantu mencantikkan kulit. Tak hairanlah kenapa ada yang percaya bahawa ibu mengandung yang selalu minum air soya sepanjang tempoh mengandung akan melahirkan bayi yang putih dan gebu. Malah ada yang percaya bahawa jika kita minum air soya setiap hari, kulit kita akan menjadi semakin cerah dan kemerah-merahan.
Isoflavin yang terdapat dalam kacang soya juga berfungsi untuk membekalkan kolagen kepada kulit dan membantu kolagen agar tidak mudah rosak. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit kita kelihatan kusam dan akan lebih cepat berkedut akibat proses penuaan yang cepat. Oleh itu, kalau nak kulit yang cantik, anjal, cerah, dan kekal remaja selalulah makan makanan yang berasaskan soya sama ada air soya, tau fu fah, tempe, pucuk tauhu, dan kicap.
Makanan untuk kulit cantik yang seterusnya ialah telur. Percayakah anda bahawa telur juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik? Telur kaya dengan omega 3 dan protein yang membantu menjaga kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaannya. Ada ramai wanita yang mengeluarkan duit berbelanja membeli minuman protein yang mahal untuk cantik namun mereka terlupa bahawa telur juga kaya dengan protein. Harganya jauh lebih murah dan rasanya juga lazat.
Anda pasti tahu bahawa minyak zaitun adalah sangat baik untuk kesihatan. Ia bukan sahaja membantu mengelakkan daripada penyakit merbahaya malah membantu anda mengekalkan tubuh badan yang langsing. Namun tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya minyak zaitun juga sangat baik untuk kecantikan kulit.
Minyak zaitun kaya dengan polifenol iaitu sejenis antioksidan yang berfungsi untuk menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca kulit kita cepat rosak dan kelihatan tua. Malah minyak zaitun juga kaya dengan asid lemak tanpa monounsaturated yang membantu menjaga keanjalan kulit.
Itulah dia info tentang makanan untuk kulit cantik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kulit muka glowing, senaman muka untuk awet muda , DIY masker muka dan langkah penjagaan kulit ala korea.